Saturday, December 13, 2008

Secangkir Kahwa Pengendur Urat




Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus,

Ikan tak timbul (2x)

Ikan oh ikan, kenapa engkau tak timbul?

Macam mana aku nak timbul,

Rumput panjang sangat (2x)

Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang sangat?

Macam mana aku tak panjang,

Lembu tak makan aku (2x)

Lembu oh lembu, kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan.

Perut aku sakit (2x)

Perut oh perut, kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit,

Makan nasi mentah (2x)

Nasi oh nasi kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah,

Kayu api basah (2x)

Kayu oh kayu kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah,

Hujan timpa aku (2x)

Hujan oh hujan, kenapa engkau turun?

Macam mana aku tak turun,

Katak panggil aku (2x)

Katak oh katak kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil,

Ular nak makan aku (2x)

Ular oh ular, kenapa engkau makan katak?

Macam mana aku tak makan,

Memang makanan aku (2x)

(Lagu Rakyat kanak-kanak)

أَلَمْ نَجْعَلِ الأَرْضَ مِهَاداً

Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini terbentang luas merupakan suatu daratan? (6)

وَالْجِبَالَ أَوْتَاداً

Dan gunung-gunung sebagai pancang-pancang?(Pengaman dan Penyeimbangnya?) (7)

Surah an naba 6-7

Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya dan Ia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

Surah luqman 10

Kalau takut dilambung ombak (bukan Ong Bak), jangan berumah di tepi pantai..

Kalau takut dihempap tanah, jangan berumah di ... ooop!!!

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 haribulan lalu bukan merupakan sesuatu yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia pada amnya.. kejadian runtuhan kondominium Higland Tower yang berlaku 15 tahun lalu yang mengorbankan 48 orang termasuk anak, menantu dan cucu tok Musa Hitam masih lagi segar dalam ingatan belia-belia yang rata-rata sudah mumais untuk memahami kejadian yang berlaku pada ketika itu...

Sebagai umat Islam, kita harus ambil iktibar diatas segala musibah yang berlaku atas kita. Dalam keadaan yang kecoh-haru dan serba suspen ni, kita kena duduk sekejap, bertenang, dan berfikir: adakah ini musibah/bala? Atau ujian? Atau peringatan?

sesungguhnya janganlah kamu membina rumah kamu lebih besar daripada rumah Allah iaitu masjid atau surau disekitar kawasan kamu

Mungkin! Dan mungkin juga...

Adakah salah kita membina ‘gedung-gedung’ yang besar dan indah? Mungkin..

Jika itulah sebabnya, mengapa? Adakah kita peka pada saudara kita yang lapar di pusat pemindahan banjir? Mungkin.. adakah kita peka pada saudara kita yang oleh kerana fakirnya terpaksa makan siput babi? Mungkin.. Adakah kita pernah terfikir yang ada lagi kanak-kanak dari golongan marhaen tak pernah pun makan di KFC; lantas kerana amat kepinginnya pergi meminta-minta dan menarik baju orang yang makan di situ (hamba pernah mengalaminya)... Mungkin..

Ini tidak, marah-marah lagi pada para petugas yang membantu! Tolong tengok sikit mangsa banjir yang datang dari kalangan rakyat marhaen tu dulu. 2-3 hari tak makan tapi cool aje, tenang aje (walaupun kurang dapat liputan media, bantuan lewat tiba, dan tak ada Latok nak kutipkan derma untuk mereka di Parlimen!). Itu nama orang yang ikhlas dan redha dgn takdir Allah

...dan mungkin juga Allah s.w.t nak hapuskan dosa dan membersihkan harta mereka (orang-orang berada ni) dengan menurunkan kifarah di dunia..

La yukalifullahunafsan illa wusaha, laha makasabat wa ‘ilaiha makasabat..

(Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.)

surah Al-Baqarah, 286

Hamba kutip sikit satu komen dari seorang pembaca blog (blog lain maa..) buat renungan kita..

“Wahai umat Bkt Antarabangsa bangun lah dari ego dan sombong dalam limpahan kekayaan kurniaanNya dan sedarlah bahawa kamu sedang disedarkan dari tidur berselimutkan sutera.. bersyukur lah dgn apa yg terjadi, insyallah ada balasan yg baik2 menanti kamu, anggap lah ini satu ujianNya buat anda dan pada mereka yg melihat sebagai satu hikmah” - Lantoi

p/s: Allah pinjamkan harta untuk sementara saja.. same2 kite jadikan ikhtibar..InsyaAllah..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani