“Ya Allah... aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah... dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil... dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang...”
...dahulu guruku pernah berkata
“...adanya wang adalah keadilan!”
Aku bertanya, “benarkah guru?”
Dia tersenyum perih
1001 rahsia di balik kacamatanya
Apa yang ditimbang neraca?
Beratnya kebenaran atau padunya emas?
mencuri setin susu kerana laparnya anak di buaian
si ibu digiring sepuluh tahun ke neraka?
Ternyata keadilan hak mereka yang berharta
Ternyata kebenaran bukannya hak mereka yang melarat papa
“Undang-undang ada harganya anakku”, katanya
Ianya suatu komoditi, barang dagangan
Hatta tuhan pun dibicara,
diletakkan dalam kandang orang terdakwa...
Halim Fansuri – 27 Januari 2010/10 Safar 1431H/1125H)
P/s: ...sesungguhnya hanya Allah Taala itulah sebaik-baik hakimyang Adil lagi Sempurna (Kamil Hakimin)...
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Berikanlah harta pusaka itu kepada orang yang berhak menerimanya. Sekiranya masih ada bakinya, berikanlah kepada lelaki yang paling dekat nasabnya dengan si mati
- sahih Muslim – hadis ke 3028
Dari Usamah bin Zaid r.a: Nabi s.a.w bersabda: Orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam
- sahih Muslim – hadis ke 3027
Harta pusaka bermaksud:
1. barang dan benda yang ditingalkan oleh si mati
2. hak seperti hak khiar (pilih jadi akad atau tidak akad), dan had tuduh
3. ketentuan : iaitu benda yang bukan harta seperti baja daripada najis, anjing yang diajar untuk berburu, arak yang diniat buat cuka sebelum jadi cuka dan lainnya. Setelah arak jadi cuka kemudian dari mati ianya termasuk dalam harta bukan ketentuan.
4. Diat (bayaran balasan kerana membunuh) yang diambil daripada orang yang membunuh si mati, kerana termasuk dalam miliknya.
5. Demikin juga binatang perburuan yang termasuk kedalam perangkap selepas mati dengan syarat perangkap itu dipasang oleh si mati semasa hidupnya, kerana perbuatan memasang perangkap menjadi sebab memilik. Sekiranya si mati menguna perangkap yang dipinjam dan binatang perburuan masuk kedalam perangkap itu selepas matinya, nescaya binatang itu juga jadi milik simati maka jadi lah binatang itu pesaka ini yang difatwa oleh syekh Syarwani di dalam Hasyiah Tuhfah.
Contoh dari kenyataan diatas - pemberian ihsan (dari) kerajaan kerana pegawainya yang mati sama ada pencen atau atau pampasan adalah menjadi pesaka kerana kerajaan tidak akan memberi pekara itu kepada semua orang, hanya kepada mereka yang berkerja dengan kerajaan - dengan itu jadi serupa masalah ini dengan seorang yang memasag perangkap.
Pemberian (kepada) orang ramai semasa hari kematian tidak dikira pesaka kerana tidak termasuk dalam perkara yang telah disebutkan. Kebiasan pemberian itu untuk menguruskan mayat, maka harus digunakan untuk menguruskan mayat dan buat kenduri serta yang lain tetapi yang lebih elok orang ramai melantik seseorang untuk menguruskan pemberian itu dan dia lah yang menguruskan segala keperluan simati dan kenduri.
Halim Fansuri – 24 Januari 2010/08 Safar 1431H/0331H)
P/s: ...pesan Pak Mat Samurai: ini barang bukan kutip/pungut tepi jalan bang..
Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:
'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'
Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'
Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani
*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.
Awal Kejadian Diri...
Dari Abu 'Abdur Rahman 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'anhu, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasullulah Shallallahu 'alaihi wasallam dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu telah dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian menjadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu iapun mengerjakan 'amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
- Hadis shahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim
Aku yang bersifat dengan sifat Muhammad...
Secangkir Kahwa Pengendur Urat
`Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu' ( Al Anaam:112).
`Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.Raja Manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) jin dan manusia". (An-Nas: 1-6)
... dalam proses memahami Tasauf, tentera iblis yang memakai pakaian Tasauf saya tidak kenal samasekali: saya tidak dapat mengenal kekeliruan dalam ilmu, perdayaan dan kelicikannya. Ihya Ulumiddin tidak menyediakan maklumat berkaitan bidang mukasyafah dan inilah yang telah memerangkap saya. Ihya tidak menyediakan persiapan untuk berhadapan dengan soal makrifat dan hakekat dan oleh kerana itu saya tidak dapat mengenali mereka sebagai pembawa bencana kepada Sunnah Allah dan RasulNya pada peringkat tinggi...
-Petikan dari Blogger Kanzun Mahfiyyan
Au'dzubillahiminassyaitannirrajim.. (Aku Berlindung Pada Allah Dari Syaitan Yang Direjam.. )
Sedekah Kepada Haiwan
-
Sebagai umat Nabi yang diutuskan Allah sebagai rahmat bagi sekalian alam,
kita juga diperintahkan agar berbuat ihsan dan berbelas kasihan kepada
sekalian...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
pemuda baru mengenal garam
-
Udin, anak Jawa baru saja menyertai kumpulan kami. Katanya mahu mencari dan
mengenal.
"Bagaimana diumpamakan kita ini dalam hubungan mencari tuhan?" tanyan...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Sema’..
-
*Sema’..*
*Inna fil jannati nahran min laban..** - sesungguhnya mengalirlah sungai
dari susu di dalam syurga..*
*Li `Aliyyin wa Husainin wa Hasan** - u...
Rancangan ini ditaja oleh Sykt Chermin Mata Chap Che'gu Rokiah & Suaminya sdn bhd.
Penafian:
Pemilik blog TIDAK bertanggungjawab terhadap semua kerosakan atau sebarang kesan yang dianggap merugikan terhadap sesiapa sahaja yang membuka, membaca, memberikan komen-komen, menulis, dan mencetak kembali kesemua maklumat dan isi kandungan blog ini dimana-mana sahaja sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Dengan memasuki blog ini, pembaca atau pengunjung blog sudah secara outomatiknya memahami dan bersetuju TIDAK akan mendakwa atau mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik blog ini.