Wednesday, December 30, 2009

Salam Takziah

Salam Takziah

Ada pun menurut tujuan maksud hadis Baginda Rasulullah mengenai mati syahid dapat digolongkan sebagai berikut:

  • Dari Abu Tsabit, dalam suatu riwayat lain disebutkan Abu Said dan dalam riwayat lain pula disebutkan Abulwalid, iaitu Sahl bin Hanif r.a., dan dia pernah menyaksikan peperangan Badar, bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang memohonkan kepada Allah Ta’ala supaya dimatikan syahid dan permohonannya itu dengan secara yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tingkat orang-orang yang mati syahid, sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya.” (Riwayat Muslim)
  • Dari Jabir r.a., katanya: Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. pada hari perang Uhud: “Bagaimanakah pendapat Tuan jikalau saya terbunuh, di manakah tempatku?” Nabi s.a.w. bersabda: “Dalam syurga.” Orang tersebut lalu melemparkan beberapa buah kurma yang masih di tangannya kemudian berperang sehingga ia dibunuh – mati syahid.” (Muttafaq ‘alaih)
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang-orang yang mati syahid itu ada lima macam, yaitu orang yang mati karena penyakit taun – yakni wabak, orang yang mati karena penyakit perut, orang yang mati lemas – tenggelam dalam air, orang yang mati karena kerobohan – pohon, rumah dan lain-Iain – dan orang yang mati syahid dalam peperangan fi-sabilillah.”(Muttafaq’alaih)
  • Dari Abu Hurairah r.a. pula, dari Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apa sajakah yang engkau semua masukkan dalam hitungan orang-orang yang mati syahid di kalangan engkau semua itu? Para sahabat menjawab: “Ya Rasulullah, barangsiapa yang terbunuh dalam melakukan peperangan fi-sabilillah, maka ia adalah orang yang mati syahid. “Baginda s.a.w. lalu bersabda: “Kalau demikian cara penganggapannya, maka sesungguhnya orang-orang yang mati syahid di kalangan ummatku itu niscaya sedikit sekali.” Mereka lalu bertanya: “Kalau demikian, maka siapa sajakah ya Rasulullah?” Baginda s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang terbunuh dalam melakukan peperangan fi- sabilillah, maka ia adalah orang yang mati syahid, juga barangsiapa yang mati dalam melakukan peperangan fi-sabilillah – sekalipun tidak terbunuh, misalnya jatuh dari kudanya, maka iapun mati syahid. Demikian pula barangsiapa yang mati karena dihinggapi penyakit taun – yakni wabak, maka itupun orang yang mati syahid, juga barangsiapa yang mati karena dihinggapi penyakit perut, maka ia juga mati syahid dan orang yang lemas-mati tenggelam dalam air – itupun syahid.” (Riwayat Muslim)
  • Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang terbunuh karena membela harta – yang menjadi miliknya, maka ia adalah syahid.” (Muttafaq ‘alaih)
  • Dari Abul-A’war yaitu Said bin Zaid bin ‘Amr bin Nufail, salah seorang di antara sepuluh orang yang disaksikan akan memperoleh syurga – yakni bahwa Nabi s.a.w. telah menjelaskan bahwa mereka itu pasti masuk syurga – radhiallahu anhum, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang terbunuh karena membela harta – yang dimilikinya, maka ia adalah mati syahid, barangsiapa terbunuh karena membela darahnya – yakni mempertahankan diri karena hendak dibunuh oleh seseorang, maka ia juga mati syahid, barang- siapa yang terbunuh karena mempertahankan agamanya, iapun mati syahid dan barangsiapa yang terbunuh karena mempertahankan keluarganya – kehormatan mereka, maka ia juga mati syahid.”

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu berkata: “Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau ada seseorang datang hendak mengambil hartaku?” Baginda s.a.w. menjawab: “Jangan engkau berikan padanya.” Orang itu bertanya: “Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau ia menyerang saya?” Baginda menjawab: “Balaslah serangannya!” la bertanya lagi: “Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau ia berhasil membunuh saya?” Baginda s.a.w. menjawab: “Engkau mati syahid.” la bertanya pula: “Bagaimanakah pendapat Tuan jikalau saya dapat membunuhnya?” Baginda s.a.w. menjawab: “la masuk dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

Halim Fansuri – 30 Disember 2009/13 Muharram 1431H/1913H)

P/s: Assalamualaikum...Salam Takziah dari anak-anak didik Perguruan Gerakpanca Malaysia kepada Ayahanda Mahaguru Samson Subari atas pemergian ke rahmatullah anakanda tersayang beliau, Muhammad Kamarul Ariffin b. Samson pada 27 Disember lalu bersamaan 10 Muharram 1431H. Al Fatihah.....

Sunday, December 27, 2009

Hari Ini Adalah Hari Asyura...

Hari Ini Adalah Hari Asyura...


Pada hari ini kezaliman telah dicabar

dengan titisan darah shuhada Karbala

janganlah kau bersedih atas pemergiannya

kerana dia kembali kepadaNya

dengan penuh keberanian dan maruah

menentang penindasan dan kejahatan

setiap hari adalah hari asyura

setiap inci muka bumi adalah bumi Karbala

hari ini adalah hari asyura

hari para Rasul dan para Anbia

hari ini hari besar untuk kita semua..


Halim Fansuri – 27 Disember 2009/10 Muharram 1431H/0809H)

P/s: Jasad Hussien r.a rebah di Karbala, tetapi Hussien r.a terus hidup dengan cara yang diketahui olehNya sehingga kita semua dibangkitkan bersama selamanya... Celakalah kepada mereka yang meletakkan tangan atas ahlul bait dan pengikutnya..

PARA SHUHADA KARBALA

Muslim ibn Aqeel, Hani ibn Urwah & Abdullah ibn Yaqtar syahid dibunuh di Kufah.

Shuhada dari kalangan keluarga Baginda Rasulullah (S.A.W.)

1. Ali Akber ibn Al-Husayn (A.S.)

2. Abdullah ibn Muslim ibn Aqeel

3. Muhammad ibn Muslim ibn Aqeel

4. Ja’fer ibn Aqeel

5. Abd Al-Rahmaan ibn Aqeel

6. Muhammad ibn Abi Sa’eed ibn Aqeel

7. Muhammad ibn Abdullah ibn Ja’fer

8. Aun ibn Abdullah ibn Ja’fer

9. Qasim ibn Al-Hasan (A.S.)

10. Abdullah ibn Al-Hasan (A.S.)

11. Abu Bakr ibn Al-Hasan (A.S.)

12. Ibraheem ibn Al-Ali (A.S.)

13. Muhammad ibn Al-Ali (A.S.)

14. Abdullah ibn Al-Ali (A.S.)

15. Uthman ibn Al-Ali (A.S.)

16. Ja’fer ibn Al-Ali (A.S.)

17. Abul Fadhl ‘Abbas ibn Al-Ali (A.S.)

18. Abdullah ibn Al-Husayn atau lebih dikenali sebagai Ali Asgher (A.S.)

19. Imam Husayn (A.S.)


Para Shuhada yang lain

1. Hurr ibn Yazid Al-Riyahi

2. Ali ibn Hurr ibn Yazid Al-Riyahi

3. Habib ibn Mazahir Al-Asadi

4. Muslim ibn Awsaja Al-Asadi

5. Burayr ibn Hudhayr Al-Hamadani

6. Abu Thamama Al-Sa’idi

7. Zuhayr ibn Al-Qayn ibn Qays Al-Bajali

8. Sa’eed ibn Abdullah Al-Hanfi

9. Anas ibn Al-Harith Al-Kahili

10. Hilal ibn Nafi’ Al-Bijli

11. Nafi’ ibn Hilal Al-Jamali

12. Wahab ibn Abdullah Al-Kalbi

13. Abdullah ibn Umayr Al-Kalbi

14. Munhij ibn Sahm

15. Umar ibn Khalid

16. Mujammi ibn Abdullah

17. A’idh ibn Mujammi

18. Jabir ibn Harith Al-Salmani

19. Jundub ibn Hujr Al-Kindi

20. Yazid ibn Ziyad ibn Muhasir Al-Kindi

21. Adahm ibn Umayya

22. Aslam ibn ‘Amr

23. Umayya ibn Sa’ad At-Tai

24. Bishr ibn Umar Al-Hadrami

25. Bakr bin Hai At-Taymi

26. Jabalah ibn Alii Ash-Shaybani

27. Julas ibn ‘Amr Rasibi

28. Junadah ibn Ka’b

29. Jundab ibn Hijr Al-Khawlani

30. Juwayn ibn Malik Al-Taymi

31. Habab ibn ‘Amir At-Taymi

32. Hajjaj ibn Badr Basr

33. Hubab ibn Harith

34. Handalah ibn ‘Amr Ash-Shabami

35. Zahir ibn ‘Amr

36. Zahir, hamba kepada ‘Amr ibn Humuq

37. Zuhayr ibn Bishr

38. Zuhayr ibn Sulaym

39. Salim ibn ‘Amr

40. Sa’d ibn Harth

41. Sayf ibn Abdullh Al-Abdi

42. Sulayman

43. Sayf ibn Malik AN-Namiri

44. Dirghamah ibn Malik At-Taghlabi

45. ‘Amir ibn Muslim Al-Abdi

46. Abdullah ibn Zayd Al-Basri

47. Abdur Rahmaan Al-Arhabi

48. Abdullah ibn Urwah Al-Ghifari

49. Abdur Rahmaan ibn Urwah Al-Ghifari

50. Abdur Rahmaan ibn Mas’ud ibn Hajjaj At-Taymi

51. Abdullah ibn Bishr

52. ‘Amr ibn Dubia ibn Qays

53. Ubaydullah ibn Zayd Al-Basri

54. Ammar ibn Abi Salmah Ad-Dalani

55. Ammar ibn Hasan ibn Shurayh

56. ‘Amr Jundai

57. ‘Amr ibn Mushi’a

58. Imran ibn Qa’b

59. Qarib ibn Abdullah

60. Qasim ibn Habib Al-Azdi

61. Qa’nab ibn ‘Amr An-Namri

62. Qasit ibn Zahir

63. Kananah ibn Atiq At-Taghlibi

64. Mas’ud ibn Hajjaj

65. Muslim ibn Kathir

66. Muqist ibn Zuhayr At-Taghlibi

67. Nasr ibn Abi Naizar

68. Nu’man ibn ‘Amr Ar-Rasibi

69. Nu’aym ibn Ajlan Al-Ansari

70. Yazid ibn Thubayt

71. Ziayd ibn Gharib Al-Hanzali

72. ‘Amr ibn Quraza ibn Ka’b Al-Ansari

73. Abis ibn Abi Shabib Al-Shakhri

74. Shawdhab ibn Abdullah

75. Saif ibn Al-Harith ibn Sari

76. Malik ibn Abd ibn Sari

77. Jawn, hamba kepada Fadhl ibn Abbas ibn Abdul Muttalib

78. Hajjaj ibn Masruq Al-Ju’fi

79. Ziyad ibn A’rib Al-Hamadani

80. Salim ibn ‘Amr ibn Abdullah

81. Umar ibn Jundab Al-Hadrami

82. Yazid ibn Mughfil AL-Ju’fi

83. Rafi’ ibn Abdullah

84. Suwayd ibn Abi Al-Mata Al-Khata’mi

85. Seorang hamba Imam Husayn (A.S.) berbangsa Turki



Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani