Dari sebuah renungan sepi
..teruskan kehidupan sayangku
kerana kau kelihatan lebih jelita ketika hidup
berbanding rupamu setelah mati
redup matamu yang damai tika bernyawa
lebih meghangatkan berbanding renungan tajammu
dari ranjang pembaringan sepi itu
kau ada satu peluang cuma
jalani hayatmu dengan bermakna wahai kekasih..
Wallahualam bissawwab..
Halim Fansuri – 23 September 2010/14 Syawal 1431H/1021H)
p/s: ... "hanya dakapan hangatmu yang kudambakan sayang"

