Soalan Peperiksaan: 25 Rasul yang wajib diketahui (takat tau aje ke?)
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggalkanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mu'jizat), serta Kami kuatkan dia dengan RuhuI-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nascaya orang-orang yang datang kemudian daripada rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbullah diantara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dihendakiNya.
Al-Baqarah : 253
| No | Nama Arab /Al Qur’an | Nama Ibrani/Bible | Persoalan/pengajaran |
| 1 | Adam (disebut sebanyak 25 kali) | Adam | ...dari ‘tiada’ kepada ‘ada’. |
| 2 | Idris (disebut sebanyak 2 kali) | Enoch | ...bolehkah kau masukkan unta ke dalam lubang jarum? |
| 3 | Nuh (disebut sebanyak 43 kali) | Noah | ...sebesar-besar musuh adalah? |
| 4 | Hud (disebut sebanyak 4 kali) | (Ada teori mengatakan beliau adalah Eber) | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 5 | Saleh (disebut sebanyak 9 kali) | Shelah | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 6 | Ibrahim(disebut sebanyak 69 kali) | Abraham | ...kaukah tuhanku? |
| 7 | Lut (disebut sebanyak 27 kali) | Lot | ...jangan pandang belakang. |
| 8 | Ismail (disebut sebanyak 12 kali) | Ishmael | ...sanggupkah dikau? |
| 9 | Ishaq (disebut sebanyak 17 kali) | Isaac | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 10 | Yaakub (disebut sebanyak 16 kali) | Jacob | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 11 | Yusuf (disebut sebanyak 27 kali) | Joseph | ...siapa yang kau lihat sehingga leka terpana? |
| 12 | Ayyub (disebut sebanyak 4 kali) | Job | ...innalillahi wa innailaihiroji’un.. |
| 13 | Shu'aib (disebut sebanyak 11 kali) | Jethro | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 14 | Musa (disebut sebanyak 136 kali) | Moses | ...perbualan antara ‘Kau’ dan ‘Aku’. ...menerima Kitab Taurat (sebelum itu suhuf). ...perjalanan ke ‘seberang’ lautan. ...sabar, sabar, sabar. |
| 15 | Harun (disebut sebanyak 20 kali) | Aaron | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 16 | Dzulkifli (disebut sebanyak 2 kali) | Ezekiel | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 17 | Daud (disebut sebanyak 16 kali) | David | ...menerima Kitab Zabur. ..biri-biri ke seratus.. |
| 18 | Sulaiman(disebut sebanyak 17 kali) | Solomon | InnahuminSulaiman wa innahubismillahirrahmanirrahim! (Aku khalifah, taat padaku!) ...mati berdiri. Tak siapa pun tahu. |
| 19 | Ilyas (disebut sebanyak 2 kali) | Elijah | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 20 | Ilyasa' (disebut sebanyak 2 kali) | Elisha | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 21 | Yunus (disebut sebanyak 4 kali) | Jonah | ...lailahaillaanta subhanaka inni qunttuminazzolimin.. |
| 22 | Zakaria(disebut sebanyak 7 kali) | Zechariah | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 23 | Yahya (disebut sebanyak 5 kali) | John | Belum jumpa lagi. Dalam kajian. |
| 24 | Isa (disebut sebanyak 25 kali) | Jesus | Alif, Ba, Jim, Dal.. ...menerima Kitab Injil. (bukan Bible, ada beza..) |
| 25 | Muhammad (nama sebenar disebut sebanyak 4 kali, tapi yang sebenarnya banyak lagi.. kenapa cuma disebut 4 kali sahaja? Sebab... ) | Mahamuddim/Mahammad /Himdah (Mahammad yang terpuji, -im bermaksud mulia atau terpuji.. (Song of Solomon, bab 5 ayat 16, Perjanjian Lama) Perkataan asalnya; “Hikko mamittakim kami kullo mahamuddim zehdodeh wa zahrae bayna Yurusalem”. | ...rahmat pada ‘sekelian’ alam.. Nur segala Nur.. ...menerima Al-Qur’an. .. isra’ dan mi’raj. ..dlln. (tak terkira banyaknya) |
Selain ke-25 nabi sekaligus rasul, ada juga nabi lainnya seperti dalam kisah Nabi Khidir bersama Nabi Musa yang tertulis dalam Surah Al-Kahfi ayat 66-82.
Juga nabi-nabi yang tertulis di Hadits dan kitab-kitab, seperti Nabi Yusya’ bin Nun (Yoshua), Nabi Dhu al Qarnain (Iskandar Zulkarnain), dan Nabi Iys/Syth/Seth.
Sedangkan arifbillah yang masih menjadi perdebatan sebagai seorang Nabi atau hanya wali/waliyah adalah Maryam (Bonda Isa a.s.), dan Luqman al Hakim (dalam Surah Luqman).
*list ini akan sentiasa diupdate dan diedit dari masa ke semasa..
Halim Fansuri – 26 Mac 2010/10 Rabiul Akhir 1431H/1208H)
p/s: ...dari Abi Dzar Al-Ghifari radhialllahu 'anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi." Para sahabat bertanya lagi, "Lalu berapa jumlah rasul di antara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas(312) orang." (HR At-Turmuzy)


