Kata sahibul riwayat orang2 tua dulu.. perintah raja dijunjung, kepentingan diri dikelek.. benar.. itu benar.. kerana panggilan setia..
Akan Sang Sapurba pula ada berjanji dengan Demang Lebar Daun..
...jika ada dosa anak Melayu jangan diaib, jangan dinista.. jangan dibuat sesukanya.. kata paduka Demang Lebar Daun..
Sang Sapurba berkata pula.. jika begitu ayahandaku, beta tidak akan berbuat iniaya melainkan terbalik tiang ke langit dan bumbung ke bumi (tulah)..
jika anak Melayu DERHAKA..
...dan disambung pula oleh Demang Lebar Daun.. jika anakanda tidak memulakannya jua.. jika berlaku hukum Allah.. maka hilang kerajaan adanya..
Begitulah intipati isi waadat dan perjanjian (covenant) kedua tok nenek kita.. oleh sebab itu raja-raja beroleh DAULAT dan anak Melayu beroleh TULAH...
...dan hilang kekuasaan raja-raja akibat melanggar sumpah..
...dan terbalik melungkup ditelan bumi akan orang-orang dahulu yang menderhaka kepada raja..
...akibat pembunuhan sesuka hati.. Sultan Mahmud hilang kerajaan Melaka..
...akibat membuka pintu kota.. Sang Rajuna Tapa ditelan bumi..
...bila bala mendatang.. bukan masa nak bergembira atau menunding jari kepada mana-mana pihak..
...kelak raja dan hamba Melayu jua yang merana.. tak belajarkah kita dari kesilapan? butakah mata kita? atau wajar ditulis lagi Salalatus Salatin versi abad ke-21?
Maka Sang Sapurba berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun yang bernama Wan Sendari dan keesokan hari tidaklah terjadi penyakit kedal atau penyakit kulit ...
..itulah jadinya keturunan tok nenek kita dengan jadinya hamba-hamba Melayu sekelian..
... have we forgotten the COVENANT that bind us with them?
..thus, a 1000 years has pass.. yer been warned..
Teks asal yang menceritakan tentang Waadat/Perjanjian/The Covenant
...Dan bila Raja itu meminta mana-mana Raja yang punya anak untuk dikahwinkannya, ramailah Raja yang memberikan anak perempuannya kepada Sang Sapurba tetapi selepas pasangan itu berhubung kelamin, dengan tidak bersebab isteri Raja itu akan terkena penyakit kulit yang berbelang-belang (kedal), sehingga sampai ke 40 orang anak Raja yang dikahwini oleh Sang Sapurba, kesemua selepas ditiduri mengidap penyakit yang sama, dan semua ditinggal atau diceraikan oleh Sang Sapurba.
Sehingga Demang Lembar Daun menyerahkan anak perempuannya untuk dikahwinkan dengan Sang Sapurba tetapi dengan bersyarat jika Sang Sapurba sanggup membuat perjanjian dengannya. Maka ditanya oleh Sang Sapurba: Apa yang dikehendaki oleh bapa ku itu?"
Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak’
Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..
Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’
Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’
Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu’
Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa. Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya
Maka Sang Sapurba berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun yang bernama Wan Sendari dan keesokan hari tidaklah terjadi penyakit kedal atau penyakit kulit yang berbelang belang berkat perjanjian antara kedua pihak. Maka selepas itu Sang Sapruba jadi Raja di Palembang, dan Demang Lebar Daun pun bertukar jawatan menjadi Mangkubumi.
Moral: Kontrak sosial ala Magna Carta (perjanjian setia) yang pertama orang-orang Melayu kepada Rajanya atau Sultan ialah tidak akan menderhaka selagi Raja dan Sultan Melayu tidak mengubah perjanjian itu.
Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:
'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'
Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'
Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani
*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.
Awal Kejadian Diri...
Dari Abu 'Abdur Rahman 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'anhu, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasullulah Shallallahu 'alaihi wasallam dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu telah dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian menjadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu iapun mengerjakan 'amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
- Hadis shahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim
Aku yang bersifat dengan sifat Muhammad...
Secangkir Kahwa Pengendur Urat
`Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu' ( Al Anaam:112).
`Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.Raja Manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) jin dan manusia". (An-Nas: 1-6)
... dalam proses memahami Tasauf, tentera iblis yang memakai pakaian Tasauf saya tidak kenal samasekali: saya tidak dapat mengenal kekeliruan dalam ilmu, perdayaan dan kelicikannya. Ihya Ulumiddin tidak menyediakan maklumat berkaitan bidang mukasyafah dan inilah yang telah memerangkap saya. Ihya tidak menyediakan persiapan untuk berhadapan dengan soal makrifat dan hakekat dan oleh kerana itu saya tidak dapat mengenali mereka sebagai pembawa bencana kepada Sunnah Allah dan RasulNya pada peringkat tinggi...
-Petikan dari Blogger Kanzun Mahfiyyan
Au'dzubillahiminassyaitannirrajim.. (Aku Berlindung Pada Allah Dari Syaitan Yang Direjam.. )
Sedekah Kepada Haiwan
-
Sebagai umat Nabi yang diutuskan Allah sebagai rahmat bagi sekalian alam,
kita juga diperintahkan agar berbuat ihsan dan berbelas kasihan kepada
sekalian...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
pemuda baru mengenal garam
-
Udin, anak Jawa baru saja menyertai kumpulan kami. Katanya mahu mencari dan
mengenal.
"Bagaimana diumpamakan kita ini dalam hubungan mencari tuhan?" tanyan...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Sema’..
-
*Sema’..*
*Inna fil jannati nahran min laban..** - sesungguhnya mengalirlah sungai
dari susu di dalam syurga..*
*Li `Aliyyin wa Husainin wa Hasan** - u...
Rancangan ini ditaja oleh Sykt Chermin Mata Chap Che'gu Rokiah & Suaminya sdn bhd.
Penafian:
Pemilik blog TIDAK bertanggungjawab terhadap semua kerosakan atau sebarang kesan yang dianggap merugikan terhadap sesiapa sahaja yang membuka, membaca, memberikan komen-komen, menulis, dan mencetak kembali kesemua maklumat dan isi kandungan blog ini dimana-mana sahaja sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Dengan memasuki blog ini, pembaca atau pengunjung blog sudah secara outomatiknya memahami dan bersetuju TIDAK akan mendakwa atau mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik blog ini.