Biku Kembara Wu Song
Ada bahasa sajak yang berbunyi:
Mari meninjau lembaran tersembunyi dalam rimba buku
pasti terbaca banyak kisah tentang cendiakawan unggul
yang sanggup menyingkirkan laba nipis atau nama palsu
semata-mata untuk keseronokan berseloka dan berpuisi.
Melalui bicara, mereka menyelami seni berperang dan bermuslihat
turut mengupas jaya gagal maharaja kini dan dahulu
dibezakan yang mana kebenaran dan yang mana palsu.
Dalam zaman Chunqiu ada tujuh buah negeri Raya
saling mengancam demi menakluki seluruh China
maju atau musnah sesebuah negeri serupa ranting liu yang rapuh
Hidup manusia laksana sampan belayar tanpa pengayuh.[i]
Dalam hidup terdapat manusia yang berjaya tak terbilang
yang leka memburu nama jua tak terbilang
apatah yang melepaskan diri dari nama pun tak terbilang
maka anak bulan terjun ke sungai panjang.
Tasik menjadi ladang malberi dan jalan berzaman[ii]
ada manusia memanjat pokok untuk memburu ikan[iii]
ada yang berkelakuan seperti mawas kepanikan tak memilih dahan[iv]
atau seperti burung terlepas kena panah takut pada ranting yang terlentur.
Aduhai, kenapa tidak terus merasai arak dalam piala?
Sambil menikmati muzik serta lagu yang baru digubah?[v]
Shao Yaofu, dikenali sebagai Tuan Kang Jie,
Cendiakawan pada zaman Maharaja Shen Zong Dinasti Song.
Prolog, ms: xv – xvi Hikayat Pinggir Air/Water Margin karangan Shi Nai’an
[i] Menggambarkan keadaan orang yang selalu berkelana/berpetualang sehingga diri tiada hala tuju.
[ii] maka anak bulan terjun ke sungai panjang.Tasik menjadi ladang malberi dan jalan berzaman – keadaan dunia yang tiada tetap, dan sentiasa berubah. Kejadian besar tetap akan berlaku bila-bila dan di luar sangkaan manusia. Kejadian seperti inilah yang akan mengubah corak dan pandangan manusia serta keadaan alam di muka bumi dari semasa ke semasa..
[iii] Cara bertindak atau halatuju yang tidak betul, maka akhirnya gagal dalam usaha.
[iv] Orang yang terdesak, dan tidak memilih tempat berlindung


