Monday, December 31, 2012

Secangkir Kahwa Pengendur Urat..





Rasa…

Bismillah..
Niat ingsun reso,
Masam  manis  masin  lemak
Pedas, pahit dan tawar.
Tujuh rasa, tujuh rupa,
Tujuh lapis, tujuh petala.
Tujuh warna, tujuh arah,
Tujuh tingkat, tujuh baunya.
Sakit, sedap, suka, sedih,
Marah, benci dan cinta!
Tujuh watak, tujuh nama, tujuh sifat, tujuh hawanya..
Atas, bawah, depan, belakang
Luar, dalam dan tengah.
Ambil satu, buang enam
Aku duduk di dalam rasa!
Pulang balik, pulang asal, pulang pulih sediakala..
Asal balik asal, usul pulang ke usul!
Alif, Mim, Ya, Nun..

Wallahualam bissawwab..
Halim Fansuri – 31 Disember  2012/19 Safar 1434H/2036H)
p/s: ..Nyi Reso, Yayi Reso, pulang gono manggoni nang … ikut rasa binasa, ikut hati mati

Thursday, May 31, 2012


Cukup Satu Haul...

 
CARA UNTUK MENGAGALKAN PENGGANAS – ‘Bagaimanakah Anda Menghadapinya’
Mungkin anda pernah menaiki pesawat atau kapal laut untuk melawat atau melancong ke luar Negara. Tetapi pernahkah anda memikirkan tentang keselamatan? Tiada siapa yang suka kebebasannya diganggu. Tetapi bagaimana sekiranya anda menghadapi pengganas ketika menaiki pesawat atau kapal laut? Pernahkah anda memikirkan perkara seperti itu berlaku pada anda? Untuk tujuan itu ‘Perajurit’ memberikan 51  panduan (tip) kepada para pembaca bagaimana cara mengelak dan menggagalkan pengganas atau penjenayah sama ada ketika dalam penerbangan domestik atau sebagai mangsa pengganas atau perampas pesawat.
RANCANG PERJALANAN ANDA
1.       Falsafah anti-pengganas:
Jangan beranggapan “ia tidak akan berlaku pada diriku”. Sebenarnya sebaik sahaja anda berada di luar Negara bererti anda sentiasa terdedah kepada serangan pengganas.
2.       Elakkan lawatan ke Negara yang bergolak:
Contohnya: Beirut, India atau Pakistan di mana banyak kawasan yang tidak selamat dan sering terdedah kepada serangan pengganas.
3.       Barang kemas:
Boleh dibawa, tetapi jangan memakainya. Ia akan mendedahkan bahawa anda adalah orang yang berada
4.       Bagaimana dengan rambut anda?:
Sikat rambut anda cara mudah dan sopan. Jika rambut anda dipotong terlalu pendek, pihak pengganas akan beranggapan bahawa anda adalah seorang anggota tentera.
5.       Lawatan:
Elakkan lawatan ke luar Negara apabila terdapat upacara tertentu seperti pertunjukkan ketenteraan, sambutan hari kemerdekaan atau lain-lain perayaan.
6.       Dapatkan Pasport:
Anggota tentera sering menggunakan pengenalan mereka (BAT C 10), tetapi cuba dapatkan passport, ia akan mengelak daripada pengecaman pihak pengganas.
7.       Bersihkan pasport anda:
Jika pasport anda sudah terdapat banyak cop atau tanda lawatan ke luar Negara, terutamanya Negara-negara berkonflik – usahakan untuk mendapatkan pasport baru. Pihak pengganas sentiasa cuba mengecam pelawat yang sering melawat Negara yang menjadi musuh mereka.
8.       Tinggalkan pesanan:
Terangkan rancangan lawatan anda kepada keluarga atau rakan anda – ke mana anda pergi, menginap di mana, berapa lama anda akan berada di sana, bagaimana untuk berhubung dengan anda, dan bila akan kembali. Jika anda mengubah perjalanan atau lawatan, beritahu segera di mana anda berada.
9.        Bawa ubat berlebihan:
Jika anda mempunyai penyakit dan terpaksa mengambil ubat setiap hari, cuba bawa bekalan ubat berlebihan sekurang-kurangnya untuk keperluan seminggu. Jangan disimpan di dalam bagasi, tetapi tentukan ianya dibawa mungkin dalam bag kecil bersama anda.
10.   Maklumat pasport:
Tuliskan nombor pasport, tempat ianya dikeluarkan dan tarikh tamat tempoh. Simpan maklumat berkenaan dalam dompet dan beg anda. Ia boleh membantu pengenalan ketika berlaku kecemasan atau sekiranya anda kehilangan, kecurian atau dirampas oleh pengganas.
11.   Tentukan masa berlepas:
Tentukan dengan menelefon pihak lapangan terbang jangka masa berlepas tidak berubah atau telah dibatalkan.
12.   Kelas pertama:
Jika anda membeli tiket duduk di kabin kelas pertama, secara tradisinya ia akan menjadi sasaran pertama pihak pengganas kerana penumpang kelas pertama adalah dikenal sebagai “orang yang berada”. Mereka yang duduk di kabin kelas pertama biasanya adalah yang terakhir akan dibebaskan oleh pengganas.
13.   Kunci beg anda:
Tentukan anda mengunci beg anda. Ia bukan sahaja untuk mengelak dari kecurian, tetapi dikhuatiri pihak pengganas akan memasukkan bom atau lain-lain bahan letupan ke dalam bagasi anda.
14.   Gunakan tag biasa:
Jangan gunakan ‘bussines card’ anda. Ia akan mendedahkan identiti anda. Gunakan tag bagasi yang ditulis nama, alamat dan nombor telefon pejabat.
15.   Tanggalkan pelekat perjalanan/perniagaan dari beg anda:
Tentukan bagasi anda bersih dari sebarang pelekat yang memberitahu ke mana pernah anda pergi atau apa juga pelekat yang melambangkan unit sesebuah tentera atau polis.
16.   Simpan tanda pengenalan anda:
Jangan sesekali membawa ‘business card’, kad pengenalan tentera atau apa juga pengenalan yang bersabit dengan anda. Simpan semuanya di dalam bagasi jika anda terpaksa membawanya bersama. Hanya bawa lesen memandu dan kad kredit yang mungkin anda perlukan ketika melancong.
17.   Penuhkan dompet anda:
Gambar-gambar anak anda – lebih ramai lebih baik. Ini mungkin membantu menyelamatkan nyawa anda apabila pihak pengganas merampas dompet dan melihat gambar-gambar keluarga anda yang ramai.
18.   Tiket perjalanan:
Cuba asingkan tiket-tiket perjalanan anda bagi mengelak daripada diketahui perjalanan anda seterusnya.

KESELAMATAN KETIKA DI LAPANGAN TERBANG

19.   ‘Check in’ awal:
Cuba ke lapangan terbang seawal mungkin bagi mengelak dari berbaris panjang untuk ‘check in’.
20.   Boarding pass:
Kini sudah banyak syarikat penerbangan yang menyertakan ‘boarding pass’ bersama tiket penerbangan. Mohonlah perkhidmatan tersebut bagi mengelak anda menunggu di kaunter – sekurang-kurangnya anda berjaya mengurangkan risiko serangan mengejut pihak pengganas di lapangan terbang.
21.   Di dalam terminal:
Jangan berdiri berhampiran pintu atau tingkap di dalam terminal. Pecahan dan serpihan kaca akan membunuh seperti mana letupan bom apabila ianya diserang. Sentiasa berada di bahagian tengah terminal.
22.   Periksa bagasi anda:
Ketika tiba ke destinasi, periksa bagasi anda dengan teliti. Adakah ianya terbuka atau ditutup tidak kemas? Jika berlaku demikian, jangan cuba sentuh beg anda; segera dapatkan bantuan pegawai keselamatan.
23.   Jika berlaku tembakan/letupan:
Jika anda mendengar bunyi tembakan atau letupan, segeralah meniarap di lantai dan cuba lindungi kepala anda. Jangan cuba lari atau panik – adalah amat berbahaya jika anda berlari kerana peluru dan serpihan letupan yang terbang akan mencederakan atau membunuh anda.

DI DALAM PESAWAT

24.    Periksa tempat duduk anda:
Sebaik sahaja memasuki pesawat cuba periksa tempat duduk anda; jangan harapkan keseluruhan keselamatan kepada ‘ground crew’. Periksa poket kerusi hadapan anda, di bahagian bawah kerusi dan juga di bahagian atas rak bagasi.
25.   Penumpang pesawat:
Cuba elakkan daripada berbual dengan penumpang di dalam pesawat mengenai perkara sensitif seperti hal politik, dan agama. Jika anda tidak menyetujuinya, lebih baik anda diam.
26.   Menilai penumpang:
Sebaik menaiki pesawat pastikan anda mengecam semua krew pesawat berkenaan.

KESELAMATAN ANDA

27.   Check-in hotel:
Mana-mana juga negara, kakitangan hotel akan berusaha membantu untuk membawa beg anda. Jangan sekali-kali dibiarkan beg itu jauh daripada perhatian anda. Tentukan ianya sentiasa berada di samping anda. Pengganas mungkin berusaha untuk memasukkan bom jangka ke dalam beg anda dan akan meletup apabila anda berada di dalam bilik.
28.   Beritahu pihak hotel:
Apabila ‘check-in’ di hotel, berikan alamat pejabat anda dan begitu juga alamat rumah anda (jika perlu). Jangan sekali-kali berikan alamat kediaman anda kepada “rakan tempatan” yang baru anda temui. Jika untuk tujuan berhubung berikan alamat pejabat anda kepadanya.
29.   Mereka yang tidak dikenali:
Jangan temui mereka yang anda tidak kenali sama ada untuk ‘berkenalan’ minum atau makan bersama pada lokasi yang anda tidak ketahui. Adakan temujanji atau pertemuan di tempat yang anda benar-benar biasa dengannya.
30.   Pertukaran wang:
Tukaran wang boleh dibuat sama ada di hotel atau di bank-bank ternama. Jangan sekali-kali menukar wang dengan “penukar wang jalanan” – anda mungkin tertipu atau pasport anda akan dirampas.
31.   Memasuki hotel:
Jangan gunakan pintu utama setiap kali anda balik atau ke luar hotel. Sekali-sekala cuba gunakan pintu belakang untuk keluar masuk hotel.
32.   Pintu kecemasan:
Pastikan dimanakah pintu atau tangga kecemasan di hotel berkenaan, begitu juga dengan alat pemadam kebakaran.
33.   Mencari bantuan:
Anda mesti tahu bagaimana menghubungi pihak polis atau pihak kedutaan anda. Simpan alamat dan nombor kedutaan dalam dompet anda untuk keperluan kecemasan.
34.   Jangan merayau:
Jangan sekali-kali melawat ke kawasan di mana kadar jenayahnya tinggi dan kurang mendapat perlindungan polis.
35.   Pemberian bungkusan:
Jangan sekali-kali menerima sebarang bungkusan yang anda tidak ketahui atau yang bukan ditujukan kepada kita.

ANDA MENJADI MANGSA PENGGANAS

36.   Jangan panik:
Panik tidak akan membantu situasi, malah ianya lebih mengusutkan lagi keadaan anda.
37.   Pengganas juga gementar:
Kebanyakkan pengganas adalah ‘kali pertama’ mereka juga gementar dan takut. Jika para penumpang pesawat sentiasa berjaga-jaga dan hal ini mungkin disedari oleh pengganas sudah tentu mereka akan menggagalkan niat untuk menyerang.
38.   Perhatikan komplot pengganas:
Jika serangan berjaya dilakukan, pihak pengganas mungkin memerlukan anggota tambahan. Cuba awasi penumpang yang duduk berhampiran anda, mungkin mereka adalah salah seorang daripada komplot pengganas berkenaan.
39.   Berikan kerjasama:
Jangan bersikap provokatif atau melawan.
40.   Perhatikan mereka:
Cuba perhatikan segala yang berlaku di sekekliling anda. Berapa ramaikah jumlah mereka? Apakah tujuan mereka? Bagaimanakah rupa mereka?
41.   Senjata:
Jika masa mengizinkan, berusahalah secara senyap untuk mendapatkan apa juga alatan kecil yang boleh digunakan sebagai senjata anda.
42.   Perhatikan penumpang:
Perhatikan rakan-rakan penumpang disekeliling anda. Siapakah di antara mereka yang masih kuat dan sihat? Siapakah yang tidak sihat? Siapakah yang boleh anda harapkan? Manakala mereka yang lemah dan ketakutan telahpun anda ketahui di awal kejadian.
43.   Bagaimana menentang mereka:
Bolehkah anda menggagalkan pengganas? Jika boleh bagaimanakah ianya dilakukan? Bagaimana sekiranya gagal? Adakah anda perlu bantuan daripada penumpang lain?
44.   Menyelamat:
Disamping bahaya menentang pengganas, anda juga harus tahu untuk menyelamat. Adakah anda tahu di mana pintu kecemasan pesawat? Adakah anda tahu bagaimana mengendalikan pintu berkenaan dan peluncur kecemasan pesawat?
45.   Apakah yang mereka mahu:
Cuba selidiki apakah yang mereka mahu – duit, publisiti?
46.   Jangan halang mereka:
Jangan sekali-kali menghalang apa sahaja yang mereka minta dari anda, walaupun barang itu mungkin mempunyai nilai sentimental buat anda. Tutup mulut anda dan berikan kepada mereka. Jika tidak, anda mungkin menjadi mangsa pengganas.
47.   Usah dedahkan diri anda:
Jangan sekali-kali memberitahu anda bahawa anda adalah anggota tentera, polis, pegawai eksekutif syarikat penerbangan, atau pengurus syarikat besar, diplomat dan sebagainya. Cuba sedaya upaya rahsiakan pekerjaan anda.
48.   Minta kebenaran:
Apa juga perbuatan anda dalam perhatian pengganas. Cuba meminta kebenaran mereka walaupun untuk membuka baju kot, ke tandas, meminta minuman dan sebagainya.
49.   Masa berlalu:
Dalam keadaan begini sesiapa sahaja akan merasakan dirinya tertekan dan ketakutan. Tetapi anda mesti tenang dan sentiasa ingat bahawa masa menyebelahi anda. Jika masa berlalu lama tanpa berlaku sebarang ugutan dan pembunuhan ia bererti bahawa sesuatu sedang diusahakan – perbincangan, atau mungkin usaha sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat.
50.   Duduk diam:
Jika pasukan keselamatan sedang berusaha melakukan operasi menyelamat, dalam keadaan ini hanya sedikit yang boleh anda lakukan. Biarkan anggota professional yang melakukannya. Cuba tunduk serapat yang boleh antara kerusi dan lantai pesawat, diam sehingga tiada lagi bunyi tembakan sehinggalah anda diarahkan keluar dari pesawat berkenaan.
51.   Keluar segera dari pesawat:
Jika usaha menyelamat berjaya, keluar dari pesawat secepat mungkin. Jangan cuba sentuh atau mengambil apa jua barangan yang ada ketika anda keluar dari pesawat berkenaan. Ia mungkin telah dipasangkan ‘jerangkap samar’, atau terdapat bom jangka yang tersembunyi.

Wallahualam bissawwab..

Halim Fansuri – 31 Mei 2012/10 Rejab 1433H/1454H)

p/s: ..dipetik dari majalah PERAJURIT keluaran Disember 1995/Ms: 18 – 19. Cukup satu Haul aku bertapa.. he he he..




Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani