Saturday, January 6, 2018

MENGAPAKAH PERGERAKAN BUSANA MIM GAGAL?





Tak salah pakai busana, tapi pernah tengok ke orang pakai kot tali leher bawak briefcase jam tangan rolex dan kasut kulit Louis Vutton (Sebutan: Loie Butonn) pi juai petai jering cangkung tepi jalan atau tebar roti canai?

Dah macam raja bomoh coconut dah..
PAGI INI sambil menonton drama Koria kek tibi 8, den mengolah idea (it’s a bit controversial) berdasarkan topic kek ataih.

Pertama, PENGGERAK BUSANA datang dari kalangan MARHAEN yang:
A. Kurang berpelajaran – so, dari sudut sejarah ianya jadi tidak tepat. Fail dari segi historical value.
B. Masyarakat modern yg dibesarkan tanpa adat istiadat - jadi pakem pemakaian ikut suka hati sesedap rasa
C. Individu persendirian - jadinya setiap orang tak ada KESERAGAMAN (pakem), sedangkan pakaian adat tu pun ada rules and regulation untuk setiap STRATA KELAS/STATUS diri sendiri..

Punca kedua, berbeza dengan PEMAKAIAN BATIK yang PENGGERAKnya datang dari GOLONGAN POLITIK/ARISTOKRAT, pemakaian BUSANA boleh dikatakan GAGAL MENCAPAI MOMENTUM sebab dalam masa 5 tahun ini, pencapaiannya tak ke mana pun sekadar berlegar di kalangan:

A. Orang Silat
B. Penggerak busana non orang silat
TAK BERSETUJU? Sila Google tentang allahyarhamah Datin Seri Hendon, arwah isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi..

ITU BARU BAB RUJUKAN SEJARAH tu..

Punca ketiga, bila BANGSAWAN ISTANA, atau POLITICIAN yang berkuasa tak memainkan peranan, PERGERAKAN BUSANA tak dapat SAMBUTAN MASSA atau PENJAWAT AWAM kerana faktor utama yang DIABAIKAN OLEH PENGGERAK BUSANA yg den tengok iaitu:

DASAR KERAJAAN

Mengapa den sentuh DASAR KERAJAAN? Kerana dasar kerajaan akan menggerakkan PENJAWAT AWAM untuk melakukan sesuatu agenda yang mana akan mempengaruhi SOSIAL. Kita tengok bab PEMAKAIAN BATIK setiap hari khamis di agensi-agensi kerajaan, bila mana WAJIB sahaja PENJAWAT AWAM pakai baju batik, maka secara outomatik KAIN BATIK ADA VALUE/NILAI EKONOMI – Ini bermakna rakyat boleh JANA PENDAPATAN, INDUSTRI BATIK BERKEMBANG, KAIN BATIK ADA MARKET VALUE, dan..

KERAJAAN ADA PUNCA PENDAPATAN (CUKAI)

Ini berangan nak pakai macam anak raja, tapi songket IMPORT DARI INDIA/PAKISTAN.

IRONIS BUKAN?

Punca keempat, bila DASAR KERAJAAN tak ada, maka PERGERAKAN BUSANA yang disibuk-sibukkan oleh aktivisnya TIDAK ADA NILAI KOMERSIAL dan POLITIKAL.

Saya ulangi:

TIDAK ADA NILAI DARI SEGI KOMERSIAL/EKONOMI SETEMPAT dan KEPENTINGAN POLITIK.

So geng-geng busana, kalau betul nak perjuangkan gerakan busana, START YOUR POLITICAL LOBBYING NOW.

Kalau tak, pergerakan engkau ni PUPUS bila dah tak ada VALUE/NILAI kepada masyarakat massa dan KEUNTUNGAN kepada pemerintah.

Punca kelima, bila TAK ADA DASAR KERAJAAN yang menyokong, NILAI EKONOMI dan POLITIK tak wujud. Bila 2 benda ni tak ada, maka tak ada value pun dari segi AKADEMIK.

Mengapa AKADEMIK?

Kerana bila sudah ada NILAI AKADEMIK, kita boleh WARTAKAN busana Mim ni kat UNESCO sebagai salah satu WARISAN SEJARAH DUNIA.

Bila dah jadi WARISAN NEGARA/CULTURAL HERITAGE : BARU LE OMPUTEH/FOREIGN RESEARCHER mai buat kajian itu ini..

But then.. ya.. itu le.. PENGGERAK BUSANA kita NON EDUCATED..

So.. tunggu le PUPUS ye..

Den tak kesah kalau ada ahlul busana nak copy paste idea den, lagipun time stamp kat internet ada.. ini juga dah jadi REKOD SEJARAH.

Den TIDAK MENENTANG BUSANA MIM, den MENENTANG KEBODOHAN manusia (BACA: KEJUMUDAN IDEA)..

P/s: ..kita dah beratus tahun terjajah, tamadun kita MUSNAH, lalu bangsa kita cuba bina identiti baru, tetapi dengan METHOD YANG TAK TEPAT, apa dia? Mengapa?

Halim Fansuri – 06 Januari 2018/18 Rabiul Akhir 1439H

Tuesday, December 5, 2017

101


PREPPERS: Seorang@Sekumpulan INDIVIDU yg sentiasa membuat persediaan MENTAL & MATERIAL untuk situasi bencana..
..nak kata negara kita tak pernah mengalami peperangan atau bencana alam, boleh dikatakan negara kita sentiasa terlibat dalam 2 perkara yang disebutkan dalam tempoh 100 tahun kebelakangan ini secara terus..

..den tengah buat compilation insiden bencana atau konflik perang untuk tempoh 1817 - 2017 yg berlaku di Malassiah atau negara tertangga kita..
Ok.. let's start..

SOALAN 1:
JIKA berlaku situasi bencana, siapakah orang-orang/individu yang tuan/puan semua akan contact dahulu untuk berkumpul dan berkongsi maklumat selain ahli keluarga yang terdekat?

SOALAN 2:
Apakah KEPAKARAN atau KEMAHIRAN yang ada dikalangan ahli team tuan/puan?

SOALAN 3:
JIKA berlaku bencana - STAY PUT or BUG OUT?

SOALAN 4:
JIKA memilih untuk BUG OUT, LALUAN/ROUTE manakah yang akan dipilih?

dan,

METHOD PERGERAKAN manakah yang akan digunakan?

SOALAN 5:
SILA TANYA..

p/s: ..101, 101, 101, 101, 101, 1..


Halim Fansuri – 05 Disember 2017/16 Rabiul Awal 1439H

Friday, November 24, 2017

Jumaat 24


salawat serta salam..
seribu pujian serta penghormatan..
ke atas sosok junjungan mulia..
rahmat sekelian alam
sebanyak helaan nafas dan kerdipan mata
sekelian makhluk ciptaan
selama-lamanya dan berkekalan..

p/s: ..semoga Allah Taala meringankan beban ujianku.

Halim Fansuri – 24 November 2017/05 Rabiul Awal 1439H

Wednesday, November 22, 2017

Bukan Salah Ibu Mengandung


..bilo ekau poie sekolah, kita kocik an skop dengan ambil SMK iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan aliran perdana di bawah KPM (Kementerian Pelajaran Malassiah) sebagai contoh - ekau akan mendapati ado 6 ras (bangsa) utama dan bukan ei 3 di Nagara Malassiah i.e:

1. MALAYU RAJIN
2. MALAYU PEMALAS
3. CINO RAJIN
4. CINO PEMALAS
5. INDIA RAJIN
6. INDIA PEMALAS

Apo bezo bangso GHAJIN ngan bangso POMALEH ni?

GHAJIN - INSYAALLAH buleh berjayo kalau istiqamah. Janji tak putuih aso. Pandai tak pandai tu belakang kiro rezeki ALLAH TAALA boie.

POMALEH ni ado pocah 2 puak, i.e:

A. POMALEH, TOMPI CHOGHODIK
B. POMALEH, TOMPI BONGOK

Oghang jonih POMALEH, TOMPI CHOGHODIK ni - sobona ei IQ dio tinggi. Malah lobih baik palo otok ei bobanding puak-puak GHAJIN ni.. biaso ei budak-budak ni tuo jadik tokei atau boss bosa bagi si GHAJIN ni..

Yang jadik masalah ni haa.. puak POMALEH, TOMPI BONGOK yang ghaso dio ni CHOGHODIK.. haa.. tompi ado laie bezo dio.. maghi kito bincang bab ini..

A - MALAYU POMALEH, TOMPI BONGOK

..haa.. ini jonih perabih boreh dan duek omak pak. Poie kojo tak mau, kok kocik kojo an ei main besikal potong, dah bosa sikit jadik Mat Rompit - tak mampuih eksiden, jadik la Mat Pit..

B - CINO POMALEH, TOMPI BONGOK

..biaso ei anak tokei, hidup senang lenang - makan kek kodai (omak tak masak, apak boie duek RM50 sehari). Biaso dah ado kereta jonih MITSUBISHI.. kalau yang miskin, masuk geng 21 dan juai DVD pirate kek kaki limo kodai..

C - INDIA POMALEH, TOMPI BONGOK

..poie sekolah huruf pon tak kenal, tompi budget hero tamil Kollywood. Kojo berendut ajo ngan meenachi. Pun spesis main moto tapi lobih nak buek PERSATUAN HARAM. Spesis ni pon suka masuk geng, geng 04 atau 08 yang jonih potong kek atas moto sambil bakar moghocun kek dopan gate sekolah (ekau rujuk kes dokek Klang). Ado kes sebelum masuk sekolah layan dulu Tiger atau Carlsbeg setin duo.. ini le spesis yang nanti nak pilihanraya sibuk masuk talibesen mengato an kerajaan Malassiah menganaktirikan kepentingan hak-hak kaum ini sambil pegang sepanduk..


P/s: ..ekau tanyo den spesis mano, den akan jawab: den ni spesis Moloyu Busana.. heh heh heh..

Halim Fansuri – 22 November 2017/03 Rabiul Awal 1439H

Friday, November 17, 2017

Secangkir Kahwa Pengendur Urat



manusia boleh mati, tapi tulisannya tidak..
sekabur-kabur tulisan adalah seterang-terang ingatan..
dan dengan wujudnya kebolehan manusia memotret menggunakan kamera..
ingatan atau kenangan yang seterang-terang tulisan yang sangat kabur itu semakin jelas
dan berkekalan..

p/s: ..rakaman kegembiraan.. atau.. kesengsaraan

Halim Fansuri – 17 November 2017/28 Safar 1439H

Thursday, April 14, 2016

1095 Hari


..ciuman terakhir di kening mu
dan kesengsaraan selama 1095 hari
tiada bezanya hidup dengan mati.

P/s: ..mayat berjalan.


Halim Fansuri – 14 April  2016/6 Rejab  1437H)

Monday, April 11, 2016

Teh atau Kopi?


Teh tak perlu dibuat manis
Kopi pahit menghangatkan pagi yang dingin sejuk
Kegembiraan kecil di permulaan hari

P/s: ..keseronokkan yang tidak dibuat-buat.

                                    Halim Fansuri - 11 April 2016/3 Rejab 1437H

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani