Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal 2010

Selamat Tinggal 2010

..dan selamat tinggal buat sahabatku 2010

Teman sebantal sehela nafasku yang mencungap ini

Tiada kata indah yang dapat ku luahkan buatmu

melainkan rasa gundah dan payah yang menyenat

meniti dari tahun ke tahun masa demi masa ketika demi ketika

kosong dan hampa..

Halim Fansuri – 30 Disember 2010/124Muharram 1432H/1744H)

p/s: ... andai puisiku ini dapat mengeyangkan yang kelaparan, mencelikkan yang buta dan menghidupkan yang mati..

Sunday, December 19, 2010

R.U.M.A.H = GHUMOH!



Lembaga Adam

  1. Macam-macam rupanya – ada yang macam istana, ada yang macam masjid. Selalu yang dijumpai rupanya macam rumah biasa. Dan ada yang ‘nampak’ macam pondok buruk tengah sawah pun ada.
  2. Asalnya dari apa? Dari mana? dan bangsanya pula bagaimana? serta TUJUAN asal mengapa ianya DICIPTA. Pilihan bahan asas yang menjadikan rumah-rumah ni terbina adalah bergantung ikut PELAN ASAL DI TANGAN PENCIPTANYA.
  3. Tuan rumahnya pun ada yang macam-macam gaya – ada miskin dan ada yang papa. Yang menjadi ‘isi’ bagi rumah-rumah ini.
  4. Biasa la, dah duduk kat ‘kampung’, macam-macam ada kat keliling.. yang baik.. yang jahat.. rimau.. gajah.. penyamun, perompak, kawaq, mat gian dah tentu bersepah2 juga kan?
  5. Yang jadi masalahnya, ramai yang tak tau jaga umah. Dah le membuatnya payah, belajar cara mempertahankan rumah pun tak tau (tau duduk aje).. lepas tu tuduh-tuduh ini dan itu, padahal sendiri yang tak berilmu..
  6. Dah tau umah tu ko letak barang berharga macam tv ke, emas berlian atau permata – yang dibuka pintu tu depan belakang seluas-luasnya buat apa? Atau ajak berkawan dengan mat gian duk naik atas umah? Hah! Bersarang la dia! Dah ajak tak tau nak suruh keluar? Salah siapa jang?
  7. Akhir sekali, rumah ni bukan milik kita, kita MENUMPANG aje.. sampai masa tuan umah akan hantar wakil JEMPUT KELUAR, atau rumah ROBOH SENDIRI sebab dah lama. PINDAH la awak ke RUMAH BARU, kat TEMPAT LAIN.. (banyak kumpul harta selesa la kawan...)


Halim Fansuri – 19 Disember 2010/13 Muharram 1432H/1409H)

p/s: ... kalau TAK RETI juga tak tau le..

Saturday, December 18, 2010

Secangkir Kahwa Pengedur Urat


Catatan Ringkas Petang Sabtu

Salam (bukan untuk ‘si gampang’ tanpa nama yang tak tahu asal puncanya)

Alhamdulillah, ditakdirkan Allah taala, aku dapat lihat 'wajah' mamat tanpa nama ni kat FB.

Buat mamat tanpa nama, cerita ko tak abis lagi, banyak benda aku nak bertanya ko main mengelak-elak (terutamanya bab yang ko kata RAHSIA sangat tu).

Ko suka cerita bab tasauf (jaga hati) tapi bab masalah KEJINNAN (bukan saka namanya) kau tak jawab jelas.. itu yang aku nak tanya!

Aku bagi ibarat:

1. Kuih pau (sejenis kuih bangsa Cina) semua intinya DAGING BABI KAH?

2. Kalau sakit barah paru-paru kau cari doktor sakit gigi kah?

Halim Fansuri – 18 Disember 2010/12 Muharram 1432H/1803H)

p/s: ... gula-gula hacks bukan penyembuh batuk kering, kerana ianya buat sedap2 berANGIN kat mulut SAHAJA!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani