Ketika Imam Syafie duduk bersama dengan al-Humaidiyy dan Muhammad bin al-Hasan (kedua muridnya), tiba-tiba lalu seorang lelaki. Lalu Imam Muhammad berkata: “Cuba kamu tengok orang ini”. Lalu Imam Syafie memerhatikan orang tersebut dan beliau tidak menjawabnya. Imam Muhammad bertanya: “Adakah kamu kesamaran terhadapnya”? Beliau menjawab: “Aku kesamaran samada dia adalah seorang tukang jahit ataupun dia seorang tukang kayu”. Lalu Imam al-Humaidiyy bangun dan pergi bertanyakan orang lelaki tersebut, dan lelaki tersebut menjawab: “Aku memang seorang tukang kayu, tetapi hari ini aku sudah mula bekerja sebagai tukang jahit”.
Kisah 2
..dalam riwayat lain pula beliau duduk dengan gurunya; Imam Malik. Ketika mereka sedang berbincang, seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lalu seorang daripada mereka mencadangkan masing-masing mencuba kebolehan dengan meneka pekerjaan lelaki itu.
Imam Syafie dan Imam Malik kemudian membuat taakulan mengenai pekerjaan lelaki itu berdasarkan pelbagai pemerhatian terhadap jasad, pakaian dan sebagainya. “Peniaga,” jawab Imam Syafie. “Tukang besi,” jawab Imam Malik sekali gus meningkah jawapan anak muridnya.
Bagi memastikan tekaan siapa yang benar, mereka berdua bertanya terus kepada lelaki itu sebaik dia keluar dari masjid. Lelaki itu memberitahu dia bekerja sebagai peniaga sekali gus membenarkan taakulan Imam Syafie. Bagaimanapun Imam Malik terus bertanyakan soalan kedua: “Apa pekerjaan kamu sebelum kamu menjadi peniaga?” “Tukang besi,” jawab lelaki itu sekali gus membenarkan juga taakulan Imam Malik.
Kisah 3
Ketika Rasulullah berusia 12 tahun,bapa saudaranya iaitu Abu Talib membawa Baginda ke Syam dan ketika dalam perjalanan, mereka berjumpa seorang rahib Nasrani bernama Buhaira (maksudnya selautan ilmu, nama sebenarnya adalah Saiyyidina Girgis@Sergius). Sebaik terlihat ‘tanda-tanda’ fizikal Baginda yang masih kanak-kanak ketika itu, rahib berkenaan sudah menjangkakan bahawa Nabi Muhammad bakal menjadi Rasulullah suatu hari nanti dan menasihati Abu Talib supaya berpatah balik. Sergius dibunuh selepas itu oleh orang-orang Yahudi.
Kisah 4
Maksud hadis Rasulullah - Kota Constantine akan dapat ditawan oleh umat Islam, dimana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
Kisah 5
“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “
(Surah Al Hijr: 75).
Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, yaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.
“Sekiranya Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“
(Surah Muhammad: 30).
Seorang yang bijaksana telah berkata: Seorang yang alim melihat fitnah (kerosakan, huru-hara dll) sebelum datang, sedang orang yang jahil melihat fitnah setelah terjadi .
Wallahualam bissawwab..
Halim Fansuri – 25 Jun 2010/13 Rejab 1431H/1036H)
p/s: ... sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan atau pondan.. he he he
Pemilik Gambar Asal: http://zailani77.fotopages.com/?entry=1061229
Industri judi dan arak yang bertapak dalam negara kita semakin hari semakin diminati oleh rakyat Malaysia dalam sedar atau tidak. Jumlah keuntungan syarikat-syarikat tersebut yang meningkat dari tahun ke tahun dengan jumlah ratusan juta ringgit menyebabkan para pelabur Islam mahupun bukan Islam samada dari dalam dan luar negeri cukup berminat untuk meletakkan pelaburan mereka. Mungkin kita tidak hairan dengan pelaburan dari agensi, individu atau syarikat bukan Islam tetapi yang menjadi persoalan serius adalah penglibatan individu yang bernama muslim dalam 'industri dosa' ini.
Nabi SAW telah bersabda dengan cukup jelas menyatakan
" Sesungguhnya Allah telah menfardhukan beberapa perkara lalu janglah kamu lalaikannya, Allah juga telah mengharamkan banyak perkara maka janganlah kamu mencerobohinya…" ( Riwayat Darul Qutni - Hadis Hasan ) Sila Lihat Saryh al-alba'in hadisan an-Nawawiah, Darul Qutaibah, 1990, Tahqiq oleh Abd Aziz Izzuddin as-Sairawan.
Malang seribu kali malang apabila kerajaan Malaysia turut ingin menumpang dalam mengaut keuntungan dosa tersebut. Kerajaan Malaysia tanpa segan silu turut serta dalam perlumbaan keuntungan dosa dengan menggunakan wang amanah rakyat.
Penulisan ini akan menyentuh beberapa kajian terhadap sejauh manakah pengelibatan kerajaan dalam 'industri dosa' ini. Penulisan ini berkisar berkenaan:
1. Nama-nama syarikat besar yang terlibat dalam judi dan arak di Malaysia
2. Pelaburan wang amanah ke dalam syarikat judi.
3. Individu muslim yang mengetuai syarikat judi dan arak.
4. Jumlah hasil kasar kerajaan dari hasil perjudian dan arak.
5. Beberapa dalil Naqli berkenaan pengharamn dan penglibatan
Nama-nama syarikat yang terlibat dalam industri judi adalah seperti berikut:
Bil
Nama Syarikat
Tahun
Turnover
(RM juta)
Net Profit
Jenis Perniagaan
1.
Genting Berhad
1999
3,077,400,000
1,101,100,000
Kasino
1998
3,369,800,000
414,300,000
Perjudian
1997
3,822,000,000
771,300,000
2.
Resort World Berhad
1999
2,178,500,000
645,800,000
Pusat Hiburan dan Perjudian
1998
2,514,900,000
149,000,000
1997
3,038,700,000
867,300,000
3.
Magnum Corporation
1999
2,917,720,000
519,304,000
Empat Nombor Ekor Loteri
1998
2,958,231,000
-442,082,000
4.
Metroplex Bhd
1999
456,789,000
-88,980,000
Subic Bay Casino Perjudian atas kapal
5.
Leisure Management Bhd
1998
1999
794,126,000
1,952,683,000
64,739,000
78,958,000
Empat Nombor Ekor Lumba kuda
1998
2,106,039,000
17,599,000
Nombor Ramalan
6.
Berjaya Sports Toto Berhad
2000
2,339,894,000
254,474,000
Empat Nombor ekor
1999
2,195,411,000
442,127,000
Nombor Ramalan
7.
Guiness Anchor Berhad
1999
1,042,440,000
143,135,000
Minuman keras
1997
733,385,000
105,855,000
8.
Tanjong Public Limited Co
1999
1,892,953,000
185,517,000
Nombor Ramalan Lumba Kuda
1998
1,667,327,000
359,329,000
9.
Carlsberg Brewery Bhd
1999
842,330,000
137,935,000
Arak
1998
777,679,000
114,454,000
Para pembaca boleh menilai akan tahap kekuatan syarikat-syarikat judi dan arak ini. Sebagai suatu perbandingan mudah. Cuba kita menilai prestasi syarikat gergasi negara selain Petronas seperti Telekom, Malayan Banking (Maybank) serta Tenaga Nasional Bhd.
Bil
Nama
Tahun
Turnover
Net Profit
1.
Maybank Berhad
1999
-
969,866,000
2.
Telekom Malaysia Berhad
1999
7,833,000,000
819,000,000
3.
Tenaga Nasional Bhd
1999
12,108,000,000
773,500,000
1998
11,439,400,000
-3,093,900,000
Perbandingan syarikat kekuatan kewangan syarikat gergasi negara adalah tidak begitu jauh kehadapan dari segi kekuatan industri judi dan arak di negara ini. Sedangkan TNB menguruskan perkara asasi yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia seramai 22,712,000 juta orang. Manakala Telekom merupakan syarikat yang telekomunikasi negera negara yang terbesar. Judi dan arak hanyalah 'permainan' sampingan segelintir rakyat yang gilakan wang segera, tetapi keuntungannya tidak jauh ketinggalan daripada syarikat-syarikat gergasi tersebut malah Genting Bhd lebih berjaya mengaut keuntungan dalam tahun 1999 dengan jumlah untung sebanyak RM1.1 bilion berbanding Telekom dengan RM 819 juta, TNB sebanyak RM 773 juta serta Maybank sebanyak RM 969 juta.
Pada tahun kewangan 1997 ketika negara menghadapi krisis Ekonomi, syarikat-syarikat judi masih lagi mempunyai tahap kewangan serta keuntungan yang teguh dengan jumlah keuntungan sebanyak RM 771 juta. Ini bermakna kecenderungan rakyat yang berjudi begitu tinggi menyebabkan ketika meraka berada di dalam kesukaran wang sekalipun, mereka sanggup bertaruh nasib keluarga demi mendapatkan wang segera daripada perjudian yang ditawarkan.
Justeru, keuntungan dan keaktifan syarikat-syarikat judi terus menjadi sasaran pelabur untuk mengaut keuntungan. Salah satu pelabur tersebut adalah pihak Kerajaan Malaysia. Merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE - RIIAM Information System), Badan yang mewakili kerjaan Malaysia dicatatkan dalam pelbagai bentuk walaupun pada hakikatnya ia hanyalah berlainan nama.
Ianya seperti berikut:
1. Employees Provident Fund Board ( EPF )
2. Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
3. Tabung Lembaga Angkatan Tentera Malaysia
4. Menteri Kewangan Malaysia
5. Kementerian Kewangan Malaysia
6. Minister of Finance
7. Amanah Raya Berhad
8. Permodalan Nasional Berhad
9. Bank Negara Malaysia
Pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adakalanya 'direct' kepada syarikat judi tersbeut dan adakalanya 'indirect' iaitu dengan melabur dalam sebuah syarikat lain dan syarikat tersebut pula menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat judi.
Pelaburan kerajaan secara langsung dalam industri perjudian (sekitar tahun 1999 - 2000) ini adalah seperti berikut :
Bil
Nama Pemegang Saham
Jumlah Saham
Nama Syarikat Yang di labur
Nilai Saham
1.
Employees Provident Fund Board
7,894,800
Genting Berhad
-
2.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera
45,162,668
Resorts World Bhd
-
3.
Employees Provident Fund Board
5,568,000
Resorts World Bhd
-
4.
Amanah Raya Sdn Bhd
8,828,400
Metroplex Berhad
-
5.
Kerajaan Malaysia*
327,000
Metroplex
6.
Kerajaan Malaysia*
20,000
Berjaya Group Bhd
7.
Kerajaan Malaysia*
Golden Shares
Sport Toto Malaysia
* Dicatat dalam Akaun Awam Persekutuan 1999.
Berikut pula disenaraikan penglibatan kerajaan dalam saham-saham terlibat judi secara tidak langsung ataupun perantaraan.
Bil
Nama Pemegang Saham
Jumlah Saham
Nama Syarikat Yang di labur
Catatan Kaitan Tidak Langsung Antara Kerajaan dan Syarikat Perjudian
1.
Menteri Kewangan Malaysia
3,958,205
Kamunting Corp Bhd
Kamunting merupakan pelabur utama Magnum Corp Bhd. Sebanyak 457,630,296 unit saham.
2.
Menteri Kewangan Malaysia
972,492
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd sebanyak 65,154,999 unit saham.
3.
Amanah Raya Bhd Arab Malaysian First Fund
2,286,000
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd. sebanyak 65,154,999 unit saham.
4.
Employees Provident Fund Board
1,453,000
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd.
5.
Minister of Finance Government
8,505,280
Multi Purpose Holdings Bhd
a. Multi Purpose Holdings Bhd merupakan pelabur ketiga besar dalam Leisure Management Bhd. Sebanyak 65,154,000 unit saham 457,630,258 unit saham.
b. Ketiga Terbesar dalam Magnum Corp Bhd.
6.
Bank Negara Malaysia
170,000,000
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd.
7.
Permodalan Nasional Berhad
162,052,783
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
8.
Employees Provident Fund Board
18,579,667
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
9.
Minister of Finance
7,409,222
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
10.
Permodalan Nasional Berhad
76,555,492
Hap Seng Consolidated Bhd
Hap Seng pelabur kedua terbesar dalam Calrsberg Bhd sebanyak 39,326,250 unit saham.
Begitulah serba sedikit data mengenai penglibatan hasil haram. Apa yang lebih malang adalah Kerajaan Malaysia langsung tidak mengendahkan kesan negatif yang lahir daripada industri judi dan arak ini. Menurut kajian sebuah badan bebas Amerika Syarikat iaitu National Gambling Impact Study Commision mereka mendapati kesan negatif sosial terlalu banyak akibat judi.
Antara yang dinyatakan adalah seperti berikut :
a. Perkaitan judi dengan penagihan dadah.
b. Pertambahan penceraian. Iaitu 5 kali ganda daripada masyarakat biasa.
c. Pertambahan potensi dalam perlakuan jenayah.
d. Pertambahan peribadi hutang yang besar.
e. Merosakkan hubungan antara kawan dan keluarga.
f. Pertambahan kes bunuh diri.
Apabila kerajaan Malaysia menggalakkan pertubuhan industri perjudian hingga bertambah subur serta membantu kemajuan syarikat-syarikat tersebut, secara tidak langsung seolah-olah kerajaan sengaja membiarkan rakyat dicengkam gejala sosial tersebut semata-mata kerana mereka ingin mengaut keuntungan lebih daripada mereka.
Allah juga telah berfirman secara jelas tentang kesan buruk terbitan daripada judi dan arak ini :
"… Sesungguhnya Syaitan tidak mengkehendaki kepada kamu selain menumbuhkan permusuhan dan persengekataan daripada arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengigati Allah dan daripada Solat, MAKA APAKAH KAMU MASIH TIDAK DILARANG? " ( Al-Maidah: 90)
" Janganlah kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu akan dihumban ke dalam api neraka Allah"
( Surah An- Nahl )
Nama Individu Muslim Yang Terlibat Selain daripada pengelibatan dalam bentuk kewangan dan saham daripada kerajaan, beberapa indivdiu Melayu yang dipercayai beragama Islam juga terlibat menjadi individu utama dalam menerajui syarikat gergasi judi. Berikut adalah antara nama-nama yang terlibat:
Bil
Nama Syarikat
Nama Individu Melayu
Jawatan
1.
Genting Berhad
Tan Sri Tun Hanif Omar
Ex- Ketua Polis
Dep Chairman
2.
Magnum Corporation Berhad
Tan Sri Dato' Khir Johari
Ex- Menteri
Vice Chairman
3.
Resort World Berhad
Tan Sri Tun Hanif Omar
Ex- Ketua Polis
Dep Chairman
4.
Leisure Managemenat Bhd
Tan Sri Dato' Khir Johari
Ex- Menteri
Director
5.
Magnum Corporation Berhad
Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth
Bekas Jeneral Tentera
Director
6.
Guiness Anchor Berhad
Dato' Jaafar Bin Ahmad Indot
Director
7.
Guiness Anchor Berhad
Dato' Alwi Bin Jantan
Bekas SUK Selangor Ex- KSU Kementerian
Bekas SUK Selangor Ex- KSU Kementerian
8.
Genting Berhad
Tan Sri Mohd Amin Osman
Ex-Timb. Ketua Polis Negara
Director
9.
Berjaya Sports Toto Bhd
Tan Sri Dato' Jaafar Abdul
Director
10.
Berjaya Group Berhad
Dato' Sulaiman Mohd Noor
Director
11.
Calrsberg Brewery Bhd
YAM Tunku Naqiyuddin Ibn Tuanku Jaafar
Director
12.
Calrsberg Brewery Bhd
Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth
Director
Jika ditinjau dari sudut hukum Islam, terlalu jelas keterlibatan dalam industri haram adalah haram hukumnya, samada pelabur, menjadi salah seorang daripada pimpinannya, penjual, pengilang, pembeli, peminum atau pemain. Semuanya yang berkaitan akan menjadikan seseorang itu 'bersubahat' sebagaimana Nabi mengisyaratkan kumpulan yang terlibat juga akan mendapat laknat Allah sebagaimana sabdanya :
"Allah SWT melaknat 10 kumpulan yang terlibat dengan arak : Pemerah, pengilang perahan, peminum, pembawa, penanggung, pemberi minum dengannya, penjual, pemakan keuntungannya, pembeli untuknya dan pembeli untuk lainnya" ( Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi daropada Anas Bin Malik ) . Sila rujuk Fiqh al-Mazahib al-'Arba'ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah dan rujuk juga Kitab Fiqh As- Sunnnah, al-Sayyid Sabiq, Jilid 2, Kaherah., hlm 518.
Manakala daging yang terbina daripada hasil yang haram akan dibalas dengan neraka. Sabda Nabi :
"Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka neraka adalah terlebih layak untuknya"
Jumlah Hasil Kerajaan Daripada Beberapa Industri Arak Dan Judi Terbesar
Secara mudah kerajaan menerima hasil daripada syarikat ini melalui beberapa sumber :
a. Cukai korporat sebanyak 28 % .
b. Cukai perkhidmatan sebanyak 5 %.
c. Perlesenan.
d. Melalui syer.
Sila rujuk jadual di bawah:
Syarikat
Tahun
Keuntungan RM juta
Cukai dan Hasil Kepada Kerajaan RM juta
Genting Berhad
1999
1,521,400,000
313,700,000
1998
909,700,000
364,000,000
1997
1,542,500,000
346,000,000
Guiness Anchor Bhd
1999
182,407,000
39,272,000
1998
147,193,000
41,338,000
1997
126,328,000
34,097,000
Magnum Corp Bhd
1999
563,334,000
140,000
1998
-
132,870,000
1997
100,946,000
142,642,000
Metroplex Bhd
1999
-
6,345,000
1998
139,642,000
8,093,000
1997
140,458,000
15,712,000
Resorts World Bhd
1999
648,100,000
2,300,000
1998
371,800,000
222,400,000
1997
1,090,900,000
224,500,000
Berjaya Sports Toto
2000
384,724,000
152,833,000
1999
438,206,000
1,284,000
1998
453,925,000
119,525,000
Leisure Mgt Berhad
1999
119,551,000
232,000
1998
51,779,000
19,820,000
2000
-
36,652,000
Tanjong Public Ltd Bhd
2000
261,191,000
53,305,000
1999
405,768,000
33,276,000
1998
327,539,000
76,704,000
Carlsberg Brewery Bhd
1999
137,935,000
-
1998
151,854,000
37,400,000
1997
160,045,000
44,260,000
Pembaca boleh mengira sendiri berapa juta dan bilion yang disalurkan kepada kerajaan melalui syarikat-syarikat judi dan arak Public Listed ini, itu belum dikira syarikat 'Private Limited' dan belum juga dikira pulangan daripada pelaburan saham ke dalam syarikat-syarikat tersebut. Sila rujuk jadual di bawah.
Daripada hasil-hasil tersebut, justeru industri haram ini dianggap begitu baik oleh kerajaan Malaysia. Lalu dikekalkan serta dipertahankan walaupun cukup jelas ianya bertentangan dengan hukum syarak. Nabi SAW dalam penegasan baginda tentang arak bukan sekadar pengambilan keuntungan bahkan arak juga tidak dibolehkan untuk dijadikan ubat berdasarkan sabdanya : " Allah tidak menjadikan ubat di dalam perkara yang diharamkannya". Dalam kes Kerajaan Terengganu (semasa di bawah PAS) dan Kelantan hanya membenarkan penjualan (bukan pelaburan dan pengilangan) arak untuk non-muslim (sahaja) kerana ianya tidak diharamkan oleh agama mereka, justeru kebenaran untuk membuka premis arak adalah berdasarkan nisbah peratusan non-muslim yang berada di negeri tersebut. Di Terengganu sebagai contoh jumlah non-muslim adalah kurang daripada 5 %, justeru Kerajaan Terengganu hanya ,membenarkan 3 premis arak dibuka. Begitu juga halnya dengan penternakan babi dengan memenuhi syarat-syarat tertentu seperti tidak boleh dieksport, dikuarantin dan banyak lagi. Inilah hak kebebasan mengamalkan agama dalam sebuah negara Islam. Judi tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya tidak dibenarkan oleh sebarang agama.
Nabi SAW mencela peminum arak sebagai berikut :
"Orang yang meminum arak sekiranya mati kelak mereka bertemu Allah seperti penyembah berhala"
( Riwayat Ahmad - Hadis Shahih - Sila lihat Musnad Ahmad Jilid 2 hlm 272 ) Juga rujuk kitab al-Kabair karangan Imam Shamsuddin Ahmad az-Zahabi, Maktabah Darul Bayan.
Para ulama' telah bersepakat dengan mengharamkan penjualan arak dengan nas yang thabit qat'ie. Nabi juga bersabda dalam hadis yang lain : " Sesungguhnya perkara yang haram meminumnya haram jua menjualnya dan haram membelinya dan haram memakan keuntungannya" ( Lihat Fiqh 'al Mazahib al-'Arba'ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah )
Daripada Abdullah Bin Amru Bahawa Nabi SAW bersabda:
"Arak adalah ibu kejahatan dan dosa besar yang terbesar" ( Riwayat At-Tabrani)
Dasar kerajaan begitu jelas dalam hal ini, secara sedar atau tidak rakyat Malaysia juga diheret dalam kancah dosa ini apabila wang rakyat dilaburkan di dalam industri judi dan arak. Justeru apa yang diharapkan agar penulisan ringkas ini dapat membuka mata dan minda kita untuk menentukan tindakan kita mulai hari ini hinggalah ke akhir hayat. Terpulang samada dikira bersubahat oleh Allah atau kita telah berusaha untuk membasmi gejala dosa ini. Terpulang juga kepada para pembaca menilai fakta-fakta yang dikemukakan.
Halim Fansuri – 21 Jun 2010/09 Rejab 1431H/1113H)
p/s: ... jikalau perkataan arak dalam hadis nabi mengenai laknat atas keterlibatan tu kita analogikan dengan judi atau riba’, maka setiap seorang dari kita akan terpalit sama; takda sapa pun yang lepas....
Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:
'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'
Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'
Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani
*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.
Awal Kejadian Diri...
Dari Abu 'Abdur Rahman 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'anhu, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasullulah Shallallahu 'alaihi wasallam dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu telah dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian menjadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu iapun mengerjakan 'amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
- Hadis shahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim
Aku yang bersifat dengan sifat Muhammad...
Secangkir Kahwa Pengendur Urat
`Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu' ( Al Anaam:112).
`Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.Raja Manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) jin dan manusia". (An-Nas: 1-6)
... dalam proses memahami Tasauf, tentera iblis yang memakai pakaian Tasauf saya tidak kenal samasekali: saya tidak dapat mengenal kekeliruan dalam ilmu, perdayaan dan kelicikannya. Ihya Ulumiddin tidak menyediakan maklumat berkaitan bidang mukasyafah dan inilah yang telah memerangkap saya. Ihya tidak menyediakan persiapan untuk berhadapan dengan soal makrifat dan hakekat dan oleh kerana itu saya tidak dapat mengenali mereka sebagai pembawa bencana kepada Sunnah Allah dan RasulNya pada peringkat tinggi...
-Petikan dari Blogger Kanzun Mahfiyyan
Au'dzubillahiminassyaitannirrajim.. (Aku Berlindung Pada Allah Dari Syaitan Yang Direjam.. )
Sedekah Kepada Haiwan
-
Sebagai umat Nabi yang diutuskan Allah sebagai rahmat bagi sekalian alam,
kita juga diperintahkan agar berbuat ihsan dan berbelas kasihan kepada
sekalian...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
pemuda baru mengenal garam
-
Udin, anak Jawa baru saja menyertai kumpulan kami. Katanya mahu mencari dan
mengenal.
"Bagaimana diumpamakan kita ini dalam hubungan mencari tuhan?" tanyan...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Sema’..
-
*Sema’..*
*Inna fil jannati nahran min laban..** - sesungguhnya mengalirlah sungai
dari susu di dalam syurga..*
*Li `Aliyyin wa Husainin wa Hasan** - u...
Rancangan ini ditaja oleh Sykt Chermin Mata Chap Che'gu Rokiah & Suaminya sdn bhd.
Penafian:
Pemilik blog TIDAK bertanggungjawab terhadap semua kerosakan atau sebarang kesan yang dianggap merugikan terhadap sesiapa sahaja yang membuka, membaca, memberikan komen-komen, menulis, dan mencetak kembali kesemua maklumat dan isi kandungan blog ini dimana-mana sahaja sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Dengan memasuki blog ini, pembaca atau pengunjung blog sudah secara outomatiknya memahami dan bersetuju TIDAK akan mendakwa atau mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik blog ini.