Tak salah pakai
busana, tapi pernah tengok ke orang pakai kot tali leher bawak briefcase jam
tangan rolex dan kasut kulit Louis Vutton (Sebutan: Loie Butonn) pi juai petai
jering cangkung tepi jalan atau tebar roti canai?
Dah macam raja
bomoh coconut dah..
PAGI INI sambil
menonton drama Koria kek tibi 8, den mengolah idea (it’s a bit controversial)
berdasarkan topic kek ataih.
Pertama,
PENGGERAK BUSANA datang dari kalangan MARHAEN yang:
A. Kurang
berpelajaran – so, dari sudut sejarah ianya jadi tidak tepat. Fail dari segi
historical value.
B. Masyarakat
modern yg dibesarkan tanpa adat istiadat - jadi pakem pemakaian ikut suka hati
sesedap rasa
C. Individu
persendirian - jadinya setiap orang tak ada KESERAGAMAN (pakem), sedangkan
pakaian adat tu pun ada rules and regulation untuk setiap STRATA KELAS/STATUS
diri sendiri..
Punca kedua,
berbeza dengan PEMAKAIAN BATIK yang PENGGERAKnya datang dari GOLONGAN
POLITIK/ARISTOKRAT, pemakaian BUSANA boleh dikatakan GAGAL MENCAPAI MOMENTUM
sebab dalam masa 5 tahun ini, pencapaiannya tak ke mana pun sekadar berlegar di
kalangan:
A. Orang Silat
B. Penggerak
busana non orang silat
TAK BERSETUJU?
Sila Google tentang allahyarhamah Datin Seri Hendon, arwah isteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi..
ITU BARU BAB
RUJUKAN SEJARAH tu..
Punca ketiga,
bila BANGSAWAN ISTANA, atau POLITICIAN yang berkuasa tak memainkan peranan,
PERGERAKAN BUSANA tak dapat SAMBUTAN MASSA atau PENJAWAT AWAM kerana faktor
utama yang DIABAIKAN OLEH PENGGERAK BUSANA yg den tengok iaitu:
DASAR KERAJAAN
Mengapa den
sentuh DASAR KERAJAAN? Kerana dasar kerajaan akan menggerakkan PENJAWAT AWAM
untuk melakukan sesuatu agenda yang mana akan mempengaruhi SOSIAL. Kita tengok
bab PEMAKAIAN BATIK setiap hari khamis di agensi-agensi kerajaan, bila mana
WAJIB sahaja PENJAWAT AWAM pakai baju batik, maka secara outomatik KAIN BATIK
ADA VALUE/NILAI EKONOMI – Ini bermakna rakyat boleh JANA PENDAPATAN, INDUSTRI
BATIK BERKEMBANG, KAIN BATIK ADA MARKET VALUE, dan..
KERAJAAN ADA
PUNCA PENDAPATAN (CUKAI)
Ini berangan nak
pakai macam anak raja, tapi songket IMPORT DARI INDIA/PAKISTAN.
IRONIS BUKAN?
Punca keempat,
bila DASAR KERAJAAN tak ada, maka PERGERAKAN BUSANA yang disibuk-sibukkan oleh
aktivisnya TIDAK ADA NILAI KOMERSIAL dan POLITIKAL.
Saya ulangi:
TIDAK ADA NILAI
DARI SEGI KOMERSIAL/EKONOMI SETEMPAT dan KEPENTINGAN POLITIK.
So geng-geng
busana, kalau betul nak perjuangkan gerakan busana, START YOUR POLITICAL
LOBBYING NOW.
Kalau tak,
pergerakan engkau ni PUPUS bila dah tak ada VALUE/NILAI kepada masyarakat massa
dan KEUNTUNGAN kepada pemerintah.
Punca kelima,
bila TAK ADA DASAR KERAJAAN yang menyokong, NILAI EKONOMI dan POLITIK tak
wujud. Bila 2 benda ni tak ada, maka tak ada value pun dari segi AKADEMIK.
Mengapa
AKADEMIK?
Kerana bila
sudah ada NILAI AKADEMIK, kita boleh WARTAKAN busana Mim ni kat UNESCO sebagai
salah satu WARISAN SEJARAH DUNIA.
Bila dah jadi
WARISAN NEGARA/CULTURAL HERITAGE : BARU LE OMPUTEH/FOREIGN RESEARCHER mai buat
kajian itu ini..
But then.. ya..
itu le.. PENGGERAK BUSANA kita NON EDUCATED..
So.. tunggu le
PUPUS ye..
Den tak kesah
kalau ada ahlul busana nak copy paste idea den, lagipun time stamp kat internet
ada.. ini juga dah jadi REKOD SEJARAH.
Den TIDAK
MENENTANG BUSANA MIM, den MENENTANG KEBODOHAN manusia (BACA: KEJUMUDAN IDEA)..
P/s:
..kita dah beratus tahun terjajah, tamadun kita MUSNAH, lalu bangsa kita cuba
bina identiti baru, tetapi dengan METHOD YANG TAK TEPAT, apa dia? Mengapa?