Sunday, April 26, 2009

Sebuah Lagu Dihujung Minggu...


Lirik Lagu Mantera Beradu - Malique Feat M.Nasir

Song / Lagu : Mantera Beradu - Malique Feat. M.Nasir
Lyrics / Lirik Mantera Beradu :


Masih belum sempurna..

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna


Akhirnya dunia menyaksikan

kita sesama kita mengiktiraf kebolehan diri yang tidak seberapa

anak yang terlalu dimanja menyanjungi ayahnya sendiri

cucu kesayangan kata atuknya baik laksana dewa

malah semut mengatakan ratunya sehebat gula

Mak aiH!

Syok sendiri tanpa memperdulikan jiran tetangga

dan orang kampung yang lalu lalang tertawa..

Halim Fansuri 15hb Mac 2009/18 Rabiulawal 1430H

p/s: “...I amar prestar aen, han mathon ne nen, han mathon ne chae, a han noston ned ‘wilith.” – “The world is changed, I feel it in the water, I feel it in the earth, I smelled it in the air.” - Galadriel



Wednesday, April 22, 2009

Sekadar Sebuah Renungan

…tatkala Ahmedinejad menghulurkan leher

menggadaikan nasib rakyatnya

orang yang mengaku pembela raja-raja

memuja raja segala kefasiqan

dan kekufuran dunia..

Halim Fansuri 22hb April 2009/26 Rabiulakhir 1430H

p/s: ..Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada yang layak disembah melainkan Dia, sesungguhnya Dajjal itu memikul syurga dan neraka di atas kedua bahunya...


Buku politik fitnah budaya tidak sihat – Rabu, 22 April 2009/26 Rabiulakhir 1430H

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my

RAJA Nazrin melancarkan buku Keberanian Menggapai Harapan karya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sambil diperhatikan Keith, di Kuala Lumpur, semalam.

Raja Nazrin bimbang penulis racuni fikiran rakyat dengan fitnah, pengaruh negatif

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan penulis di negara ini menghasilkan buku politik bertujuan memburuk-burukkan individu tertentu.

Baginda bertitah, kecenderungan itu yang semakin popular di kalangan penulis yang bermatlamat jangka pendek dan komersial untuk menghasilkan tema penulisan memburukkan individu yang berkait rapat dengan takwim perjalanan organisasi politik tertentu.

"Aliran sedemikian jika terus berkembang, dibimbangi akan membina satu budaya penulisan tidak sihat, menyuburkan fitnah, kurang beretika, sanggup mengetepikan fakta dan seterusnya membawa pengaruh negatif dalam perkembangan minda warga," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku bertajuk Keberanian Menggapai Harapan karya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, hasil terjemahan daripada Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di sini, semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, James R Keith; pejuang hak asasi Amerika Syarikat, Rev Jesse Jackson; Pengerusi ITNM, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Ketua Eksekutif ITNM, Mohd Khair Ngadiron.

Raja Nazrin bertitah, budaya penulisan sedemikian akan merugikan bangsa dalam jangka masa panjang berbanding keuntungan singkat yang bermotifkan matlamat sempit kumpulan atau individu tertentu.

"Manusia dicipta Ilahi berbangsa-bangsa serta dibekal bahasa masing-masing. Untuk membolehkan manusia mendapat faedah khazanah ilmu daripada bangsa dan bahasa pelbagai itu, maka manusia punyai dua pilihan.

"Pilihan pertama ialah menguasai bahasa yang digunakan bangsa itu sendiri, manakala kedua, menterjemahkan khazanah ilmu serta pengetahuan milik bangsa lain kepada bahasa sendiri," titah baginda.

Baginda bertitah, ITNM kini melaksanakan projek terjemahan karya agung Malaysia ke bahasa Inggeris seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut serta Cerita Lipur Lara.

"Karya agung yang dihasilkan itu mencerminkan ketinggian budaya dan satu modal sosial negara bangsa yang amat bernilai. Terbukti kandungan karya agung Melayu itu adalah bangsa yang memiliki budaya tinggi, tamadun agung serta lengkap dengan adab, tertib, budi dan bahasa baik.

"Baik dalam hubungan antara Raja sebagai pemerintah, ulama, pembesar, pemimpin, pedagang, pemimpin dan rakyat, begitu juga dalam sistem berkerajaan dan negara yang berlandaskan hukum, bertiangkan adat," titah baginda.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa kandungan dalam karya agung itu mengenai bangsa yang mempunyai kehebatan tamadun akhirnya musnah kerana persengketaan sesama sendiri.

Titah baginda, perebutan wilayah, hasad dengki, iri hati, fitnah akhirnya memberi ruang memudahkan proses penjajahan menguasai alam Melayu ini.

"Akhirnya, betapa harga sosial, politik, budaya dan ekonomi yang perlu dibayar oleh bangsa kerana dilanda arus penjajahan.

"Tanah air akhirnya dijajah, bangsa menerima nasib malang terpinggir dan disisih di bumi warisan bangsanya, lalu bangsa menerima nasib laksana ayam yang lapar di kepuk, laksana itik yang haus di air," titah baginda.

Mengenai Obama, Raja Nazrin bertitah, Presiden Amerika Syarikat itu ternyata cekap menggunakan instrumen komunikasi moden dengan bijak mendampingi minda, hati dan emosi rakyat sehingga mendapat kepercayaan rakyat negara itu.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090421232713/Article


Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani