Tuesday, May 25, 2010

Ular Besar? Cacing? Atau Naga?


Ular Besar? Cacing? Atau Naga?

Hai manusia!

wahai bani Adam!

Ingatlah kau akan daku!

Ingatkah kau akan daku?

Ular besar di istana fir’aun itu?

Yang menelan segala ular-ular kecil dahulu?

Aku juga yang diguna membelah laut merah!

Buat lintasan kakek-kakek ayahmu dahulu

Menyampaikan diri ke tempat dituju..

Akulah dia ular besar itu!

Lupakah dikau akan aku?

Wahai bani Adam!

Ingatilah daku!

Halim Fansuri – 25 May 2010/11 Jamadil Akhir 1431H/0859H)

p/s: ... hukum membawa tongkat adalah sunnah Nabi-nabi..

Sunday, May 23, 2010

Hati Kacau?

Hati Kacau?

aneh..

Fikiranku kosong

Hatiku kosong

Rasaku kosong

Hampa.. tiada apa yang ada..


Cinta..

Ke mana perginya cinta

Adakah cinta dibawa lari?

Atau cinta sudah mati?

Atau cinta bersembunyi?


Rindu..?

Entahlah.. aku tak merasakan rindu

Rindu pergi entah kemana meninggalkan ku

Diamuk rasa pilu dan cemburu

Gila meroyan di bawah tugu..


Kosong.. hampa.. kontang..

Di mana aku..

Tiada mentari menyinar terang

Tiada kesejukan dalam badai salju

Terkapar.. duduk terkangkang.. termangu-mangu..


Diruang mati tanpa penghujung ini

Terdengar suara badai makin mendekat pada diri

Isk.. aku ingin lari.. lalu aku lari.. terus-terusan berlari..

Lari.. lari.. lari.. lari.. lari.. lari.. lari.. lari.. lari..

Jangan berhenti.. jangan berhenti.. jangan berhenti.. jangan berhenti..


Di manakah aku..?


Hati Kacau? (Mei 2010)

Halim Fansuri – 23 May 2010/9 Jamadil Akhir 1431H/0752H)

p/s: ... cinta itu sadis.. lalu apa lagi yang lebih sadis dari cinta?



Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani