Sunday, May 15, 2011

Secakir Kahwa Pengendur Urat


Secakir Kahwa Pengendur Urat

..dan sekian kali lagi kubertanya pada sang angin

mengapa diam tidak bertiup

kurindukan hadirmu sang angin

bayu lembut menyejukkan raga

bayang ilham dalam suka dan duka..

Wallahualam bissawwab..

Halim Fansuri – 15 Mei 2011/12 Jamadil Akhir 1432H/2123H)

p/s: ..semoga bayu lembut membawa kesejahteraan dan keamanan bagi umat manusia (dan jin).

Gambar ikhsan dari: http://ldk-amal-iain-antasari.blogspot.com/2010/09/angin_02.html

Thursday, April 7, 2011

Sema’..


Sema’..

Inna fil jannati nahran min laban.. - sesungguhnya mengalirlah sungai dari susu di dalam syurga..


Li `Aliyyin wa Husainin wa Hasan - untuk sayyidina Ali, Hussain dan Hassan..


Kullu man kana muhibban lahumu - barang siapa yang benar akan cintanya pada mereka..


Kullu man sara `ala darbihimu - dan barang siapa yang menuruti akan jalannya mereka..


Yadkhulu ljannata min ghairi hazan - masukklah dikau ke dalam syurga tanpa rasa kesedihan..


Hubbu ahlil bayti fardun `indana - mencintai ahlul baiyt adalah fardu ke atas mu..


Wa bi hathal hubbi la nakhshal mihan - dan atas cinta ini tidaklah kami gentar akan segala kesengsaraan..


Wallahualam bissawwab..

Halim Fansuri – 7 April 2011/4 Jamadil Awal 1432H/2206H)

p/s: ... bila si darwish gila berahi!

Wednesday, March 9, 2011

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

..yang sesat adalah jiwa, bukannya jalan

kerana jiwalah yang akhirnya akan menentukan segala perjalanan..

Wallahualam bissawwab..

Halim Fansuri – 19 Mac 2011/4 Rabiul Akhir 1432H/1131H)

p/s: ... ini.. bukan sayya kata.. dia worang kata!

Gambar Ikhsan: http://binhamid.blogsome.com/2007/05/12/4/

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani