Tuesday, April 27, 2010

Elegi Seorang Badut

Elegi Seorang Badut

Kau adalah penghibur sebenarnya

Menceriakan pembesar di majlis gemilang rasaksa

Tapi bukan semua yang memandangmu terhibur tertawa

Malah ada yang mencebik menghina, senyum sinis menghias muka..


Di majlis besar kau terguling mengada-ngada

Depan khalayak air mukamu kau jaja selamba

Semata-mata untuk sesuap nasi buat isi perut boroi kebulur papa

Kau tak kisah walau siapa mencemik menghina mengutuk dan mengata..


Di tengah pentas, ya! Ditengah pentas kau merasakan bangga

Cukup walau sebentar cuma kau tunjukkan kebolehan bodohmu depan pembesar semua

Lompat gelung api imbang badan lari-lari gaduh olak-olok sepak terajang dan tonyoh pai di muka

Itu pun kau rasa satu kepuasan satu keseronokkan satu pencapaian cukup hebat cukup pandai cukup bangga


Dan bila semuanya tamat segala

Duduklah kau tepi longkang makan nasi bungkus dengan selesa

Cangkung ramai-ramai sambil bergelak tertawa memuji kebodohan sesama

Dalam hatimu kau menangis terhiris luka pedih dan sengsara

Ditertawakan khalayak sedangkan wajah bodohmu sedih menangis hiba

Dalam sebuah persembahan badut yang kau namakan sebuah perjuangan..

Halim Fansuri – 27 April 2010/13 Jamadil Awwal 1431H/0853H)

p/s: ... badut merupakan individu-individu yang bijak sebenarnya, mereka memperbodohkan diri untuk mencapai sesuatu maksud.. heh heh heh..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani