
Tapi kita merdeka dari apa? Kita bebas dari siapa?
...setelah 51 tahun kita merdeka, orang Melayu hanya mampu buka gerai di tepi jalan sahaja...
Janganlah kau terperdaya dengan jebak siasah penjajah laknat yang mengatakan baharu 51 tahun Melayu memerintah! Dan segala 'sangkaan' yang menyatakan MEREKALAH yang memberikan KEMERDEKAAN dan KEBEBASAN selepas MEMPERHAMBAKAN kita. TIDAK! SEKALI-KALI TIDAK! Adapun nenek moyang kita ini bukannya lembu kerbau yang minta lehernya dikalong tali!
Adapun hamba tidak boleh dan tidak akan menerima, kewujudan bangsa Melayu sebagai bangsa yang baru wujud! 51 tahun? Benarkah?
Adakah kita bangsa yang tidak berkutik, bersimbah darah tika musuh jejak di bumi Melaka? Adakah kita ini bangsa Aztec yang menyangka Hernando Cortez laknat itu tuhan? Lalu menyerah bulat-bulat? Dan meyembah MEREKA? Benarkah kita bebas tak bertumpah darah? Siapa kata? Siapa Cakap? Cikgu? Pemimpin? Pemerintah? Imam? Mullah? atau oleh mereka yang dilantik oleh British jadi raja dan tidak ditabal mengikut adat? (sebab tu la Batu Putih, oops Pedra Branca TERLEPAS!)
Mengapa bersorak? Mengapa gembira? Apa yang seronok? sedang Tanah Melayu sedang dikikis sedikit demi sedikit dari kita! Kenapa bertemasya, bersorak-hilai, bergelak-ketawa! CAKAP!
Kalau sekadar melaung Merdeka! Merdeka! Mat gian tepi tong sampah pun pandai!
MERDEKA kata tuan-tuan sekelian? Siapa yang hisap dadah? Siapa yang jadi Mat Rempit? Siapa yang jadi bohsia? Bangsa mana yang gila buang bayi? Siapa yang masuk Akademi Fantasia? Bangsa mana lagi banyak masuk IPTA/IPTS? Bangsa siapa?
Hamba sebagai seorang individu tidak dapat menerima 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan bagi bangsa Melayu Muslim!
Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang
Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang
Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa...aa
Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung
p/s: Hamba ucapkan selamat berpuasa kepada Muslimin wal Muslimat! Sebenar-benar merdeka itu apabila kita dapat mengalahkan nafsu!

