Saturday, November 22, 2008

Sajak Kematian (ZikrulMaut)



(Sila dibaca sambil pasang lagu Pergi Tak Kembali dendangan kumpulan Rabbani versi Melayu atau Arab...)

Bismillahirrahmannirrahim


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,


Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup,

untuk menguji siapa yang baik

dan siapa yang kecewa.


Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai,

dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan
zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum,


manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.


Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..


Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah,


dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu


iaitu Mungkar dan Nakir,


maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba

Allah Taala,


sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?


Siapakah Nabi kamu?


Apakah agama kamu?


Apakah kiblat kamu?


Siapakah saudara kamu?


Apakah pegangan iktikad kamu?


Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.


Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,


biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,


Muhammad nabiku,


Islam agamaku,


Kitab suci Al-Quran ikutanku,


Baitullah itu qiblatku,


Malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.


Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,


Bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: '

La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah'.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,


Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,


Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,


Berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,


Dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar,


Minum di kolam air nabi adalah benar,


Ada syurga dan
neraka adalah benar.


Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.


Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun

wassallamu alalmursalin

walhamdulillahi rabbil alamin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam bab ini tidak usah dijadikan isu. Tanyalah pendapat ulama, ahli-ahli ibadah dan pakar-pakar dalam bidang ini seperti mufti dan sebagainya bukannya menanyakan pendapat orang-orang yang tidak patuh kepada perintah Allah. Masa belajar sejarah Islam kat sekolah dulu, salah satu sebab arab jahiliah menentang dakwah Rasulullah ialah takutkan siksaan Allah akibat dosa-dosa yang telah dilakukan. Dalam kes ini, rasa-rasa aku bukan si anak yang takut tapi si emak (pengadu@ pasangan suami isteri yang takut dan rasa tercabar.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein pula dipetik sebagai berkata,

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," [UtusanMalaysia, 12 Nov 2008]

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - 'Kullu nafsin za iqatul maut'


Firman Allah swt, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang

ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati

dengan kesabaran.' Surah Al-A'sr .


Dari Abdullah bin 'Amr R..A, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat...'

Wednesday, November 19, 2008

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

19 November 2008 / 21 Zulkaedah 1429

Orang Asli semakin pandai


SHAHIZAH Jasni (baju-T biru) menunjukkan keputusan UPSR kepada bapanya, Jasni (kiri) dan kakaknya, Zuhaizah (baju merah jambu) bersama ibu dan adik-beradiknya setelah berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR di Kampung Pasu, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 16 Nov. - Kejayaan lima pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini menafikan pandangan sesetengah pihak kononnya kaum minoriti itu tidak menitikberatkan pelajaran anak-anak.

Kejayaan itu dibuktikan oleh seorang penoreh getah, Jasni a/l Kimoy, 36, dari suku kaum Jahud apabila dua anaknya berjaya memperoleh keputusan 5A dalam UPSR 2007 dan tahun ini.

Menurut Jasni, kejayaan dua daripada empat anaknya itu membuktikan Orang Asli juga boleh berjaya dan mampu bersaing dengan kaum lain jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.

''Saya memang menitikberatkan pelajaran anak-anak. Saya akan pastikan mereka memenuhi rekod kehadiran 100 peratus ke sekolah kecuali jika sakit.

''Apabila anak saya melangkah ke tahun empat, saya menghantar mereka ke asrama supaya boleh memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran dan dalam masa sama dapat berdikari," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasu dekat sini hari ini.

Anak Jasni, Shahizah, 12, adalah antara lima pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Penderas, Kuala Krau dekat sini yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR yang diumumkan Khamis lalu.

Pada tahun lalu, kakak Shahizah iaitu Zuhaizah, 13, yang kini belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SMSSAH), Kuantan mendapat keputusan sama dalam UPSR,

Menurut Jasni, dia sentiasa menziarahi anaknya di asrama untuk melihat kemajuan pelajaran dan memberikan perangsang supaya dapat belajar dengan tekun.

Katanya, dia tidak mahu mereka mewarisi kemiskinan dan meneruskan cara hidup keluarganya yang bergantung pada hasil jualan getah yang tidak seberapa.

Sehubungan itu, Jasni berharap kejayaan kedua-dua orang anaknya itu menjadi contoh kepada masyarakat Orang Asli lain di negara ini.

Katanya, hanya melalui pelajaran, kehidupan masyarakat Orang Asli boleh berubah kerana kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pelajaran untuk mereka.

Dia turut menasihati semua ibu bapa masyarakat Orang Asli supaya sentiasa berjumpa guru sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing.

''Saya sentiasa berjumpa dengan guru yang mengajar anak saya. Setiap kali berjumpa, guru memberikan kata semangat supaya mereka menjadi perintis bagi mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli agar dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain di negara ini.

''Semasa cuti sekolah saya memantau perkembangan mereka setiap masa dan akan menyemak buku-buku pelajaran dan membaca apa yang mereka pelajari," katanya.

Shahizah pula memberitahu, kejayaannya itu bukan sahaja menjadi kebanggaan kedua-dua ibu bapanya tetapi turut dikongsikan bersama masyarakat kaum Jahud kerana berjaya membuktikan pelajar Orang Asli SK Penderas sekali lagi mampu mencipta sejarah dalam peperiksaan tersebut.

Pada tahun lalu, katanya, dua pelajar Orang Asli dari sekolah yang sama mendapat keputusan 5A termasuk kakaknya.

''Saya juga bercita-cita menjadi saintis seperti kakak. Sebab itu saya belajar bersungguh-sungguh dan memberi perhatian semasa guru mengajar serta mendengar cakap kedua-dua orang tua.

''Saya belajar dan mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang disediakan serta berbincang dengan rakan-rakan dan berkat usaha itu akhirnya saya memperoleh 5A," katanya menjadikan Zuhaizah sebagai ikon.

Sementara itu, Zuhaizah berkata, dia bangga apabila adiknya mengulangi kejayaan yang dicapainya dalam UPSR tahun lalu.

Dia turut seronok belajar di SMSSAH kerana wujud persaingan antara pelajar untuk mencapai kejayaan dalam akademik.

"Walaupun begitu, saya menjadikan persaingan sengit antara rakan-rakan sebagai pembakar semangat untuk saya mengejar cita-cita menjadi saintis suatu hari nanti," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm

Bismillahirrahmannirrahim

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam..
Yang menjadikan segala Maujud atas muka bumi dengan bersebab..
Selawat serta salam ke atas baginda Rasullulah, rahmat ke atas alam..

Bilamana kita mengatakan kebijaksanaan itu letaknya pada usaha kita dalam mengerjakan sesuatu, kita percaya yang segala kejayaan yang dicapai adalah berkat 'usaha' kita itu sendiri. Frasa yang biasa kita dengar, "Rajin dan usaha tangga kejayaan" telah menjadi wirid harian yang ditanamkan oleh masyarakat ke dalam sanubari jiwa kita secara tidak disedari. Dan, oleh kerana kita 'tak sadar', kita percaya yang 'kejayaan pasti dapat oleh hasil usaha kita sendiri..

Allah taala kita letak kat mana?

Qudrat siapa kita guna?, iradat siapa kita berjaya?

...dan secara tidak kita sedari, kita telah menjadi qadariah - percaya yang usaha kita berlaku akibat kerja kita sendiri tanpa qudrat iradat Allah taala dan ketentuanNya.. akibatnya aqidah kita sendiri rosak!

Lahaulawalaquwwataillabillah - tiada sebarang daya dan upaya melainkan qudrat iradat Allah jua..

...berapa lama kita dah amalkan perkara ni? tak sedar? renung dalam diri dan tenung dalam-dalam.. kita ini haqiqatnya tak mungkin bergerak (meruwat kata orang lama) tanpa izinNya jua.. di sini letak maqam redha dalam jalan nak sampai maqam fana'..

...ibarat kata Pak Mat Samurai Mersing, arruhi indallah, wal jasadi biqudratillah! (Roh aku hak Allah, jasad aku dengan kederatNya..)

...dan bila merujuk pada tajuk yang diberikan pada laporan berita di atas, kita lupa maqam kita sebagai insan dan hamba.. dan memandang rendah dan hina pada ciptaanNya (aku tak salahkan penulis, editor dia bangang! dan mungkin... tak nak cakap lah!)

...dari Adam a.s, turun pada Nuh a.s, dan turun pada Ibrahim dan keturunannya, kita ni sesungguhnya bersaudara.. apa bezanya? Aku dapat gen pandai? Dia dapat gen bodoh?

...dan jika nak tau pandai ka tidak, ajak la profesor-profesor kat U, menteri-menteri, ustaz-ustaz, cikgu-cikgu dan lain-lain tu dok kat hutan barang seminggu dua dengan parang tapik dan mancis sekotak.. tau la kau langit tinggi rendah!


Sunday, November 16, 2008

Maafkan Daku Ayuhai ...

Maafkan aku
kalau aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini...

apabila semua orang telah sedia duduk
aku bangun berdiri...

Apabila semua orang bangun bertepuk -
aku duduk...

apabila orang ghairah berbincang
aku tidur

apabila orang melepaskan merpati..
aku menabur padi

orang lain telah merdeka
aku belum...

Maafkan aku
kalau aku sering saja berlaku songsang...

aku hanya ingin mengingatkan

- "Songsang", A.Latiff Mohidin 1977

(p/s: kepada yang sudi berkunjung.. maafkan aku kalau lama dah tak menulis.. aku sibuk, 'cari makan' untuk keluarga...)

...I suppose the process of acceptance will pass through the usual four stages:
(i) this is worthless nonsense;
(ii) this is an interesting, but perverse, point of view;
(iii) this is true, but quite unimportant;
(iv) I always said so.

~ J. B. S. Haldane ~

Sunday, August 24, 2008

BAB SAAT DAN KETIKA UNTUK MELAKUKAN SERANGAN (Cabutan dari kitab The Way of the General karangan Zhuge Liang)


Adapun panglima-panglima yang cekap pada zaman dahulukala telah mengetahui tentang keadaan musuh-musuhnya dan membuat perancangan untuk menewaskan mereka. Tidak dapat dinafikan kemenangan mutlak akan dicapai jika serangan ke atas musuh dilakukan berdasarkan syarat-syarat berikut:

Apabila semangat juang telah luntur

Apabila bekalan terputus

Apabila rakyat kecewa dan marah

Apabila ramai yang sakit

Apabila tiada sebarang perancangan

Apabila peralatan banyak yang rosak

Apabila tentera tidak terlatih

Apabila pasukan bantuan tidak tiba

Apabila waktu malam menjelang dan musuh berada di tengah perjalanan yang jauh

Apabila musuh kepenatan

Apabila panglima mereka tidak jujur dan pegawai-pegawainya tak bertimbang rasa

Apabila mereka mengabaikan segala persiapan

Apabila mereka mara dengan mengabaikan barisan perang

Apabila mereka mara dalam barisan perang tetapi tidak teratur

Apabila musuh terpisah-pisah semasa bergerak melintasi kawasan yang sukar

Apabila berlaku pertelingkahan antara panglima dengan tentera-tenteranya

Apabila mereka menjadi bongkak setelah memenangi suatu pertempuran

Apabila terdapat kekacauan dalam barisan semasa mereka mula mara

Apabila musuh keletihan dan mudah naik meradang

Apabila musuh dibekalkan makanan tetapi tiada siapa yang makan

Apabila semua orang bergerak mengikut caranya sendiri – ada yang terlalu ke hadapan, dan ada yang tertinggal di belakang

Namun, apabila pihak musuh mempunyai ciri-ciri yang berikut, berundur dan elakkan mereka:

Pegawai atasannya amat bertimbang rasa dan tenteranya menurut perintah

Ganjarannya adil dan hukumannya dilaksanakan

Angkatan musuh bergerak dalam keadaan yang tersusun serta teratur

Tanggungjawab diberikan kepada yang bijak dan orang-orang berkebolehan digunakan

Tentera musuh berbudi-bahasa dan berdisiplin

Tentera musuh kuat dan peralatan mereka lengkap

Musuh mempunyai bekalan dan peralatan yang cukup

Khidmat kerajaan dan pendidikan yang diberikan kepada rakyat cukup

Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan negeri-negeri jiran

Mereka disokong dan dilindungi oleh negara sekutu yang kuat

Sunday, August 3, 2008

Secangkir Kahwa Pengendur Urat


بسم الله ار رحمن ار رحيم..

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sejahtera serta salam ke atas tuan kita, Muhammad Rasulullah serta ahli keluarganya, dan para sahabatnya, pengikut mereka dan mereka yang mengikuti mereka sehingga hari kiamat, sebanyak udara yang kita hirup, serta kerlipan mata sekelian manusia, dari Adam hingga yang terakhir di hari kiamat kelak..

Semoga apa yang hamba coretkan kali ini menjadi salah satu bahan bukti di hadapan Allah S.W.T kelak untuk diri hamba (tangan ini yang menaip! Aku! Aku!), dan menjadi renungan pada diri hamba sendiri dan saudara-saudari yang tersesat di rimba belukar hamba ini...

Amma Ba'du..
Adapun dipersetua coretan ini BUKAN hasil kerja hamba melainkan hamba panjangkan waridnya dari sebuah website yang lain jua. Adapun alamatnya itu adalah di http://jalantrabas.blogspot.com/2007/11/sheikh-fadhil-al-banteni.html jua adanya, demi menjernihkan kekeliruan dan kekalutan yang berkisar di sekitar riwayat Kiai Salleh atau Panglima Salleh Selempang Merah Batu Pahat tentang amalan Ayat 4 yang dibawanya.. Semoga penulis asal dapat menerima pahala merawikan nukil ini dan kita semua beroleh berkat, rahmat dan syafaat dari Allah S.W.T melalui kekasih-Nya, Baginda Muhammad bin Abdullah..

SHEIKH FADHIL AL BANTENI

PENYEBAR WIRID KHAUJAKAN DI JOHOR

APABILA riwayat Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar tersiar dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, penulis menerima panggilan daripada beberapa orang di Muar, antaranya Cikgu Haji Muhammad. Beliau menyatakan bahawa sezaman dengan ulama Muar itu ada lagi beberapa ulama yang sangat besar pengaruhnya dalam bidang kerohanian di kerajaan Johor, iaitu Syeikh Kiyai Haji Fadhil bin Haji Abu Bakar al-Banten. Daripada hasil wawancara, sebuah buku berjudul Amalan Wirid Khaujakan dan Huraiannya, susunan Ustaz Haji Ahmad Tunggal diterbitkan oleh Badan Kebajikan Jamaah Khaujakan Johor Darul Takzim, serta beberapa catatan. Maka ulama berasal dari Banten yang menaburkan baktinya di Johor dapat diperkenalkan. Beliau lahir di Banten, Jawa Barat sekitar tahun 1287 Hijrah/1870 Masihi dan meninggal dunia di Bakri, Muar, Johor pada 29 Jamadilawal 1369 Hijrah/18 Mac 1950 Masihi, dikebumikan di Batu 28 Langa, Muar.Sebelum riwayat ini diteruskan, dirasakan perlu menjelaskan nama `Banten' kerana ada orang memperkata bahawa ulama yang diceritakan ini berasal dari `Bentan'. Hal ini terjadi hanyalah kerana ada orang yang tidak dapat membezakan antara Banten dengan Bentan. Banten, kadang-kadang disebut juga dengan Bantan, kadang-kadang Bantam. Banten pada zaman dulu mempunyai kerajaan sendiri. Setelah Indonesia merdeka ia dimasukkan ke dalam Propinsi Jawa Barat dan setelah reformasi, menjadi propinsi sendiri yang dinamakan Propinsi Banten.Ada pun Bentan adalah sebuah pulau di Kepulauan Riau, yang kedua terbesar sesudah Pulau Natuna. Bentan sangat penting dalam sejarah dan geografi, sama ada zaman kerajaan Melaka mahu pun zaman pembentukan kerajaan Riau-Lingga-Johor dan Pahang dan takluknya, zaman Riau-Johor dan terakhir sekali menjadi Riau-Lingga.Ulama yang dikisahkan ini berasal dari Banten bukan dari Bentan. Banten memang ramai melahirkan ulama yang terkenal, antara yang terkenal di seluruh dunia Islam ialah Syeikh Nawawi al-Bantani yang diakui oleh dunia Islam dengan gelar Imam Nawawi ats-Tsani (Imam Nawawi yang ke-2). Sedang dari Bentan hingga kini belum diketahui nama ulamanya, yang ada hanyalah ulama Riau yang berasal dari pulau-pulau lainnya. Antara ulama Riau yang mengajar di Mekah peringkat guru pada Fadhil ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga.

PENDIDIKAN

Selain mendapat pendidikan dari kalangan keluarga sendiri, Fadhil juga memasuki pelbagai pondok pengajian di Banten. Sekitar usia tiga puluhan, barulah beliau melanjutkan pendidikannya di Mekah. Sewaktu masih berada di Banten lagi, Fadhil telah mengenal beberapa thariqat yang berada di Banten, antaranya ialah Thariqat Qadiriyah yang tersebar di seluruh Jawa yang dibawa oleh murid-murid Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas (lahir 1217 Hijrah/ 1802 Masihi, wafat 1289 Hijrah/1872 Masihi). Salah seorang khalifahnya yang paling terkenal, yang berasal dari Banten ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani (wafat 18 Safar 1315 Hijrah/19 Julai 1897 Masihi). Thariqat Naqsyabandiyah yang tersebar di Banten juga berasal daripada ulama Sambas tersebut melalui Syeikh Abdul Karim al-Bantani. Oleh itu dipercayai bahawa Fadhil telah ditawajjuh dengan kedua-dua thariqat tersebut oleh Syeikh Abdul Karim al-Bantani, ulama Banten yang sangat terkenal itu. Setelah berada di Mekah, Fadhil menerima pula Thariqat Tijaniyah, walau bagaimana pun tidak jelas daripada siapa beliau menerima thariqat itu. Selain belajar, di Mekah beliau membantu saudara sepupunya Hajah Halimah mengurus jemaah haji.

DATANG KE JOHOR

Penghulu Mukim Langa bernama Haji Daud sangat tertarik pada keperibadian, keilmuan dan kerohanian yang ada pada Fadhil, maka penghulu itu berusaha memujuk ulama yang berasal dari Banten ini supaya datang ke Johor. Akhirnya hasrat Daud tercapai juga. Maka dalam tahun 1915 Masihi, Fadhil Banten sampai di Johor. Beliau mengajar di Kampung Langa, Muar. Selain pelbagai ilmu Islam yang asas seperti fardu ain, Fadhil lebih menekankan Wirid Khaujakan atau Khatam Khaujakan yang sangat terkenal dalam ajaran Thariqat Qadiriyah dan Thariqat Naqsyabandiyah.Fadhil melebarkan sayap dakwahnya bukan hanya di Kampung Langa tetapi juga termasuk dalam Bandar Maharani (Muar), Bakri, Bukit Kepong dan tempat-tempat lainnya. Pendek kata banyak surau dan masjid yang menjadi tempat beliau mengajar. Ajaran beliau dapat diterima oleh semua pihak termasuk Sultan Johor.

SULTAN JOHOR PERLU PERTOLONGAN

Perang dunia kedua meletus antara tahun 1939 hingga tahun 1945. Dalam masa darurat itulah Sultan Ibrahim, Sultan Johor merasa perlu menyelamatkan Kerajaan Johor, termasuk diri peribadi dan keluarganya dengan apa cara sekali pun. Atas nasihat beberapa insan yang arif, baginda mendekati seorang ulama sufi yang sangat mustajab doanya. Ulama yang dimaksudkan Syeikh Fadhil. Beliau tidak perlu didatangkan dari luar kerana beliau memang telah bermustautin di Johor. Baginda menitahkan Datuk Othman Buang, Pegawai Daerah Muar ketika itu untuk mencari dan menjemput ulama sufi itu datang ke istana baginda. Hajat Sultan Ibrahim itu dipersetujui oleh Syeikh Fadhil, namun walaupun sultan telah menyediakan sebuah rumah dekat dengan istana di Pasir Pelangi tetapi beliau lebih suka tinggal di Masjid Pasir Pelangi. Pada waktu malam beliau hadir di sebelah bilik peraduan Sultan Ibrahim membaca wirid untuk menjaga keselamatan sultan. Walau bagaimana pun untuk lebih mudah melakukan pelbagai amalan wirid dan munajat kepada Allah, beliau memilih masjid yang lebih banyak berkatnya dari rumah. Oleh itu Fadhil lebih banyak melakukannya di dalam masjid.Akhirnya Sultan Ibrahim memperoleh ketenangan jiwa kerana keberkesanan dan keberkatan doa Syeikh Fadhil. Selanjutnya perang dunia kedua selesai dan baginda memberikan anugerah kepada ulama sufi tersebut. Ustaz Haji Ahmad Tunggal dalam bukunya menyebut, ``Sultan telah menganugerahkan pangkat kepada Haji Fadhil, iaitu ia dilantik sebagai Mufti Peribadi Sultan. Jawatan ini berbeza dengan Mufti Kerajaan. Mufti Peribadi adalah bertanggungjawab kepada sultan. Ia memberi nasihat dan fatwa jika dikehendaki oleh sultan.''Selain anugerah yang berupa kedudukan itu, Sultan Ibrahim juga membiayai Fadhil dan isterinya menunaikan ibadah haji, dan memberikan hadiah-hadiah yang tidak terkira besar dan banyaknya. Sumbangan yang tiada terhingga besarnya kepada Sultan Ibrahim ialah beliau telah membuka pintu kebebasan seluas-luasnya kepada Kiyai Syeikh Fadhil untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan Wirid Khaujakan di seluruh Kerajaan Johor tanpa sebarang halangan. Berdasarkan tulisan Ustaz Haji Ahmad Tunggal, peringkat awal pembentukan kumpulan tersebut di Pontian diketuai oleh Haji Ahmad Syah. Di Batu Pahat oleh Kiyai Saleh. Di Muar oleh Haji Abdul Majid dan di Mersing oleh Haji Siraj bin Marzuki.

KETURUNAN DAN MURID

Daripada isteri yang pertama, Syeikh Fadhil memperoleh empat orang anak; seorang lelaki dan tiga perempuan. Anak lelakinya ialah Orang Kaya Penghulu Haji Abdul Hamid. Setelah isteri pertamanya meninggal dunia, beliau pindah ke Bandar Muar dan berkahwin lagi dengan seorang janda beranak dua. Kedua-duanya ialah Haji Othman bin Haji Azhari dan Haji Ali bin Haji Azhari yang meneruskan perjuangan Syeikh Fadhil. Antara murid Syeikh Fadhil ialah Sahibus Samahah Haji Ahmad Awang yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Johor. Murid dan anak tirinya, Haji Othman Azhari, dalam buku Amalan Wirid Khaujakan dan Huraiannya, pada tahun 1994 adalah sebagai Yang Dipertua Badan Kebajikan Jamaah Khaujakan, dan ramai lagi. Daripada buku Amalan Wirid Khaujakan dan Huraiannya oleh Ustaz Ahmad Tunggal yang memperoleh pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir itu banyak perkara yang dapat kita ketahui. Antaranya bahawa terasasnya Badan Kebajikan Jamaah Khaujakan yang sangat meluas di seluruh Johor adalah bermula daripada Syeikh Fadhil. Amalan Wirid Khaujakan masih subur dan berkesinambungan di Johor seperti juga di beberapa tempat lain di seluruh dunia Islam.Pada pandangan penulis, walaupun ada golongan anti amalan sufi yang menuduh bahawa orang-orang sufi mengamalkan perkara-perkara bidaah dan khurafat, tuduhan melulu seperti itu tidak berasas sama sekali kerana Wirid Khaujakan dan beberapa amalan golongan sufi selainnya juga bersumberkan al- Quran dan as-sunah. Mereka yang beramal dengannya bukan terdiri daripada golongan awam saja tetapi juga termasuk ulama-ulama besar terkenal yang mampu membahas al-Quran dan hadis. Ia bukan diamalkan oleh orang-orang di dunia Melayu sahaja tetapi juga di tempat-tempat dalam belahan dunia. Penulis tidak sependapat dengan beberapa pandangan yang menuduh bahawa apabila beramal mengikut sufi mengakibatkan ketinggalan dalam membina kemajuan duniawi, kerana ternyata tidak sedikit golongan sufi yang menghasilkan karya, mencetuskan pemikiran yang bernas maju, menghasilkan sesuatu pemikiran baru pada setiap zaman dan lain-lain. Kebijakan Sultan Ibrahim yang memahami keadaan zaman darurat menghadapi huru-hara perang dunia kedua yang sukar diatasi dalam bentuk zahiri semata-mata, sehingga baginda memerlukan insan takwa seperti Syeikh Fadhil, patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin kita masa kini dan zaman-zaman yang akan datang. Setelah kita mengetahui dalam dunia sekarang bahawa nyawa seolah-olah tiada harganya, situasi dunia yang tiada ketentuannya, termasuk dunia Melayu juga, maka patutlah umat Islam Melayu memperbanyak zikir, wirid, selawat dan lain-lain sejenisnya demi kebaikan dan ketahanan diri Muslimin dan dunia Melayu sejagat.

http://jalantrabas.blogspot.com/2007/11/sheikh-fadhil-al-banteni.html

Saturday, August 2, 2008

I have never seen myself as a spokesman. I am a witness...

Now, it is true that the nature of society is to create, among its citizens, an illusion of safety; but it is also absolutely true that the safety is always necessarily an illusion. Artists are here to disturb the peace. ~ James Baldwin

James Baldwin (2 August 19241 December 1987) was an African-American novelist, short story writer, playwright and essayist.

Thursday, July 31, 2008

Sekadar Sebuah Renungan



Isi kandungan topik kali ini diambil dari tesis kajian hamba dalam kajian sosiologi@sains kemasyarakatan. Sekadar berkongsi idea dan sebagai satu kaedah untuk mendapatkan respon bagi siapa jua yang lalu-lalang di sini. Sila bincangkan secara akademik dan dengan minda yang terbuka.. (anda berhak untuk tidak bersetuju, tetapi kemukakan hujah secara akademik dan tersusun. Ini amat membantu hamba dalam membina tesis yang seterusnya...)

... adakah kau ingin hidup sebagai manusia yang berguna? Jika ya, bagus! Orang akan mempergunakan engkau selagi engkau masih berguna dan mahu dipergunakan. Hidup sebagai manusia yang berguna; dicari apabila ingin digunakan, berkebolehan, dan berdaya untuk diperdayakan. Bila engkau tidak lagi berguna (useless), engkau tidak akan lagi digunakan, ditinggalkan lalu dipinggirkan sendirian; seperti kera sumbang – disisihkan masyarakat dan kumpulan. Mahukah engkau dipergunakan?

...kesepian dan ditinggalkan untuk mati sendirian. Dalam satu komuniti primitif yang menghendaki kerjasama manusia yang lain untuk terus hidup dan bertahan dalam situasi lasak (harsh condition), kerjasama yang berasaskan penyerahan dan pelupusan kepentingan hak-hak individu diperlukan dan inilah yang dinamakan kepentingan bersama atau kepentingan kumpulan. Dengan kata lain; suara majoriti. Pengasingan, pemenjaraan, sekatan, penarikan kembali beberapa keistimewaan (privileges), penurunan taraf atau darjat, sekatan maklumat dan komunikasi, dan pemulauan merupakan suatu hukuman dan usaha kolektif kumpulan terbesar atau majoriti dalam mengubah fikiran individu (brainwash), dan merupakan satu usaha untuk menafikan hak-hak individu secara sistematik...

(Sila rujuk kisah perjuangan Rasulullah - Sekatan ekonomi ke atas Bani Hashim sebelum hijrah pertama...)

...intimidation to scare you, provocation to anger you.

...kesan dari tindakan kolektif suara majoriti ke atas entiti yang diasingkan (pemulauan), ke atas individu terpilih adalah lebih kepada serangan dan hukuman yang dilakukan secara tekanan psikologi ke atas minda untuk meruntuhkan ego, rasa keyakinan, pengiktirafan orang lain, dan semangat dengan tujuan mengubah tingkah-laku individu. Tindakan yang bersifat deraan ke atas minda dan emosi akan menghasilkan kekecewaan, penyesalan, kemarahan ke atas diri sendiri, penolakan terhadap ideologi dan doktrin serta sistem nilai yang dipegang teguh selama ini, penghinaan diri sendiri, kejatuhan motivasi dan semangat individu untuk memberontak, melawan dan melakukan penentangan terhadap pihak lawan yang mana lebih efektif bertindak secara berkumpulan dan tersusun. Apa yang berlaku di sini cuma berlaku dalam minda individu yang didera. Selagi minda individu tersebut tidak terjejas atau berubah yang mana akan menentukan perubahan tingkah-lakunya; tindakan ini akan dianggap tidak berjaya...

...sistem deraan ini juga digunakan sebagai langkah amaran dalam usaha dan langkah menghalang dan menakut-nakutkan ahli-ahli lain yang cuba membangkang atau menegakkan hak-hak personal dan tuntutan ke atasnya. Atas keadaan inilah satu trend baru terhasil di mana penentangan dilakukan dalam bentuk kolektif dan penentangan dalam kepartian. Mereka disebut golongan pembangkang...

Sunday, July 13, 2008

Remember, remember, the fifth of November....


Evey: I don't see any instruments. (Aku tidak nampak sebarang alat muzik pun?)
V: Your powers of observation continue to serve you well. But wait! [taps a nearby pipe with a conductor's wand] It is to Madame Justice that I dedicate this concerto, in honor of the holiday she seems to have taken from these parts, and in recognition of the impostor that stands in her stead. Tell me, do you know what day it is? (Deria pemerhatianmu terus berkhidmat dengan baik. Tapi sebentar! [sambil mengetuk paip yang berhampiran dengan kayu konduktor muzik] Untuk Madame Justice aku tujukan konsert ini, bagi menghormati suatu hari cuti umum yang telah dirampas dari kami, dan bagi suatu pengiktirafan terhadap banjingan penyamar yang menggantikan tempatnya. Terangkan! Adakah kau tahu hari ini hari apa?)
Evey: Um... November the fourth? (Um... empat november?)
[church bells start tolling 12 midnight] [loceng gereja berbunyi menandakan jam 12 malam]
V: Not anymore. [tidak lagi.]
Remember, remember, the fifth of November,
the gunpowder treason and plot.
I know of no reason
why the gunpowder treason should ever be forgot.

Thursday, July 10, 2008

Cerita Di Sebalik Penutupan Penjara Pudu...


Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu!

Ingatan! Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai
mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak
kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "

hahhaaahhahahhahhaahaha

Monday, June 16, 2008

Secangkir Kahwa Pengendur Urat


Bismillah pembuka kata, terjemahan Seni Peperangan di bawah ini telah hamba terjemahkan mengikut sedap lidah Melayu (suka hati hambalah!) dan penyampainya jua ikut cara Melayu (macam Lian Yunan, asal Kuntau menjadi Silat setelah berpetua). Mana buruk dari Hamba, yang molek dari Allah S.W.T jua adanya...

p/s: Tiada Hak Cipta Di Dalam Islam, Hak Cipta Kepunyaan Allah! Mana yang dapat itulah Hak engkau! (sampaikanlah pada umatku walaupun satu ayat! - maksud hadis)

Seni Peperangan - Sun-tzu: Bab 1 - Perkiraan
(..sambungan)

..
yang dimaksudkan dengan 'Jalan Penyampai' itu adalah asbab yang menyebabkan Raja dan Rakyat niatnya sama sekata..


..hidup mati sama sejalan, tiada yang lari dan yang menikam curi..


..yang dimaksudkan dengan 'saat dan ketika' itu adalah pada waktu perjalanan dan berjalannya sesuatu pekerjaan..


..yang dimaksudkan dengan 'laluan' itu adalah tinggi-rendah, jauh-dekat, berhalang atau tidak, luas dan sempitnya, serta selamat atau tidak 'tempat' yang 'di tuju'..


..sedangkan pada 'panglima' itu letaknya bukan sahaja di 'hati singa' tapi pada 'sejuknya' batu jemala..


..lalu yang dimaksudkan pada aturan pula adalah pada 'pantang' dan 'petua', 'pelangkah' dan 'syaratnya' jua...


wallahu'alam bissawwab..

Nota Kaki Pengalas Perut

Nota Kaki Pengalas Perut

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.