Tuesday, May 5, 2026

Fiksyen Shisha

 



Malam ni sey nak bercerita serba-sedikit mengenai Onyang Guru sey yang bernama Muhammad Yasin bin Muhammad Isa bin Udik Al Fadani Al Makki Al Syafei atau kita-kita semua ni kenali dengan namo Syeikh Yasin Padang/Al Fadani (Rahimuhumullah Alaihi). Biografi beliau ekau semuo buleh la caghik sendiri kek mano-mano aih.


Maka diriwayatkan oleh SYEIKH ALI JUMU'AH (Mantan Mufti Besar Mesir yang juga murid beliau) sebuah kisah mengenai Almarhum Syeikh Yasin..

Syekh Ali Jumuah dalam suatu kesempatan bercerita tentang Syekh Yasin Isa Al-Fadani (Ulama Nusantara asal Padang), yang perokok berat. beliau bercerita:

...ada banyak pendapat tentang mengenai hukum rokok... kita mendengar riwayat hadits dari Syekh Yasin al-Fadani (Padang).. beliau membaca hadits sambil merokok..
"kami mendengar hadits dari Al-Abbas.. (kemudian menghisap.. kuuurrr)" ... dari Hasan al-masyyath (kuuurrr).."

Beliau meriwayatkan hadits sambil merokok Syisyah (rokok arab).. Beliau berkata: "saya meriwayatkan dari 700 penduduk dan ulama Mekah".. sambil menghisap rokok (kuuurr)..

Setiap hari menghisap rokok... Radiyallahu 'anhu, beliau (Syekh Al-Fadani) musnid dunia... (Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=arAiCDl8Y38)

 

(*musnid dunia.. yang diberitau adik sey, semua hadis dalam dunia ni akan bersambung kek Syeikh Yasin tak kira dari mana aliran manhaj Fiqah/Aqidah dio..)


..so, camano buleh jadi Onyang guru sey adik beradik? Dalam tahun 1990, atau lebih tepatnya pada pagi Jumaat 28 Zulhijjah 1410 / 21 Julai 1990, Almarhum Onyang Guru meninggal dunia dan dimakamkan di perkuburan Ma'la , Mekah.

Al-Fatihah....

Jadi, Khadam Pribadi beliau yang juga merangkap sebagai murid Allahyarham, yang dikenali sebagai Al Arif Billah Tok Su Man Baling, Kedah (Haji Osman bin Minhat) kembali ke tanah air i.e Pulau Pinang dan bekerja sebagai tukang tolak sampah atau tukang sapu sampah di Penang..




Ulama’ besar kerja sapu sampah aje.. low profile.






Tompi, Mufti Penang tau sapo dio.. Tongah malam, dio maghi menadah mo Tok Su.. (Ini dalam siasatan sey mungkin Allahyarham Mufti Penang yang ke 5 atau yang ke 6..)

.....


Jadinya, guru kami ni yang masih remaja tu maghi berguru la mo Allahyarham Tok Su ni sampai dio melanjiut an laie pelajaran, (Kuburnya pun guru kami tak tau ado kek mano sobab ei Tok Su ni meninggal dunia maso guru kami tongah blaja kek U..)

 

Halim Fansuri – 5 Mei  2026/18 Zulka’edah 1047H/2341H)

 

p/s: …dikatakan sebilangan orang, bila Tok Wali hisap rokok tu antara sebab nak ‘menutup’ kasyafnya sebab benda tu mengganggu sangat..

Wallahu’alam Bisawwab..



No comments:

Nota Kaki Pengalas Perut

Nota Kaki Pengalas Perut

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.