Wednesday, November 19, 2008

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

19 November 2008 / 21 Zulkaedah 1429

Orang Asli semakin pandai


SHAHIZAH Jasni (baju-T biru) menunjukkan keputusan UPSR kepada bapanya, Jasni (kiri) dan kakaknya, Zuhaizah (baju merah jambu) bersama ibu dan adik-beradiknya setelah berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR di Kampung Pasu, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 16 Nov. - Kejayaan lima pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini menafikan pandangan sesetengah pihak kononnya kaum minoriti itu tidak menitikberatkan pelajaran anak-anak.

Kejayaan itu dibuktikan oleh seorang penoreh getah, Jasni a/l Kimoy, 36, dari suku kaum Jahud apabila dua anaknya berjaya memperoleh keputusan 5A dalam UPSR 2007 dan tahun ini.

Menurut Jasni, kejayaan dua daripada empat anaknya itu membuktikan Orang Asli juga boleh berjaya dan mampu bersaing dengan kaum lain jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.

''Saya memang menitikberatkan pelajaran anak-anak. Saya akan pastikan mereka memenuhi rekod kehadiran 100 peratus ke sekolah kecuali jika sakit.

''Apabila anak saya melangkah ke tahun empat, saya menghantar mereka ke asrama supaya boleh memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran dan dalam masa sama dapat berdikari," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasu dekat sini hari ini.

Anak Jasni, Shahizah, 12, adalah antara lima pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Penderas, Kuala Krau dekat sini yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR yang diumumkan Khamis lalu.

Pada tahun lalu, kakak Shahizah iaitu Zuhaizah, 13, yang kini belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SMSSAH), Kuantan mendapat keputusan sama dalam UPSR,

Menurut Jasni, dia sentiasa menziarahi anaknya di asrama untuk melihat kemajuan pelajaran dan memberikan perangsang supaya dapat belajar dengan tekun.

Katanya, dia tidak mahu mereka mewarisi kemiskinan dan meneruskan cara hidup keluarganya yang bergantung pada hasil jualan getah yang tidak seberapa.

Sehubungan itu, Jasni berharap kejayaan kedua-dua orang anaknya itu menjadi contoh kepada masyarakat Orang Asli lain di negara ini.

Katanya, hanya melalui pelajaran, kehidupan masyarakat Orang Asli boleh berubah kerana kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pelajaran untuk mereka.

Dia turut menasihati semua ibu bapa masyarakat Orang Asli supaya sentiasa berjumpa guru sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing.

''Saya sentiasa berjumpa dengan guru yang mengajar anak saya. Setiap kali berjumpa, guru memberikan kata semangat supaya mereka menjadi perintis bagi mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli agar dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain di negara ini.

''Semasa cuti sekolah saya memantau perkembangan mereka setiap masa dan akan menyemak buku-buku pelajaran dan membaca apa yang mereka pelajari," katanya.

Shahizah pula memberitahu, kejayaannya itu bukan sahaja menjadi kebanggaan kedua-dua ibu bapanya tetapi turut dikongsikan bersama masyarakat kaum Jahud kerana berjaya membuktikan pelajar Orang Asli SK Penderas sekali lagi mampu mencipta sejarah dalam peperiksaan tersebut.

Pada tahun lalu, katanya, dua pelajar Orang Asli dari sekolah yang sama mendapat keputusan 5A termasuk kakaknya.

''Saya juga bercita-cita menjadi saintis seperti kakak. Sebab itu saya belajar bersungguh-sungguh dan memberi perhatian semasa guru mengajar serta mendengar cakap kedua-dua orang tua.

''Saya belajar dan mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang disediakan serta berbincang dengan rakan-rakan dan berkat usaha itu akhirnya saya memperoleh 5A," katanya menjadikan Zuhaizah sebagai ikon.

Sementara itu, Zuhaizah berkata, dia bangga apabila adiknya mengulangi kejayaan yang dicapainya dalam UPSR tahun lalu.

Dia turut seronok belajar di SMSSAH kerana wujud persaingan antara pelajar untuk mencapai kejayaan dalam akademik.

"Walaupun begitu, saya menjadikan persaingan sengit antara rakan-rakan sebagai pembakar semangat untuk saya mengejar cita-cita menjadi saintis suatu hari nanti," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm

Bismillahirrahmannirrahim

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam..
Yang menjadikan segala Maujud atas muka bumi dengan bersebab..
Selawat serta salam ke atas baginda Rasullulah, rahmat ke atas alam..

Bilamana kita mengatakan kebijaksanaan itu letaknya pada usaha kita dalam mengerjakan sesuatu, kita percaya yang segala kejayaan yang dicapai adalah berkat 'usaha' kita itu sendiri. Frasa yang biasa kita dengar, "Rajin dan usaha tangga kejayaan" telah menjadi wirid harian yang ditanamkan oleh masyarakat ke dalam sanubari jiwa kita secara tidak disedari. Dan, oleh kerana kita 'tak sadar', kita percaya yang 'kejayaan pasti dapat oleh hasil usaha kita sendiri..

Allah taala kita letak kat mana?

Qudrat siapa kita guna?, iradat siapa kita berjaya?

...dan secara tidak kita sedari, kita telah menjadi qadariah - percaya yang usaha kita berlaku akibat kerja kita sendiri tanpa qudrat iradat Allah taala dan ketentuanNya.. akibatnya aqidah kita sendiri rosak!

Lahaulawalaquwwataillabillah - tiada sebarang daya dan upaya melainkan qudrat iradat Allah jua..

...berapa lama kita dah amalkan perkara ni? tak sedar? renung dalam diri dan tenung dalam-dalam.. kita ini haqiqatnya tak mungkin bergerak (meruwat kata orang lama) tanpa izinNya jua.. di sini letak maqam redha dalam jalan nak sampai maqam fana'..

...ibarat kata Pak Mat Samurai Mersing, arruhi indallah, wal jasadi biqudratillah! (Roh aku hak Allah, jasad aku dengan kederatNya..)

...dan bila merujuk pada tajuk yang diberikan pada laporan berita di atas, kita lupa maqam kita sebagai insan dan hamba.. dan memandang rendah dan hina pada ciptaanNya (aku tak salahkan penulis, editor dia bangang! dan mungkin... tak nak cakap lah!)

...dari Adam a.s, turun pada Nuh a.s, dan turun pada Ibrahim dan keturunannya, kita ni sesungguhnya bersaudara.. apa bezanya? Aku dapat gen pandai? Dia dapat gen bodoh?

...dan jika nak tau pandai ka tidak, ajak la profesor-profesor kat U, menteri-menteri, ustaz-ustaz, cikgu-cikgu dan lain-lain tu dok kat hutan barang seminggu dua dengan parang tapik dan mancis sekotak.. tau la kau langit tinggi rendah!


No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.