Saturday, November 22, 2008

Sajak Kematian (ZikrulMaut)


(Sila dibaca sambil pasang lagu Pergi Tak Kembali dendangan kumpulan Rabbani versi Melayu atau Arab...)

Bismillahirrahmannirrahim


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,


Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup,

untuk menguji siapa yang baik

dan siapa yang kecewa.


Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai,

dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan
zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum,


manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.


Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..


Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah,


dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu


iaitu Mungkar dan Nakir,


maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba

Allah Taala,


sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?


Siapakah Nabi kamu?


Apakah agama kamu?


Apakah kiblat kamu?


Siapakah saudara kamu?


Apakah pegangan iktikad kamu?


Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.


Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,


biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,


Muhammad nabiku,


Islam agamaku,


Kitab suci Al-Quran ikutanku,


Baitullah itu qiblatku,


Malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.


Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,


Bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: '

La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah'.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,


Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,


Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,


Berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,


Dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar,


Minum di kolam air nabi adalah benar,


Ada syurga dan
neraka adalah benar.


Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.


Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun

wassallamu alalmursalin

walhamdulillahi rabbil alamin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam bab ini tidak usah dijadikan isu. Tanyalah pendapat ulama, ahli-ahli ibadah dan pakar-pakar dalam bidang ini seperti mufti dan sebagainya bukannya menanyakan pendapat orang-orang yang tidak patuh kepada perintah Allah. Masa belajar sejarah Islam kat sekolah dulu, salah satu sebab arab jahiliah menentang dakwah Rasulullah ialah takutkan siksaan Allah akibat dosa-dosa yang telah dilakukan. Dalam kes ini, rasa-rasa aku bukan si anak yang takut tapi si emak (pengadu@ pasangan suami isteri Micheal O’leary Abdullah dan Dr. Intan Sabrina Mohamad - seorang ibu yang seperti educated bersama seorang lelaki mualaf bercakap inggeris juga kelihatan educated (yang pasti bukan Islamic educated tetapi western educated) yang takut dan rasa tercabar.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein pula dipetik sebagai berkata,

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," [UtusanMalaysia, 12 Nov 2008]

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - 'Kullu nafsin za iqatul maut'


Firman Allah swt, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang

ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati

dengan kesabaran.' Surah Al-A'sr .


Dari Abdullah bin 'Amr R..A, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat...'

No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.