
Adapun panglima-panglima yang cekap pada zaman dahulukala telah mengetahui tentang keadaan musuh-musuhnya dan membuat perancangan untuk menewaskan mereka. Tidak dapat dinafikan kemenangan mutlak akan dicapai jika serangan ke atas musuh dilakukan berdasarkan syarat-syarat berikut:
Apabila semangat juang telah luntur
Apabila bekalan terputus
Apabila rakyat kecewa dan marah
Apabila ramai yang sakit
Apabila tiada sebarang perancangan
Apabila peralatan banyak yang rosak
Apabila tentera tidak terlatih
Apabila pasukan bantuan tidak tiba
Apabila waktu malam menjelang dan musuh berada di tengah perjalanan yang jauh
Apabila musuh kepenatan
Apabila panglima mereka tidak jujur dan pegawai-pegawainya tak bertimbang rasa
Apabila mereka mengabaikan segala persiapan
Apabila mereka mara dengan mengabaikan barisan perang
Apabila mereka mara dalam barisan perang tetapi tidak teratur
Apabila musuh terpisah-pisah semasa bergerak melintasi kawasan yang sukar
Apabila berlaku pertelingkahan antara panglima dengan tentera-tenteranya
Apabila mereka menjadi bongkak setelah memenangi suatu pertempuran
Apabila terdapat kekacauan dalam barisan semasa mereka mula mara
Apabila musuh keletihan dan mudah naik meradang
Apabila musuh dibekalkan makanan tetapi tiada siapa yang makan
Apabila semua orang bergerak mengikut caranya sendiri – ada yang terlalu ke hadapan, dan ada yang tertinggal di belakang
Namun, apabila pihak musuh mempunyai ciri-ciri yang berikut, berundur dan elakkan mereka:
Pegawai atasannya amat bertimbang rasa dan tenteranya menurut perintah
Ganjarannya adil dan hukumannya dilaksanakan
Angkatan musuh bergerak dalam keadaan yang tersusun serta teratur
Tanggungjawab diberikan kepada yang bijak dan orang-orang berkebolehan digunakan
Tentera musuh berbudi-bahasa dan berdisiplin
Tentera musuh kuat dan peralatan mereka lengkap
Musuh mempunyai bekalan dan peralatan yang cukup
Khidmat kerajaan dan pendidikan yang diberikan kepada rakyat cukup
Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan negeri-negeri jiran
Mereka disokong dan dilindungi oleh negara sekutu yang kuat


No comments:
Post a Comment