Thursday, July 31, 2008

Sekadar Sebuah Renungan



Isi kandungan topik kali ini diambil dari tesis kajian hamba dalam kajian sosiologi@sains kemasyarakatan. Sekadar berkongsi idea dan sebagai satu kaedah untuk mendapatkan respon bagi siapa jua yang lalu-lalang di sini. Sila bincangkan secara akademik dan dengan minda yang terbuka.. (anda berhak untuk tidak bersetuju, tetapi kemukakan hujah secara akademik dan tersusun. Ini amat membantu hamba dalam membina tesis yang seterusnya...)

... adakah kau ingin hidup sebagai manusia yang berguna? Jika ya, bagus! Orang akan mempergunakan engkau selagi engkau masih berguna dan mahu dipergunakan. Hidup sebagai manusia yang berguna; dicari apabila ingin digunakan, berkebolehan, dan berdaya untuk diperdayakan. Bila engkau tidak lagi berguna (useless), engkau tidak akan lagi digunakan, ditinggalkan lalu dipinggirkan sendirian; seperti kera sumbang – disisihkan masyarakat dan kumpulan. Mahukah engkau dipergunakan?

...kesepian dan ditinggalkan untuk mati sendirian. Dalam satu komuniti primitif yang menghendaki kerjasama manusia yang lain untuk terus hidup dan bertahan dalam situasi lasak (harsh condition), kerjasama yang berasaskan penyerahan dan pelupusan kepentingan hak-hak individu diperlukan dan inilah yang dinamakan kepentingan bersama atau kepentingan kumpulan. Dengan kata lain; suara majoriti. Pengasingan, pemenjaraan, sekatan, penarikan kembali beberapa keistimewaan (privileges), penurunan taraf atau darjat, sekatan maklumat dan komunikasi, dan pemulauan merupakan suatu hukuman dan usaha kolektif kumpulan terbesar atau majoriti dalam mengubah fikiran individu (brainwash), dan merupakan satu usaha untuk menafikan hak-hak individu secara sistematik...

(Sila rujuk kisah perjuangan Rasulullah - Sekatan ekonomi ke atas Bani Hashim sebelum hijrah pertama...)

...intimidation to scare you, provocation to anger you.

...kesan dari tindakan kolektif suara majoriti ke atas entiti yang diasingkan (pemulauan), ke atas individu terpilih adalah lebih kepada serangan dan hukuman yang dilakukan secara tekanan psikologi ke atas minda untuk meruntuhkan ego, rasa keyakinan, pengiktirafan orang lain, dan semangat dengan tujuan mengubah tingkah-laku individu. Tindakan yang bersifat deraan ke atas minda dan emosi akan menghasilkan kekecewaan, penyesalan, kemarahan ke atas diri sendiri, penolakan terhadap ideologi dan doktrin serta sistem nilai yang dipegang teguh selama ini, penghinaan diri sendiri, kejatuhan motivasi dan semangat individu untuk memberontak, melawan dan melakukan penentangan terhadap pihak lawan yang mana lebih efektif bertindak secara berkumpulan dan tersusun. Apa yang berlaku di sini cuma berlaku dalam minda individu yang didera. Selagi minda individu tersebut tidak terjejas atau berubah yang mana akan menentukan perubahan tingkah-lakunya; tindakan ini akan dianggap tidak berjaya...

...sistem deraan ini juga digunakan sebagai langkah amaran dalam usaha dan langkah menghalang dan menakut-nakutkan ahli-ahli lain yang cuba membangkang atau menegakkan hak-hak personal dan tuntutan ke atasnya. Atas keadaan inilah satu trend baru terhasil di mana penentangan dilakukan dalam bentuk kolektif dan penentangan dalam kepartian. Mereka disebut golongan pembangkang...

No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.