Thursday, July 31, 2008

Sekadar Sebuah Renungan



Isi kandungan topik kali ini diambil dari tesis kajian hamba dalam kajian sosiologi@sains kemasyarakatan. Sekadar berkongsi idea dan sebagai satu kaedah untuk mendapatkan respon bagi siapa jua yang lalu-lalang di sini. Sila bincangkan secara akademik dan dengan minda yang terbuka.. (anda berhak untuk tidak bersetuju, tetapi kemukakan hujah secara akademik dan tersusun. Ini amat membantu hamba dalam membina tesis yang seterusnya...)

... adakah kau ingin hidup sebagai manusia yang berguna? Jika ya, bagus! Orang akan mempergunakan engkau selagi engkau masih berguna dan mahu dipergunakan. Hidup sebagai manusia yang berguna; dicari apabila ingin digunakan, berkebolehan, dan berdaya untuk diperdayakan. Bila engkau tidak lagi berguna (useless), engkau tidak akan lagi digunakan, ditinggalkan lalu dipinggirkan sendirian; seperti kera sumbang – disisihkan masyarakat dan kumpulan. Mahukah engkau dipergunakan?

...kesepian dan ditinggalkan untuk mati sendirian. Dalam satu komuniti primitif yang menghendaki kerjasama manusia yang lain untuk terus hidup dan bertahan dalam situasi lasak (harsh condition), kerjasama yang berasaskan penyerahan dan pelupusan kepentingan hak-hak individu diperlukan dan inilah yang dinamakan kepentingan bersama atau kepentingan kumpulan. Dengan kata lain; suara majoriti. Pengasingan, pemenjaraan, sekatan, penarikan kembali beberapa keistimewaan (privileges), penurunan taraf atau darjat, sekatan maklumat dan komunikasi, dan pemulauan merupakan suatu hukuman dan usaha kolektif kumpulan terbesar atau majoriti dalam mengubah fikiran individu (brainwash), dan merupakan satu usaha untuk menafikan hak-hak individu secara sistematik...

(Sila rujuk kisah perjuangan Rasulullah - Sekatan ekonomi ke atas Bani Hashim sebelum hijrah pertama...)

...intimidation to scare you, provocation to anger you.

...kesan dari tindakan kolektif suara majoriti ke atas entiti yang diasingkan (pemulauan), ke atas individu terpilih adalah lebih kepada serangan dan hukuman yang dilakukan secara tekanan psikologi ke atas minda untuk meruntuhkan ego, rasa keyakinan, pengiktirafan orang lain, dan semangat dengan tujuan mengubah tingkah-laku individu. Tindakan yang bersifat deraan ke atas minda dan emosi akan menghasilkan kekecewaan, penyesalan, kemarahan ke atas diri sendiri, penolakan terhadap ideologi dan doktrin serta sistem nilai yang dipegang teguh selama ini, penghinaan diri sendiri, kejatuhan motivasi dan semangat individu untuk memberontak, melawan dan melakukan penentangan terhadap pihak lawan yang mana lebih efektif bertindak secara berkumpulan dan tersusun. Apa yang berlaku di sini cuma berlaku dalam minda individu yang didera. Selagi minda individu tersebut tidak terjejas atau berubah yang mana akan menentukan perubahan tingkah-lakunya; tindakan ini akan dianggap tidak berjaya...

...sistem deraan ini juga digunakan sebagai langkah amaran dalam usaha dan langkah menghalang dan menakut-nakutkan ahli-ahli lain yang cuba membangkang atau menegakkan hak-hak personal dan tuntutan ke atasnya. Atas keadaan inilah satu trend baru terhasil di mana penentangan dilakukan dalam bentuk kolektif dan penentangan dalam kepartian. Mereka disebut golongan pembangkang...

Sunday, July 13, 2008

Remember, remember, the fifth of November....


Evey: I don't see any instruments. (Aku tidak nampak sebarang alat muzik pun?)
V: Your powers of observation continue to serve you well. But wait! [taps a nearby pipe with a conductor's wand] It is to Madame Justice that I dedicate this concerto, in honor of the holiday she seems to have taken from these parts, and in recognition of the impostor that stands in her stead. Tell me, do you know what day it is? (Deria pemerhatianmu terus berkhidmat dengan baik. Tapi sebentar! [sambil mengetuk paip yang berhampiran dengan kayu konduktor muzik] Untuk Madame Justice aku tujukan konsert ini, bagi menghormati suatu hari cuti umum yang telah dirampas dari kami, dan bagi suatu pengiktirafan terhadap banjingan penyamar yang menggantikan tempatnya. Terangkan! Adakah kau tahu hari ini hari apa?)
Evey: Um... November the fourth? (Um... empat november?)
[church bells start tolling 12 midnight] [loceng gereja berbunyi menandakan jam 12 malam]
V: Not anymore. [tidak lagi.]
Remember, remember, the fifth of November,
the gunpowder treason and plot.
I know of no reason
why the gunpowder treason should ever be forgot.

Thursday, July 10, 2008

Cerita Di Sebalik Penutupan Penjara Pudu...


Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu!

Ingatan! Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai
mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak
kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "

hahhaaahhahahhahhaahaha

Monday, June 16, 2008

Secangkir Kahwa Pengendur Urat


Bismillah pembuka kata, terjemahan Seni Peperangan di bawah ini telah hamba terjemahkan mengikut sedap lidah Melayu (suka hati hambalah!) dan penyampainya jua ikut cara Melayu (macam Lian Yunan, asal Kuntau menjadi Silat setelah berpetua). Mana buruk dari Hamba, yang molek dari Allah S.W.T jua adanya...

p/s: Tiada Hak Cipta Di Dalam Islam, Hak Cipta Kepunyaan Allah! Mana yang dapat itulah Hak engkau! (sampaikanlah pada umatku walaupun satu ayat! - maksud hadis)

Seni Peperangan - Sun-tzu: Bab 1 - Perkiraan
(..sambungan)

..
yang dimaksudkan dengan 'Jalan Penyampai' itu adalah asbab yang menyebabkan Raja dan Rakyat niatnya sama sekata..


..hidup mati sama sejalan, tiada yang lari dan yang menikam curi..


..yang dimaksudkan dengan 'saat dan ketika' itu adalah pada waktu perjalanan dan berjalannya sesuatu pekerjaan..


..yang dimaksudkan dengan 'laluan' itu adalah tinggi-rendah, jauh-dekat, berhalang atau tidak, luas dan sempitnya, serta selamat atau tidak 'tempat' yang 'di tuju'..


..sedangkan pada 'panglima' itu letaknya bukan sahaja di 'hati singa' tapi pada 'sejuknya' batu jemala..


..lalu yang dimaksudkan pada aturan pula adalah pada 'pantang' dan 'petua', 'pelangkah' dan 'syaratnya' jua...


wallahu'alam bissawwab..

Wednesday, June 4, 2008

Sekadar Sebuah Renungan


Nyepi?

Diam, sendirian... matikan diri..
Yah! Sebulan sudah hamba tak buat posting, kali terakhir 1 Mei yang lepas..

Malas? Mungkin!
Tempoh tidak aktif, kering idea barangkali.. Yang penting takda sapa peduli..

Nyepi...
Macam Hindu Bali?
Diam..

(Nyepi is a Balinese "Day of Silence" that falls on Bali's Lunar New Year (March 7, 2008). It is a day of silence, fasting, and meditation.

Observed from 6 a.m. until 6 a.m. the next morning, Nyepi is a day reserved for self-reflection and as such, anything that might interfere with that purpose is restricted. The main restrictions are: no lighting fires (and lights must be kept low); no working; no entertainment or pleasure; no traveling; and for some, no talking or eating at all. The effect of these prohibitions is that Bali’s usually bustling streets and roads are empty, there is little or no noise from TVs and radios, and few signs of activity are seen even inside homes. The only people to be seen outdoors are the Pecalang, traditional security men who patrol the streets to ensure the prohibitions are being followed.)

Hamba bukan Hindu, jauh sekali mengamalkan Kejawen yang berbau Hindu (pada sekelian yang beragama Hindu - No Offence! Kamu berhak untuk tidak bersetuju!)

Yang penting, bilamana kita semua 'berhenti sebentar' dan merenung kembali apa yang kita dah buat..

Pernah tak tuan-tuan hamba 'dok' dalam gelap, dan 'menikmati' kegelapan malam? (sapa dok bandar takkan rasa bezanya! dok kampung la nak 'rasa'!)

Menyepi, bersendirian, kesunyian... Khalwat? Atau bersuluk?

Kehidupan merupakan sebuah pulau di lautan kesepian, dan bagi pulau itu bukti karang yang timbul merupakan harapan, pohon merupakan impian, bunga merupakan keheningan perasaan, dan sungai merupakan damba kehausan. – Khalil Gibran

Bagi yang berumahtangga, mereka akan jauh dari sepi dan kesepian.. (Woi! Aku bukan jantan desperate!) ...dan sesungguhnya sepi itu kekasih yang didamba-dambakan...

Matikan diri..

Thursday, May 1, 2008

Sekadar Sebuah Renungan


SELAMAT HARI BURUH 1 MEI 2008!
(Eidul Fitri bagi golongan komunis dan sosialis!)

Religion is the impotence of the human mind to deal with occurrences it cannot understand.
Karl Marx

Religion is the opium of the masses.
Karl Marx

Hindu raya, kita raya.. Cina raya, kita raya.. Komunis RAYA?
KITA IKUT SEKALI!

Mari kita baca surah di bawah.. Surah 109/Al Kafirun..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
4. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. Dan kamu pula tidak mahu beribat secara aku beribadat.
6. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.

Hamba tak mahu bertutur panjang kali ini, renung-renungkanlah...




Sunday, April 20, 2008

Sekadar Sebuah Renungan...

...Samuraihood couldn't be gotten by swordsplay, no matter how lethally good you were at it. So it wasn't Hijikata's swordsmanship, it wasn't Kondo's effective killing prowess, that made them 'samurai' at least in the memory of the rather clueless hordes of their fans after the year 2000.

What made a samurai was his allegiance -- what he lived for, what he fought for and what he fought against, and for whom he would kill and die for...

Terjemahan: ...'Kepahlawanan/kependekaran' tidak akan sekali-kali diperolehi melalui kehandalan bermain senjata, tidak kira sehandal atau semahir mana seseorang itu dalam bidang tersebut. Jadi, ianya bukan berkisar mengenai kehandalan bermain pedang Hijikata, atau kehebatan membunuh Kondo, yang menyebabkan mereka itu digelar 'pahlawan/pendekar/samurai' seperti yang difikirkan oleh semua orang pada masa ini.

Apa yang menjadikan seseorang itu 'pahlawan/pendekar/samurai' adalah 'ketaatannya' -- untuk apa dia hidup, apa yang diperjuangkan, dan siapa yang di tentang, dan untuk siapa perjuangan itu dilakukan, dan mati kerana tujuan tersebut...

Wednesday, April 9, 2008

Sekadar Sebuah Renungan

...ayuhai sahabat

Sesungguhnya aku menyaksikan 2 kecelakaan..

Satu pada diriku dan yang kedua pada umat!

Celakalah aku kerana tiada dalam hatiku masjid

Akibat tenggelam dalam lemak dan manis dunia

Lemah anggotaku malas beribadah!

Celakalah pada umat kerana lari ke masjid bila hati resah

Kononnya lari dari dunia menghampiri ketenangan

Sedang waktu yang sama kau mencari redha manusia!

Ma’budmu jatuh pada tempat yang salah

Akhirnya masjid jadi tempat pembuangan sampah!

Ayuhai sahabat celakalah kita!

Celaka! Celaka! Kerana azab-Nya menanti di sana!

Halim Fansuri al Bagani at Tolibi

Rabu, 2 rabiul awwal 1429H/9 april 2008..

1:03 pagi...

Monday, April 7, 2008

Sekadar Sebuah Renungan

DALAM NEGERI/7 April 2008 / 30 Rabiul Awal 1429

Sikap pilih kerja punca 400,000 belia menganggur

KUALA LUMPUR 6 April - Sikap rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja dalam persekitaran kotor[i] merupakan antara sebab utama kira-kira 400,000 belia menganggur dan kekosongan itu direbut oleh warga asing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sikap memilih belia tempatan itu menyebabkan mereka sukar mencari pekerjaan[ii] dan mendorong pertambahan jumlah warga asing di ne gara ini.

''Gaji yang berpatutan dibayar kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing, namun mereka hanya bertahan sehingga dua atau tiga minggu dalam perkhidmatan seperti hospitaliti, pelancongan dan penyediaan serta penjualan makanan.

''Peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini tidak dihargai oleh belia tempatan dan mereka rela menjadi penganggur sehingga mendapat kerjaya yang diminati[iii]," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Dr. Subramaniam mendedahkan mengenai kira-kira 400,000 rakyat tempatan menganggur kerana tidak mahu bekerja dalam sektor yang menjadi tumpuan warga asing.

Tambahnya, latihan kemahiran yang dicadangkan oleh kementeriannya diharap dapat membantu mengubah fikiran dan sikap warga tempatan [iv]untuk terus berkhidmat dalam industri seperti ini.

''Tidak ada cara terbaik selain latihan kemahiran untuk mengubah fikiran para belia,[v] sedangkan gaji yang dibayar dalam sektor tersebut adalah berpatutan.

''Gaji tidak menjadi masalah tetapi sikap rakyat tempatan yang tidak bersedia untuk bekerja keras seperti warga asing menyebabkan masalah pengangguran dan pertambahan warga asing di negara ini," [vi]tegasnya.

Katanya, jika rakyat tempatan tidak bersedia untuk berkhidmat dalam sektor berkenaan maka warga asing terpaksa dibawa ke negara ini bagi mengisi kekosongan itu.



[i] Apa yang dimaksudkan dengan ‘kotor’? Adakah berkaitan dengan pengurusan sisa kumbahan dan sampah sarap, atau kerja di pasar basah? atau industri penternakan (terutama sekali penternakan babi?).

[ii] Sekali lagi, sektor-sektor yang memerlukan dan jumlah perjawatan yang kosong juga tidak dinyatakan.

[iii] Jika seorang graduan itu dilatih dalam bidang fizik quantum, guaman, pengurusan pentadbiran, atau pengurusan awam mendapat kelulusan sarjana dan tiada peluang pekerjaan (tiada sebarang peluang yang disediakan), wajarkah beliau menceburi bidang pekerjaan buruh kasar seperti kerja di pasar awam? Berapa belanja yang dikeluarkan semasa pengajian? Berapa masa yang telah dihabiskan? Buat apa memerah otak selama bertahun-tahun jika akhirnya menjadi tukang potong ayam atau buruh kasar berkelulusan sarjana?

[iv] Masyarakat Melayu dewasa kini umumnya sangat menilai materialistik. Kerjaya yang ada unsur-unsur prestij dan kekuasaan menjadi kayu ukur dalam pemilihan bakal menantu dan pasangan hidup seseorang ‘perempuan’ Melayu yang mana ini telah menjadi tekanan masyarakat terhadap belia (lelaki). Lazimnya, seorang perempuan (tidak kira tahap pelajarannya) akan ‘menilai’ calon-calon pilihan dengan soalan, ‘mengapa tidak berkereta?’. Sebuah soalan yang mempunyai makna yang mendalam. Penulis sendiri pernah mengalami pengalaman yang serupa.

[v] Tidak ada cara lain lagi melainkan dengan mendidik Bangsa Malaysia khasnya kaum Melayu supaya menggantikan tekanan sosial berdasarkan budaya materialistik kapitalis yang penuh kemegahan dan keangkuhan. Ini dapat dilihat pada majlis-majlis perkahwinan kontemporari di masa kini. Media arus perdana juga diseru dan digesa supaya menghentikan indoktrinasi budaya yang mempromosikan budaya heidonisme dan kemewahan serta glamour supaya masyarakat tidak khayal dan menyanjungi kemewahan. Tidak semua belia di Malaysia ini bernasib baik seperti yang ditonjolkan oleh media. Ada yang dipenjarakan akibat tidak menghadiri PLKN kerana menyara keluarga.

[vi] Ketegasan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam amat-amat dihargai dan dialu-alukan oleh penulis dalam menangani masalah pengangguran di Malaysia. Tetapi beliau haruslah turun padang dan menjalankan field research ke atas golongan pemuda dan memahami masalah ini dari konteks sosiologi, dan bukannya menunding jari menyalahkan belia semata-mata. Menyatakan warganegara Malaysia tidak bersedia bekerja keras adalah kurang tepat dan ianya satu percaturan politik yang silap dan tidak sihat untuk karier beliau. Penulis berasal dari golongan pekerja kelas bawahan dan terpaksa bekerja keras selama beberapa tahun demi mengumpul belanja ke menara gading...

-Orang Ber Ada

Friday, April 4, 2008

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

Bismillah pembuka kata, terjemahan Seni Peperangan di bawah ini telah hamba terjemahkan mengikut sedap lidah Melayu (suka hati hambalah!) dan penyampainya jua ikut cara Melayu (macam Lian Yunan, asal Kuntau menjadi Silat setelah berpetua). Mana buruk dari Hamba, yang molek dari Allah S.W.T jua adanya...

p/s: Tiada Hak Cipta Di Dalam Islam, Hak Cipta Kepunyaan Allah! Mana yang dapat itulah Hak engkau! (sampaikanlah pada umatku walaupun satu ayat! - maksud hadis)

Seni Peperangan - Sun-tzu: Bab 1 - Perkiraan

Kata Sun-tzu:
Peperangan adalah perkara yang amat besar bagi sesebuah negara

Ianya adalah hidup dan mati sesebuah negara

Jalan kelangsungan hidup dan juga kebinasaan, yang mana harus diperhitungkan dengan cermat dan teliti

Oleh itu, haruslah ia ditimbang melalui lima syarat:

Pertama: Jalan penyampai, Kedua: Saat dan Ketika, Ketiga: Laluannya, Keempat: Panglima dan yang Kelima: Aturannya...

(Bersambung...)

Nota Kaki Pengalas Perut

Nota Kaki Pengalas Perut

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.