...ayuhai sahabat
Sesungguhnya aku menyaksikan 2 kecelakaan..
Satu pada diriku dan yang kedua pada umat!
Celakalah aku kerana tiada dalam hatiku masjid
Akibat tenggelam dalam lemak dan manis dunia
Lemah anggotaku malas beribadah!
Celakalah pada umat kerana lari ke masjid bila hati resah
Kononnya lari dari dunia menghampiri ketenangan
Sedang waktu yang sama kau mencari redha manusia!
Ma’budmu jatuh pada tempat yang salah
Akhirnya masjid jadi tempat pembuangan sampah!
Ayuhai sahabat celakalah kita!
Celaka! Celaka! Kerana azab-Nya menanti di sana!
Halim Fansuri al Bagani at Tolibi
Rabu, 2 rabiul awwal 1429H/9 april 2008..
1:03 pagi...


2 comments:
assalamualaikum...
aku datang dari rimba
masuk ke rimba
aku datang dari Dia
menuju Dia?
sedang Dia tidak bertempat
Dia tidak bermula
Dia tidak berakhir
Dia tiada dalam
Dia tiada luar
Dia tidak seperti apa-apa
maka bagaimana menuju Dia?
aku menjenguk dalam kamarmu
sedang kamarmu dalam kamarku???
kau yang berjalan
sedang aku bertebaran
eh.. sapa tu duk berterbangan??
macam kenal..
eh... kau ke yang terbang tu???
hairan... ada berapa banyak kau ni??
aku dah sesat dalam hutan hang ni kut...
MENCARI RAMUAN PENGUBAT HATI
BERHANYUT KE HILIR PANDUAN RESMI
SENI TURUNAN WALI KESAKTI
MENJAGA AIR MENGAWAL BUMI
Dengan Nama Allah Yang Tiada Permulaan dan Tiada Pengakhir
BERHANYUT KE HILIR PANDUAN RESMI
LENGGANG BERTAPAK SENI MEMANDANG
MENJAGA AIR MENGAWAL BUMI
TEGAP MENAPAK TEGUH MENJULANG
LENGGANG BERTAPAK SENI MEMANDANG
MEMOHON TAHAJUD MENADAH SENTIASA
TAGAP MENAPAK TEGUH MENJULANG
HANYA SUJUD KE HADRAT YANG ESA
Post a Comment