Tuesday, May 25, 2010

Ular Besar? Cacing? Atau Naga?


Ular Besar? Cacing? Atau Naga?

Hai manusia!

wahai bani Adam!

Ingatlah kau akan daku!

Ingatkah kau akan daku?

Ular besar di istana fir’aun itu?

Yang menelan segala ular-ular kecil dahulu?

Aku juga yang diguna membelah laut merah!

Buat lintasan kakek-kakek ayahmu dahulu

Menyampaikan diri ke tempat dituju..

Akulah dia ular besar itu!

Lupakah dikau akan aku?

Wahai bani Adam!

Ingatilah daku!

Halim Fansuri – 25 May 2010/11 Jamadil Akhir 1431H/0859H)

p/s: ... hukum membawa tongkat adalah sunnah Nabi-nabi..

9 comments:

tgn besi said...

oo..patut la OBA pakai tongkat...

Oghang Ba Ado said...

..lalu apa maksudnya tongkat? mengapa dipegang erat dan tidak dilepas?

..tidak lain dan tidak bukan, sebagai simbolik bagi salah satu sifat yang WAJIB ada pada MUHAMMAD (yang terpuji) dan sekaligus pada Rasul-rasul dan Nabi-nabi iaitu SIDDIQ (benar)..

..lawan bagi sifat ini adalah KAZZAB (penipu).. ini sifat yang mustahil pada nabi..

..sifat pula tongkat harus LURUS, TEGUH, dan KUKUH..

..berapa ramai yang mengaku syeikh atau salik yang BETUL pada apa yang DIGENGGAM?

p/s:

Hati-hati memilih guru

Silap pilih terpilih hantu

Suara garau ketiak berbulu

Mukanya elok hati penipu (FASIQ)

Gelojak_Jiwa said...

tongkat untuk orang sakit kaki..

Oghang Ba Ado said...

ahah.. nanti koi post gambo tongkat terbaru koi kat aok, bagi aok tengok..

Gelojak_Jiwa said...

haha! okeh!

fakir al banjari said...

tongkat ali ada? nak buat hiasan....

Oghang Ba Ado said...

tongkat ali kasi kuat nafsu daa..

^^~::RadenCilik::^~^ said...

Salam...Tongkat?
Hehe..Bukankah Tongkat umpama huruf 'MIM' bersifat 'Muhammad'?..Dipegang dikepala erat saling tak lepas.Dihujung 'Mim' mencecah pula ke bumi...Menjadi Pegangan dan sandaran..jangan kau lepas kelak kau jatuh..terjelepok..
meskipun mata tiada, tongkat dan hati pengerak bagi si buta meneruskan perjalanannya.. Ah..sungguh banyak sekali mata memandang tapi cukup sikit bertongkat meskipun deria cukup sifat terhantuk dan tersembam juga mrk ketanah..

:)

:}

Oghang Ba Ado said...

...benar tuan.. sungguh akan kata-katamu itu kanjeng raden.. he he..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.