Komunikasi Dalam Rumahtangga
Komunikasi adalah teknik pengiriman atau penyampaian maklumat dari suatu tempat ke tempat lain, atau daripada individu A ke individu B. Dalam kaitannya dengan 'hubungan intra-individu'. 3 bentuk komunikasi telah dikesan dan dapat dibezakan melalui tiga jenis:
- Komunikasi Satu Arah (Simplex). Dalam komunikasi satu arah (Simplex) pengirim dan penerima informasi tidak dapat menjalin komunikasi yang berkesinambungan melalui media yang sama. Contoh: arahan, surat khabar, ceramah politik, televisyen dan radio.
- Komunikasi Dua Arah (Duplex). Dalam komunikasi dua arah (Duplex) pengirim dan penerima informasi dapat menjalin komunikasi yang berkesinambungan melalui media yang sama. Contoh : perbualan antara dua atau lebih individu.
- Komunikasi Semi Dua Arah (Half Duplex). Dalam komunikasi semi dua arah (Half Duplex)pengirim dan penerima informsi berkomunikasi secara bergantian namun tetap berkesinambungan. Contoh : sms, chatting, skype, forum internet dlln..
Hamba rasa gelihati beberapa hari yang lalu sebaik sahaja mendengar dari sepupu hamba yang ‘tak berapa nak pueh hati’ setelah mendengar pidato/ceramah dari seorang pengarah/pentadbir disebuah mesyuarat wakil pekerja dan pemilik kilang.
Isi pidato/ceramahnya sangat luar biasa. Sangat karismatik. Beliau menanyakan bahawa syarikat ini milik siapa? Dan dia meminta semua pekerja dan orang bawahannya untuk berteriak, “milik kita!”. Bila perusahaan maju adalah milik siapa?
Dan sekali lagi pekerja dan orang bawahannya untuk berteriak, “milik kita!”. Lalu bila syarikat maju itu kerana siapa? Dijawab, “milik kita!”. Bila perusahaan bangkrap siapa yang salah? Dijawab, “milik kita!” lagi. (taktik nak meletakkan kesalahan atas bahu pekerja dan orang bawahan).
Jadi dia memancing agar pekerja dan orang bawahannya supaya terus bekerja sama dan syarikat ini boleh berjaya(kononnya). Sebenarnya pidato/ceramahnya sangat kongruen (logik) dan sangat karismatik.
Lalu dia bercerita mengenai hal rumah tangga. Bila rumah tangga mahu berjaya (sukses kata Bapak Presiden Indonesia) dan tidak terjadi perceraian; maka kuncinya pada pasangan yang berumah tangga tersebut. Sebenarnya ini benar 100%. Tetapi seperti kes-kes perceraian rumah tangga yang terjadi biasanya 100% kedua belah pihak berusaha untuk mempertahankan rumah tangga, tetapi tetap saja terjadi perceraian.
Mengapa ini boleh terjadi?
Setelah ditelek-telek dan dibelek-belek, ternyata masalah rumah tangga terjadi kerana si suami atau si isteri tidak mahu (tak sampai hati sebenarnya) menyatakan ada masalah dengan rumah tangga tersebut. Jadi bagaimana perkawinan dapat aman bahagia? Ini sama dengan komunikasi 1 arah bukan? Seandainya suami atau isteri terbuka maka dilakukan pembetulan dan penyesuaian maka perkawinan akan berjaya. Komunikasi 2 arah dan kejujuran sangat efektif bukan?
Sama dengan syarikat/perniagaan, menurut pendapat sahabat hamba itu bahawa perusahaan itu kelam kabut dan dia sebagai pekerja dan orang bawahan bingung tak tahu nak buat bagaimana? Kerana sudah 5 bulan stok tak ada! Ramai amik cuti tanpa gaji..
Sedangkan pengarah/pentadbirnya tersebut tidak menyentuh apapun mengenai keadaan syarikat atau kebajikan pekerja. Bila pekerja dan orang bawahan tersebut yang mewakili lain-lain pekerja di syarikat tersebut bertanya maka dijawab oleh si pengarah itu sendiri bahawa tidak perlu tahu jika tak faham! Duduk diam-diam! (cuba menyembunyikan kebenaran).
So? bagaimana dia dapat berkomunikasi dengan jelas? Cakap pun pendek-pendek, jawab pun acuh tak acuh (kononnya bila cakap sikit-sikit tu pandai la tu, berkarisma la tu konon! Full of wisdom! Tah dia tu pun bising aje lebih, bunyi macam tin kosong!) dan dia sudah berusaha untuk mengatur pertemuan dengan pengarah/pentadbir tersebut dan menurutnya dihantarlah wakil pekerja/orang bawahan tetapi tidak dijawab dan disambut dengan baik. Akhirnya terjadilah ‘pengunduran diri’ besar-besaran dari pekerja-pekerja syarikat terbabit, atau dapat kita samakan dengan perceraian rumahtangga.
Dalam pertemuan tersebut si pengarah berusaha untuk memancing bahwa pekerja-pekerja punya sumbangan atas kondisi perusahaan, tapi pekerja-pekerja tersebut merasa tangannya diikat dan tidak perlu tahu itu dan ini. Jadi bagaimana perkawinan telus dan jujur?
Jadi jawapannya ada pada anda bukan?
Halim Fansuri – 7 May 2010/22 Jamadil Awwal 1431H/1121H)
p/s: .. perangai dari rumah bawa ke tempat kerja, perangai dari tempat kerja bawa ke rumah.. pengabisannya rumahtangga pun ikut berantakan sebab perasan yang diri tu bos yang ‘pandai’ serba-serbi.. he he he..


4 comments:
...orang politik akan guna komunikasi satu hala dalam pengucapan umum...tujuannya sampaikan mesej tanpa perlu ada soal jawab.
Contohnya ceramah politik. Pihak lawan tiada ruang dan peluang untuk mempertahankan diri dari sebarang tuduhan pihak yang bercakap di pentas. Manakala penonton pula tiada peluang untuk mempersoalkan sebarang fakta dalam ucapannya.
inilah dikatakan 'komunikasi sehala' dari ahli-ahli ilmu komunikasi.
Contoh lain ialah notis mesyuarat yang disampaikan kepada seseorang untuk diundang ke sesebuah mesyuarat. Yang ada hanya tujuan, tarikh, tempat, dan masa. Orang yang diundang tidak ada sebab untuk tidak hadir ke mesyuarat tersebut.
...begitu juga mana-mana arahan kita ditempat kerja...
Diterima daripada En Mot Bin Madon, Pensyarah kuliah komunikasi kemanusiaan, Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, UUM.
(P.S-selalu teringat akan Pak Mot, walaupun hanya ambil beberapa paper elektif dgn dia tetapi kami masih berhubungan hingga kini. Boleh dianggap 'murshid' hamba dalam bidang penulisan dan komunikasi...)
Alfiannagasakti.
Alfiannagasakti Said:
"...Pihak lawan tiada ruang dan peluang untuk mempertahankan diri dari sebarang tuduhan pihak yang bercakap di pentas. Manakala penonton pula tiada peluang untuk mempersoalkan sebarang fakta dalam ucapannya..."
..takpayah ahli politik saudara, yang orang biasa berperangai macam 'ahli politik' atau 'penjual ubat' pun ramai kat dunia ni, lebih2 lagi dalam dunia cyber ni..
..orang-orang macam nie, perangainya tak suka disanggah, dilawan cakap. bagi mereka, apa yang mereka kata ni adalah 'wahyu' dari tuhan dan mereka ni 'maksum' macam nabi-nabi, tu sebab kata-katanya tak boleh 'dilawan' nanti 'ketulahan' kata orang-orang ni (bullshit!).
..yang nyata, mereka ni perangai macam yahudi dan nasrani, suka sembunyikan kebenaran, cepat melenting, panas baran dan suka mendominasi orang lain, baik dari pemikiran, atau perbuatan. istilah 'syura' atau 'muzakarah' tak ada dalam kamus hidup mereka, selain kuat berkhayal dan bermimpi siang hari dalam idelisme tak bertepian..
..mereka akan melenting, dan marah-marah bila 'idea' jumud mereka berani disanggah, dan bila mereka tak dapat mempertahankan idea 'rapuh' mengarut yang realitinya menyesatkan, mereka 'tutup' mulut orang dengan pelbagai alasan dan logik yang tak munasabah, atau menghalang peluang orang lain untuk membahaskan 'idea' mereka..
p/s: ..maksud ayat qur'an - Surah al-Munafiquun (Orang-orang Munafik) ayat 4:
..Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?
Ni la namanya ahli politik 'longkang'. Berangan nak jadi ahli politik. Dah sifat semulajadi beberapa kerat manusia, kalau nak jadi sesuatu tapi tak mampu...maka diusahakan satu perbuatan pelik...iaitu MENIRU untuk jadi seperti yang ditiru.
Ada yang meniru nak jadi ahli politik, tapi sebenarnya tak ada karisma langsung. tak ada tokoh. tak ada kepimpinan. Tak profesional. Macam orang-orang di PESAKA B*** P***T, berucap kat pentas macam ahli politik (syok sendiri) tapi uruskan pertandingan Silat macam uruskan kenduri kahwin nenek sendiri (ehe he he..insiden di Parit R***...Tulis pendaftaran 10.00 a.m tapi rupanya 3.30 p.m.
orang gila macam ni pun selalu menyibuk kalau ada orang besar-besar, dia pun menyelit...rasa dirinya penting sangat. Hamba dah biasa campur dengan geng-geng ADUN, AHLIL PARLIMEN dan Bapak Menteri masa di Pjbt tanah Dulu. Mesti ada oaranag yang 'muka tak malu' nak join sama...he he he
Ada pula kononnya macam ahlil sufi...sikit-sikit cerita pasal tasaup...makam itulah, makam inilah...last2 kena makamkan he he.
Rupanya bila 'trace' dan tanya 'kau dah baiah ke belum? jawapnya emm..belum. Rupanya tak dilahirkan lagi. Ish...ish
ada pula macam pakar motivasi, kalau cakap mengalahkan Padilah Kamsah...rupanya dia punya masalah pun tak boleh nak settle.
ada berangan nak jadi orang kaya, maka bergaullah dengan 'kasta' kaya. makan pakai, bawa ke cakap pun macam orang kaya. Rupanya gaji tiap bulan pun tak cukup. Heran, pakai macam orang kaya tapi duit tak ada?...rasuah ke? Nipun banyak kat 'ofis' kita kan?
Ada yang berangan jadi ulama, jadi ustat...mula lah cerita bab tajdid, bab bidaah, bab sesat, halal haram (NI GENG PAK WAHAB)...rupanya belajar tak ke mana. Tok Guru tak ada. Sanad hadis pun tak ada. Hapal hadis pun tidak. Istilah ilmu hadis pun tak tau (kebanyakan malaun ni suka sebut "kembali kepada sunah yang sahih)...wait for the minute! Sunnah tu apa? sahih tu apa?
rupanye berguru dgan ustaz tak bertauliah, pastu melanjutkan pengajian ke internet berguru dengan syeikh youtube dan syeikh al Ahkam.net. Hamba tahulah, dulu hamba ikurt wahhabi 2 tahun.
Orang silat pun ada yang macam ni (mintak maaf...segelintir) dapat selempang ka, talipinggang ka...ijazah siapa tu? Raja ke? sultan ka? sultan mana? sultan Sulu? Raja Haile salassie? ke Kraton Jogja? Sultan Ageng? Amangku Buwono?
Ni la sindrom nak jadi macam PASUKAN KHAS KESELAMATAN MALAYSIA...dapat lencana, pangkat,...nak jadi COSPLAYER KE? baik bawa watak NARUTO...INUYASHA DSB ke baru jadi COSPLAYER SEJATI.
...sedarlah...kita ni dah 'diabaikan'...
banyak lagi yang suka MENIRU. Kalau MONYET menari, ia tetap MONYET dan bukan penari. barang tiruan tetap TIRUAN tak tama hak yang ASLI.
MENIRU perbuatan orang bodoh, tak ada ilmu.
MENCONTOHI adalah sifat orang BIJAKSANA kerana ia mengikut orang yang lebih baik dengan sebab tertentu. Bukan Ikut-ikutan dan tiru-tiruan.
wallahualam
Alfian NS
...adapun orang munafik ni, Allah taala ada dah sebut dalam firmanNya, Surah al - Munafiqun ayat 1-3:
Ayat 1:
Apabila orang munafik datang kepada engkau, mereka berkata: "Kami menyaksikan (mengakui) bahawa sesungguhnya engkau benar-benar rasul Allah.” Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya engkau benar-benar rasul-Nya, dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya orang munafik itu benar-benar pendusta.
- sumpah dan janji mereka tak boleh dipakai. Mulut kata lain, kat dalam hati bicaranya lain.
Ayat 2:
Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan.
- mereka ni pandai putar belit, dalam ayat ada ayat dan tafsirannya open lagi generic termanya.
Ayat 3:
Demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian mereka kafir, lalu dimetrai atas hati mereka, maka mereka tidak dapat mengerti.
- asalnya beriman dah, tapi 'dimatikan' hatinya, sampai tak ada hati perut dan tak dapat terima kebenaran lagi.
ayat 4:
Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?
- orang-orang munafik, Allah taala perintahkan supaya kita waspada dengan percakapan dan gerak-geri mereka. psikologinya, mereka ni FOBIA dan sentiasa dalam KETAKUTAN, mudah TERASA bila dikata orang.
Ayat 6:
Sama sahaja bagi mereka, engkau memintakan keampunan untuk mereka atau engkau tidak memintakan keampunan untuk mereka, Allah tidak akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
- ini FINAL BLOW yang Allah janjikan pada munafiq-munafiq ni.. THE LAST NAIL ON THE COFFIN kata orang putih.. Kita doakan/nasihat atau tak, sama aja balasan Allah kat mereka..
..walaupun Allah taala dah janji dengan Ayat 6, kita sebagai Muhammad kena ada 'TABLIGH' kan juga pada orang-orang munafiq ni, sekalipun kita akan jadi musuh mereka (dah tentu sure punya). WHY? kerana Allah Taala dah janji, "..Aku tidak akan ditanya akan amal perbuatanku, tapi kamulah yang akan ditanya akan amal perbuatanmu".. in other sense; dah bagi nasihat/teguran belum?
..orang munafiq, kalau kita datang lemah-lembut dia naik kepala. Sayyidina Abu Bakar sembelih aja kepala mereka ni sebagaimana yang dilakukan atas MUSAILAMAH AL-KAZZAB (Si Penipu), seorang nabi palsu lepas wafatnya Rasulullah.. PERANGI MEREKA!
p/s: ..sahabat-sahabat sekelian, awas-awas dan hati-hatilah. di luar sana ramai NABI PALSU seperti AYAH PIN dan HAJI KAHAR RASUL MELAYU yang membawa ajaran songsang, sesat dan palsu..
Post a Comment