MAYDAY! MAYDAY!
hari pekerja adalah hari buruh..
satu hari di mana kesusahan kaum pekerja diraikan
kesengsaraan kaum marhaen dan mustdhoifin dibela dan disuarakan
hari di mana semua pekerja, buruh kasar dan buruh halus bersaudara dan dirayakan
dan mereka yang memperjuangkan hak terhadap penindasan masyarakat bawahan diraikan!
bukannya hari untuk barua-barua tauke buncit kepala botak
atau ketua union yang makan tumbuk rusuk kuat mencantas dapat anugerah dari orang atasan mahupun pembesar..
dari rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat!
*Aku BUKAN KOMUNIS. Tapi sekurang-kurangnya aku berterima kasih pada mereka kerana aku dapat SATU HARI CUTI yang BERGAJI! Ha ha ha ha...
Halim Fansuri – 1 May 2010/17 Jamadil Awwal 1431H/1004H)
p/s: ... politik merupakan suatu aksi atau tindakan yang mana orang lain buat kerja kita supaya matlamat kita tercapai. Eh? Itu bukan kapitalis ke? Ha ha ha....


No comments:
Post a Comment