Tahkik Dah?
Soalan 1:
Apakah maksud 'tamsilan pula'? bolehkah 'tamsilan pula' digunakan untuk menggantikan 'selain itu' atau ' tambahan pula’? terima kasih..
Jawapan: Tamsilan bukan bermaksud seperti yang saudara nyatakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tamsilan bermaksud contoh, ibarat, persamaan atau perumpamaan.
Soalan 2:
Salam! apakah yang dimaksudkan dengan perkataan mumkin,tawassul,tahkik?
Jawapan: Mumkin bermaksud keadaan antara wajib dan mustahil. Tahkik pula pula ialah pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; benar atau sahih. Tawassul pula ialah perihal berhubung dgn Allah SWT dgn mengamalkan ibadat khusus mahupun umum. Terima kasih.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pula&d=10
Soalan 3:
Assalamualaikum! apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Jazam?
Jawapan: takrif pada perkataan ini Ar tanda baca yg dipakai utk huruf Arab (º) diletakkan di atas huruf konsonan utk menunjukkan bahawa huruf itu mati (tidak dibunyikan lagi); menjazamkan 1. memotong, mengerat, memenggal; 2. memutuskan, menentukan: segala harta dan hak kepunyaanku telah kujazamkan, iaitu kuserahkan supaya dibahagikan dua pertiga daripadanya kpd Puan Normah.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jazam
*(PRPM = Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP)
Soalan 4:
Apa maksud Istisna’ dan apa pula pengertian Itsbat?
Jawapan: takrif pada perkataan ini, Istitsna' (إستسناء). Ertinya: kecuali, dikecualikan, dikeluarkan daripada umum sesuatu i.e yang mengecualikan Allah dengan segala jenis Ilah yang di nafi-kan. Bentuk kalimat seperti ini disebut kalimat manfi (negatif) lawan dari kalimat mutsabat (positif), manakala Itsbat (إثبات). Ertinya: mensabitkan, menetapkan.
Soalan 5:
Apa maksud nafi?
Jawapan: sila rujuk Istisna’
Halim Fansuri – 01 Jun 2010/18 Jamadil Akhir 1431H/1000H)
p/s: ... Tok nak tanya, syahadah kau tu dah ditahkikkan ke belum? Kalau udah ape dalilnya? Siapa saksinya?


1 comment:
Maka masih belum aku ni disahkan sebagai muslim sebenar kerana masih meraba mencari penyaksi yang benar lagi Kamil. apakah nasihat tok kpd aku? -@napirossv
Post a Comment