Dari Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Berikanlah harta pusaka itu kepada orang yang berhak menerimanya. Sekiranya masih ada bakinya, berikanlah kepada lelaki yang paling dekat nasabnya dengan si mati
- sahih Muslim – hadis ke 3028
Dari Usamah bin Zaid r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam
- sahih Muslim – hadis ke 3027
Harta pusaka bermaksud:
1. barang dan benda yang ditingalkan oleh si mati
2. hak seperti hak khiar (pilih jadi akad atau tidak akad), dan had tuduh
3. ketentuan : iaitu benda yang bukan harta seperti baja daripada najis, anjing yang diajar untuk berburu, arak yang diniat buat cuka sebelum jadi cuka dan lainnya. Setelah arak jadi cuka kemudian dari mati ianya termasuk dalam harta bukan ketentuan.
4. Diat (bayaran balasan kerana membunuh) yang diambil daripada orang yang membunuh si mati, kerana termasuk dalam miliknya.
5. Demikin juga binatang perburuan yang termasuk kedalam perangkap selepas mati dengan syarat perangkap itu dipasang oleh si mati semasa hidupnya, kerana perbuatan memasang perangkap menjadi sebab memilik. Sekiranya si mati menguna perangkap yang dipinjam dan binatang perburuan masuk kedalam perangkap itu selepas matinya, nescaya binatang itu juga jadi milik simati maka jadi lah binatang itu pesaka ini yang difatwa oleh syekh Syarwani di dalam Hasyiah Tuhfah.
Contoh dari kenyataan diatas - pemberian ihsan (dari) kerajaan kerana pegawainya yang mati sama ada pencen atau atau pampasan adalah menjadi pesaka kerana kerajaan tidak akan memberi pekara itu kepada semua orang, hanya kepada mereka yang berkerja dengan kerajaan - dengan itu jadi serupa masalah ini dengan seorang yang memasag perangkap.
Pemberian (kepada) orang ramai semasa hari kematian tidak dikira pesaka kerana tidak termasuk dalam perkara yang telah disebutkan. Kebiasan pemberian itu untuk menguruskan mayat, maka harus digunakan untuk menguruskan mayat dan buat kenduri serta yang lain tetapi yang lebih elok orang ramai melantik seseorang untuk menguruskan pemberian itu dan dia lah yang menguruskan segala keperluan simati dan kenduri.
Halim Fansuri – 24 Januari 2010/08 Safar 1431H/0331H)
P/s: ...pesan Pak Mat Samurai: ini barang bukan kutip/pungut tepi jalan bang..


20 comments:
Salam Saudara Halim Fansuri
Thanks atas perkongsian ini
ha! waalaikumsalam!
ini barang ambil tengah jalan tau
ponnn!! ponn!!! dey,lori mau lalu la..
laaaaa.. korang ni.. citer la bab faraidh..
tahanlori punya trademark tu ko jangan amik J_G, nanti ada org yang main drift naik lori balak nanti..
haaaaaaa! baru ko tau!
wasiat tidak boleh lebih dari 1/3 harta.
aku caap kias korang tak faham ke...?
xpaham
paham.. tapi sampai lori balak keluar buat drift.. dah tahap merapu tu..
G_J: dalam faraid - waris lelaki dipanggil 'asobah..
waris perempuan belum berkahwin adalah walinya iaitu ayahnya! muahaha!rizes
ilmu adalah barang yang dipungut di tengah perjalanan. kalau tak berjalan, tak jumpa la ilmunya
ditengah bermaksud sepanjang - panjang tara mana?
oo,camtu ke abang fakir? sampai terbuka hijab 3 lapis.. huhu..
barulah terhenti perjalanan ini....
panjang tu subjektif. umur 80 tahun kira panjang, tapi pendek yang amat dilihat di alam hakikat mahupun akhirat
abang fakir cerita la kisah 3 lapis tu.. lama tak dengor cerita tu.
Panjangnya seperti mimpi... cheewah!
kau cerita la sendiri
ambik kau kena 3 lapis.
nak sangat berbogel.
he he he.. tau takper..
hehehe.... aww.. jadi tapak yoi jap.
Post a Comment