Wednesday, January 6, 2010

Sekadar Sebuah Renungan


Sekadar Sebuah Renungan

Aneh,

kadangkala Kau gunakan ‘Ana’,

kadangkala Kau gunakan ‘Nahnu’

kadangkala Kau gunakan ‘Huwa’ pada diriMu sendiri..

ketahuilah akan dikau

al-Quran Amat tinggi makna dan tarbiahnya

al-Quran itu bahasa Raja sekelian raja

bahasa martabat orang-orang istana

menjadi panduan bagi mereka yang mahu berfikir

dan mereka yang mempunyai akal

serta yang diberi taufik dan hidayah olehNya

digunakan Aku apabila mahu menimbang dosa dan pahala makhluk ciptaanNya

digunakan Kami apabila mahu menunjukan keterlibatan makhlukNya yang lain menyampaikan rezeki melalui jalan-jalanNya jua

digunakan Engkau apabila makhluk berbicara meminta kepada Maha Suci Allah, tuhan sekelian alam

dan digunakan Nya untuk menunjuk pada Afa’al perbuatanNya..

itulah kebesaran diriNya

yang hakikatnya menguji kita

Halim Fansuri – 06 Januari 2010/20 Muharram 1431H/0900H)

P/s: Adapun penggunaan ganti nama oleh Allah s.w.t untuk merujuk pada diriNya adalah Dia, Aku, Ku, Kami, Ia, Engkau, dan Nya. Setiap penggunaan ada tempatnya, dan bukan semberono dapat difahami dengan lafaz bahasa biasa... adapun yang dinamakan bahasa martabat dan keutamaan kerana Allah s.w.t memang sengaja nak menunjukan kebesaranNya, KehebatanNya, dan KemuliaanNya. Dia saja yg boleh sombong, bangga diri dan angkat diri (memang pakaianNya)... kerana Dia Boss yang paling Agung... Zat, Sifat, Asma’ dan Afa’al dalam satu lafaz.. Maha Suci Allah, Maha Suci Allah...

30 comments:

Oghang Ba Ado said...

kepada G_J yang tengah kompius atau buat-buat kompius tu, ko bukak la link di bawah ni dik..

http://www.islamic-awareness.org/Quran/Text/Grammar/robinson.html

fakir al banjari said...

aku pun nak tahu. tq tuan OBA bagi alamat nak dituju

Gelojak_Jiwa said...

thanks brother OBA, I'll open it immedietly and try to understand it.

Gelojak_Jiwa said...

Hehehe...

mautauka said...

AKU?

DIA?

KAMI?

ENGKAU?

NYA?

laisa Maujud illallah.

laisa Maqsud illallah.

laisa A'zhim illallah.

Laa ilaha illallah.

Laa ilaha illallah.

Laa ilaha illallah.

beza ke wahdatul wujud dengan wahdatussyuhud?

siapa sebenar yang wujud?

siapa sebenar yang menyaksi?

nak faham jangan mencari sendiri.

mintak kepada Allah supaya difahamkan mengikut kehendakNya.

Wallahu a'lam bil khair.

Oghang Ba Ado said...

Ehem!

Gelojak_Jiwa said...

yeah! sokong abang mautauka!

siapa kata wahdatul wujud sesat???

maleh unh!

fakir al banjari said...

ooooooooooooooooooo, begitu.....

jadi, jangan lupa asah senjata anda!

Gelojak_Jiwa said...

Senjata eden baru diasah semalam! kuikuikui!

Oghang Ba Ado said...

aku suka pakai yang berkarat, nanti boleh kena kancinh gigi terus kalau luka.. he he he he..

Anonymous said...

jap...tentang wahdatulwujud..nanti dulu.
syeikh muhyiddin bin arabi, terkenal sebagai orang saleh..adapun kata-katanya itu, ada pertikaian di kalangan ulama.
Tidak boleh menyamakan wujud kainat (makhluk) dengan wajibul wujud (Allah S.W.T) Wujud Allah wujud zaatiy, manakala wujud kita wujud taba'i. Perbahasan tentang wujud sendiri pun ada. Ikut Asyairah ia ain maujud, ikut fakhruddin ar-Razi ia amrun i'tibaariy...Perbahasannya ada dalam kita tauhid ASWJ seperti Syeikh Dr. Muhammaad Said ramadhan albutiy, Syeikh Hasan as-Saqaf dll. Kata Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Butiy, boleh jadi kalam tentang wahdatul wujud oleh Ibnu Arabiy sebenarnya bukan kalam beliau, tetapi penyelewengan, atau boleh jadi beliau dan golongan bersama beliau, memang ada berkata demikian, tetapi telah KEMBALI ke jalan benar ikut akidah ASWJ. Pendek kata, cari kitab tauhid mu'tabar dalam bab ini.

mautauka said...

Terima Kasih Tuan Pencinta Ilmu.

saya cadangkan kita tutup perbincangan berkaitan wahdatul wujud ni kerana banyak fitnah mungkin timbul nanti.

bagi yang ingin mengenal, guru mursyid perlu dicari dan dihadap dan tidak sesuai dibincangkan di dunia siber ni.

hanya Allah Ta'ala berhak membuka hijab hati manusia dan memimpin manusia kepadanya.

maafkan saya kerana tersasul menyebut tentang perkara ni.

oleh itu saya memilih untuk berdiam tentang perkara ni.

Gelojak_Jiwa said...

................................................................................................................................................tak boleh cakap ke? aderkkhh! (kena ketuk sama mautauka)

Anonymous said...

Kang Mas ijin kulo menyampuk...

Araftu rabbi bi rabbi
(aku kenal tuhan ku melalui tuhanku)

hu/huwa-dia ilah yang maha tidak diketahui (keadaan zatnya).Tu sebab orang muntahi zikir huu huu huu/ Ya huu

qul hu wallahu ahad
katakan(ya mmuhammad)-Allah itu ESA, dia yang zat yang tak diketahui itu cuma SATU / ESA.

siapa yang zatnya tak diketahui? -Allah
-'dia' hanya esa

Allahussomad
-BM: Allah tempat pergantungan segala sesuatu.

BI: He is the sustainer, the owner of everything

dalam tauhid dibahaskan pada bab istigna dan iftiqar-mahluk perlukan dia sgt tapi dia tak perlukan sesiapa-as somad
-tu ada zikir ya somad byk2 buat tahan lapar.

lam yalid walam yuulad
-tidak beranak dan diperanakkan

walam yakunlahu kufuwan ahad
-tiada yang setara atau serupa dengannya.
-no his creation can replace him or hold this world together

siapa yang cakap?
-Allah, dia kenalkan diriNya melalui diriNya.

Siapa Allah?
al Ilah, zat yang maha wujud. maha 'exist'.

ALLAH
A-ALLAH, ALIF sesuatu yang wujud atau berkaitan dimulai huruf ni.

buang satu huruf jd Lam, lam ha.
lillahi-kerana Allah

Buang satu lagi-lam-ha=lahu
-untuk dia (Allah)

Buang lagi tinggal ha= huwa
=dzat yang maha wujud dimana dia sahaja yang tahu keadaan zatnya,

baru nama sahaja 'dia' dah hebat, menunjukkan dia maha ada dan maha esa.maha wujud.

Jadi, mana-mana dakwaan yang mendakwa selain Allah itu tuhan, maka dia kena lalui 'asid test' surah tersebut.

dan surah tersebut menunjukkan kalimahnya ekslusif BAGI ORANG iSLAM.

god-tuhan tak ekslusif.
gods (ditambah s-plural) tuhan-tuhan

godess (ditambah ess-tuhan perempuan)

demi-god (tuhan palsu)

TAPI

boleh kah Allah jadi ALLAHS?
ALLAHESS DAN DEMI-ALLAH?
TAK KENA KAN?

APATAH LAGI MACAM LAGU AGNES MONICA YANG KONTROVERSI TU:
ALLAH YESUS KU
KONONNYA TERJEMAHAN BAGI LORD JESUS?

KAH KAH KAH...

ALFIAN NAGASAKTI

fakir al banjari said...

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Oghang Ba Ado said...

he he he.. adinda, adinda. muncul juga dikau... he he he

...tak abis lagi tu.. sebelum titik menjadi alif?

...sebelum titik menjadi zahir?

..tu nak tanya pada anak-anak Gayong tu? Ngape 'teriak' zat, zat memanjang...

p/s: buat la akakun google.. takyah buat blog pun takpe..

Gelojak_Jiwa said...

terima kasih tuan alfian naga sakti. mengapa abang fakirku mengeluh panjang?

seperti ada sesuatu yang ingin disampai namun mungkin takut maksud tak sampai?

apakah maksud Allahku yesus? Adakah Allah itu yesus? atau yesus itu Allah? Atau Allah dan yesus itu sama?

Mereka kata yesus anak Allah (nauzubillah,Maha Suci Allah), tapi kenapa lirik itu kata Allahku yesus? Ada tak yang boleh jelaskan?

Anonymous said...

Ehe he he nanti ada rejeki hamba akan tulis di blog hamba tentang org kristen ini sendiri keliru tentang tuhan. sendiri pun tak tau apa yang disembah. hujahan dari kitab bible sendiri.

alfiannagasakti.multiply.com

Gelojak_Jiwa said...

Ya Allah, aku mohon keampunanMu dalam berkata-kata. Sesungguhnya Engkau sahaja yang mengetahui isi hatiku.. Engkaulah Rabbku, Illahku, Engkaulah Ibuku, Engkaulah Bapaku.. Tiada Tuhan Selain Engkau, Tiada yang Layak Selain Engkau.. Tiada Selain Engkau.. Engkaulah Allah Yang Maha Esa..

Ampunkanlah aku apa-apa yang aku tidak tahu dan tahu.. Amin

Gelojak_Jiwa said...

baik,hamba menunggu post tuan hamba. terima kasih tuan alfian nagasakti.

Anonymous said...

sebelum alif ada ba, huruf awal titik, awal titik awal ayat quran, jadi pennghulu huruf quran adalah huruf ba pada bismillah pada surah fatihah yang punyai 7 ayat. hujahnya: hadis sebut sab al matsani, 7 ayat yang berulang2. maka bismillah adalah sebahagian dari fatihah.

bismillah duduknya atas kepala dalam rajah 9 pak sahak. alhamdu sifat maani baru wujud.letaknya di muka. punca kuasa bateri yang wujud. bismillah itu ibarat sumber tenaga.kalau pancung kepala maka terpisahlah sifat maani terzahir lalu manusia mati.terpisah dengan robbil alamin-seluruh alam badan. bismillh masih ghaib alhamdu sudah nyata.rabbil alamin zahir alam benda.

sebelum wujud adalah kosong br titik.tapi kosong bukan tak ada. yang tak ada tu makhluk. titik itulah nur muhammad. titik itulah hurup ba bismillah, bentuknya sama dengan ta, tsa, tapi satu titik yang bezakannya, maka ba pada bismillah adalah huruf pertama.

titik tu kalau zahir atau tak zahir sama aja. kehendak yang berfirman. nun demi qalam yang menulis. nun tu apa?

namun nur muhammad itu ada perspektifnya, kadang-kadang air, kadang kadang kalam...kadang kadang akal...wallahualam.

jangan baca...ayat orang tengah mabuk.

qulhuallah hu ahad, siapa bagi nama? dia yang bagi nama!dia yang bagi kenal diri dia, pastu ada 99 lagi yang zahir, nama dia tak terbatas,

yang lain tu sampah haja sebab mahluk yang gelar dia, pope, raja, dr, prof dsb...

Nabi Muhammad siapa yang bagi nama? dia yang bagi, Muhammad, Ahmad, Ya sin, To Haa, Muddasir, Muzzamil dsb...

kalimah 'Allah' wajib dipertahankan kerana ada maksud dari segi bahasa, syariat dan hakikat!

alfiannagasakti

Anonymous said...

ahaa...tuan alfian tu silap lah...aku ni HAMBA...AHARKS

alfiannagasakti.

Oghang Ba Ado said...

...dan ketika Abul Basyar Sayyidina Adam mencelikkan matanya ketika baru dibangkitkan, matanya terpandang...

he he he..

Oghang Ba Ado said...
This comment has been removed by the author.
Oghang Ba Ado said...

LAILAHAILALLAH: AKU mengaku tiada TUHAN selain ______________.

Jika solatku, ibadahku, tubuhku, hatiku, hidupku, matiku, nyawaku, rahasiaku semua milik Tuhan, maka hilanglah diri ______ terganti dengan ______nya,seluruh dzat,sifat,asma dan af”al adalah milik Tuhan maka yang mana milik hamba? Tentunya ________.

MUHAMMADURRASULULLAH: MUHAMMAD itu pesuruhNya...

fakir al banjari said...

hu

Oghang Ba Ado said...
This comment has been removed by the author.
Oghang Ba Ado said...

1.
La yu’minu ahadukum hatta akuna ahabba ilaihi min nafsihi... “Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih ia cintai melebihi dirinya sendiri…”

2.
Qul inkuntum tuhib-bûnallâh fat tabi’ûnâ yuh-bibkumullâh, “apabila kalian cinta kepada Allah maka ikutilah aku (Muhammad) kelak Allah akan cinta kepada kalian.”

Oghang Ba Ado said...

Lailahaillah Muhammadurrasulullah

ba

titik

qadim

muhaddas

hu!

Gelojak_Jiwa said...

huhu..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.