Thursday, January 28, 2010

Hikayat Pulut Sebutir Di Bibir Mangkuk


Hikayat Pulut Sebutir Di Bibir Mangkuk

“Ya Allah... aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah... dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil... dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang...”

...dahulu guruku pernah berkata

“...adanya wang adalah keadilan!”

Aku bertanya, “benarkah guru?”

Dia tersenyum perih

1001 rahsia di balik kacamatanya

Apa yang ditimbang neraca?

Beratnya kebenaran atau padunya emas?

mencuri setin susu kerana laparnya anak di buaian

si ibu digiring sepuluh tahun ke neraka?

Ternyata keadilan hak mereka yang berharta

Ternyata kebenaran bukannya hak mereka yang melarat papa

“Undang-undang ada harganya anakku”, katanya

Ianya suatu komoditi, barang dagangan

Hatta tuhan pun dibicara,

diletakkan dalam kandang orang terdakwa...

Halim Fansuri – 27 Januari 2010/10 Safar 1431H/1125H)

P/s: ...sesungguhnya hanya Allah Taala itulah sebaik-baik hakim yang Adil lagi Sempurna (Kamil Hakimin)...


7 comments:

Gelojak_Jiwa said...

Dalam kalut ada peraturan..

Peraturan cipta kekalutan..

Oghang Ba Ado said...

...dan di mana pula kau berdiri?

fakir al banjari said...

di sini

Gelojak_Jiwa said...

ohhhh! sang algojo..

nanti dulu!!!

Tak sedia lagi nih!!

Oghang Ba Ado said...

Dia akan amik juga time ko sedia atau tidak.. tu pun nak kena doa selalu.. mintak diambil dalam keadaan husnul khotimah..

Ya Allah.. Maha Suci Engkau yang menguasai sekelian alam, ambillah nyawa kami dalam keadaan kami beriman kepadaMu, dan berilah kami pengakhiran yang baik (husnul khotimah), jadikan kami, bapa-bapa kami, kedua orang tua kami, saudara-saudara kami, anak cucu kami, jiran-jiran kami, sahabat-sahabat kami, wa usulihi wa furu'ihi, sebagai penghuni syurgaMu ya Allah, dan jauhkan kami dari syirik, dan gelapnya kebodohan akal dan matahati kami di dunia, dan butanya mata kami di padang mahsyar kelak..

Amin ya rabbal 'alamin..

Gelojak_Jiwa said...

Amin Ya Rahman Ya Rahim..

Anonymous said...

salamssss .. .. proses untuk menuntut keadilan yang begitu panjang, payah, sarat, penuh tipu daya dan penuh prosedur yg menyekat kebenaran bersuara mutlak -- menjadi tali gantung kpd kebenaran itu sendiri utk meraih keadilan .. ..


ahhhh!! selagi yg memberikan kata putus keadilan itu sendiri masih tidak berdaya menahan dan melawan hawa nafsunya dr digoda oleh materi duniawi -- akhirnya kebenaran diperkosa!! .. .. zalimmmm!! .. ..




JIWA

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.