Saturday, January 23, 2010

Secangkir Kahwa Pengendur Urat


Secangkir Kahwa Pengendur Urat

...31 tahun aku dibesarkan melihat raja ini

baginda dibenci kerana kebrutalannya

dan baginda dicintai kerana kebrutalannya

Tuanku! pergi jahanam dengan protokol!

hilangnya sebuah lagenda dan buah mulut rakyat Johor

Oda Nobunaga moden dari selatan

Halim Fansuri – 23 Januari 2010/07 Safar 1431H/0600H)

P/s: ...tak kira siapa pun dikau, raja mulia atau fakir hina- kita semua tetap kembali menemuiNya.. Salam Takziah buat orang-orang selatan...



9 comments:

Gelojak_Jiwa said...

Innalillah Wa Innailaihirajiun..

Semua di hadapan Allah adalah sama sahaja. Yang membezakan mereka adalah Iman sahaja.

Jiman said...

Salam takziah dr wakil negeri Perak.

Oghang Ba Ado said...

Semua orang ada buat dosa (kecuali nabi2 dan rasul2 kerana mereka maksum, aulia dan arifbillah - mereka juga terpelihara..)..

Benar kata G_J, yang membezakan tetap iman, walau setinggi mana pun dosa menggunung.. atau selautan pahala yang dikumpul.. iman tetap jadi taruhan kelak..

Semoga raja ini mati dalam iman...

p/s: ko keturunan Salleh bin Perang, aku keturunan Waridin bin Bolok.. kena kira kerabat jugak kita ni.. nak kena pi jugak he he he...

fakir al banjari said...

dan tinggallah dunia yang dikendong selama ini......

yang tinggal hanyalah amal

mautauka said...

salam takziah dari aku yg tak menjadi wakil sapa2 ni.

aku pun kira kerabat jugak sbb aku keturunan datuk dan nenek sebelah ayah dengan mak aku.

Oghang Ba Ado said...

kerabat maksudnya ..... nama lainnya adalah waris.

kalau waris mesti ada pusaka.

kalau pusaka akan jatuh juga pada yang hak..

kerana hak akan diserahkan kepada para waris,

walau tak kira sapa pun atau baik mana pun cara dia menjaganya.. kerana dia cuma penjaga 'harta orang'..

masih tetap lagi dikira 'orang lain', tak dikira anak beranak..

ini namanya masuk sudah bab faraid..

sudahnya ini hal keluarga.. hal anak beranak..

p/s:ini barang bukan kutip tepi jalan bang..

fakir al banjari said...

ini barang kutip tengah jalan daaaa.... (kata seseorang yang ...)

Gelojak_Jiwa said...

sreeeeeeetttttt duummmmm!!! sape suh duk tengah jalan! wakakak!

Oghang Ba Ado said...

tu la.. nak amik apa-apa kena ketepi dulu, bagi orang lalu, he he he...

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.