Friday, October 30, 2009

Sekadar Sebuah Renungan

Sekadar Sebuah Renungan

Kekayaan bukan maksudnya wang, atau harta benda semata-mata, kesihatan juga kekayaan, ilmu dan pengetahuan juga kekayaan, sahabat-sahabat yang mulia juga kekayaan, keluarga, isteri dan anak-anak jua kekayaan, budi bahasa juga kekayaan..

..cuma jangan disempitkan kekayaan dengan wang dan harta benda, akan bab beri-memberi itu janganlah disusahkan.. berilah seikhlas hati, mana yang ada, mana yang mampu terberi..

..adapun sabda Rasulullah pada Sayyiditina Aisyah r.a yang diriwayatkan oleh Saiyyidina Anas bin Malik r.a (khadam Rasulullah), yang dirawikan oleh ibnu Majah, hadis ini Hassan tarafnya, “baginda berpesan berilah walaupun sebelah tamar”..

..kita ni cuma pemegang amanah.. barang yang dapat semuanya bukan hak kita, barang pinjaman.. jadi siapa yang memberi? dan siapa yang dapat? betul ke kita yang memberi? atau betul ke kita yang mendapat? hak siapa? bukankah ko ni cuma wayang kulit yang ‘ngelakoni’ watak ‘hamba’?

Halim Fansuri – 30 Oktober 2009/11 Dulkaedah 1430H / 0848H)

P/s: …jadi, kau kata kau ni wayang kulit la iye? Iye? Dah tu siapa dalangnya? Kau kenal ke? Kau dah jumpa ke? Ke kau ni memandai-mandai je?

(Kredit untuk pemilik asal gambar hiasan: http://www.lamsfus.nl/wayang%20kulit4.htm)

3 comments:

fakir al banjari said...

aku bukan wayang kulit yang tak boleh bergerak ikut suka, tak ada keinginan, tak ada pilihan.

aku hanyalah harimau berantai yang boleh memilih nak duduk, berjalan, berlari, tidur, makan atau berborak kosong di kedai mamak. tapi aku tak boleh buat ikut suka sebab rantai di leherku tak terlepas dari tangan tuan aku.
sebab tuan aku nak aku perlihatkan pada diriku sendiri betulkah aku ikut arahan dia, mengakui ketuanan dia. Dia dah tau dari awal lagi sejak aku belum menjadi aku, lalu dia tuliskan dalam buku lognya apa akan aku buat. dan dia dah siapkan habuanku sebab dah tahu apa aku akan buat. takutnya aku pada tuanku.

huh, mamak, teh tarik one...(sebutan tamil)
siap!

fakir al banjari said...

apa perbezaan antara ditentukan dan ditulis?

Oghang Ba Ado said...

Ditentukan - predestined: ada dalam pengetahuan Dia, sejak azali lagi. Skrip besar yang menjadi 'pelan' bagi sekelian 'alam'Nya.

Ditulis - Ongoing: sedang dan sentiasa berjalannya (qalam) di loh mahfuz yang menulis (kisah perjalanan alam misal), (takdir mubram?) boleh berubah-ubah atas izinNya jua (ada ayat qur'an yang menyokong) dan masih lagi dalam ilmuNya.. tidak akan mengatasi pelan besar.. atas perkenan dan izinNya jua..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.