Sebelum Kau Pergi...
Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:
'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'
Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'
Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani
*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.
9 comments:
salam. dah beribu-ribu tanda nak kiamat... yang makin hampir. tapi ramai orang buat tak tau saja.. kerana terlalu asyik mengurus dan mencintai dunia. yang dah nak kiamat ni.
Assalamualaikum.. sebut tentang kiamat ni koi menjadi sedikit teruja.. Koi suka kaitkan kiamat dengan teori sains. Antara yang menjadi idola koi ialah Harun Yahya, namun ada dari satu buku lama yang koi tak ingat penulisnya,tapi koi akan cuba untuk mencari kembali buku tersebut yang menceritakan dengan lengkap mengenai tanda-tanda besar kiamat dengan teori sains. Buku berkenaan sudah ditulis sejak tahun 1980 an lagi kalau tak silap dan yang menakutkan koi, persamaan antara buku lama tu dan Harun Yahya ialah kesemua tanda-tanda besar telahpun ada, yang belum ada lagi hanyalah nabi Isa dan Imam Mahdi.. wallahua`alam. Antara tanda besar yang koi ingat ialah terbitnya matahari dari barat. Bagaimana kejadian ini boleh berlaku mengikut teori sains masa kini yang boleh diterima oleh akal? Teorinya berkait mengenai matahari dan graviti. Teorinya memang menarik,koi masih ingat secara umumnya, namun biarlah koi cari dulu buku lama tu supaya lebih sahih ceritanya.
salam saudara
Gelojak_Jiwa
Mengenai tanda aneh tersebut, benarkan hamba jelaskan mengikut teori sains. Kejadian tersebut disebut fenomena HALO(bahasa GREEK) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi. Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR. (sebenarnya hamba petik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Fenomena_halo ) Layarilah laman tersebut. Memang aneh kejadian alam yang Allah jadikan. Namun tetap tidak aneh bagi yang mengetahui! Begitulah Jiwa dan Malakut,memang aneh,tapi tidak bagi yang tahu. salam saudara
Gelojak _Jiwa
katanya ada komet yang akan melintasi bumi beberapa tahun lagi dan dijangka ketika itu putaran bumi akan berhenti selama tempoh tujuh hari. ada dengar dan ada rujukan? boleh kongsi.
..yang tu belum dengar lagi.. tetapi kita ada terbaca maksud hadis yang bunyinya menyatakan suatu bencana dahsyat akan berlaku pada pertengahan ramadhan waktu malam (malam ke - 15?), bunyi bising bingit bagaikan gempa tapi bukan qiamat lagi, dan baginda suruh kita cari tempat perlindungan.. APAKAH ITU?
Bab laluan komet ya? jangkaan saintis pada 2012 planet nibiru akan menghampiri sistem bumi dan akan mengakibatkan kerosakan akibat graviti 2 planet ini bertembung..
..kata saintis la kununnya...
Assalamualaikum saudaraku.. mengenai hadis yang menyatakan malam ke 15 ramadhan akan berlaku bencana dahsyat hamba tak pernah lagi terjumpa.. namun apa yang menarik hati hamba, pernah isteri saya terdengar dari sahabatnya berbual ketika sedang sarapan, saintis menyatakan pada tahun 2012 akan berlaku bencana pada pertengahan ramadhan. maka setiap orang dinasihatkan agar tinggal di dalam rumah dengan diam dan jangan keluar rumah pun.. dan perkara yang lagi menarik hati hamba ialah hamba pernah menonton rancangan TV 1, rencana mengenai satu kejadian alam yang dinamakan RIBUT SOLAR yang dijangkakan berlaku pada tahun 2012 juga. Ribut solar ini akan menyebabkan semua sistem elektrik di dunia, akan musnah dan masa yang diperlukan untuk pulih semula adalah selama 5 tahun paling kurang. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh hadis nabi yang menyatakan manusia akan kembali ke zaman batu.. ada banyak lagi teori yang menarik tentang kiamat ni.. nak cerita pun tak abih.. wallahua`lam
Assalamualaikum.. komet adalah terdiri dari jasad ais dan habuk serta molekul organik lalu membentuk 'coma' atau cas terion akibat radiasi dan kelajuan perjalanannya menghasilkan ekor akibat ion tersebut. bumi berputar dan mewujudkan satu medan magnet yang menjadi pelindung selama ini kepada bumi dari ancaman luar.
jika benar bumi berhenti berputar selama 7 hari, maka musnahlah bumi.. mungkin jika bergesel dengan bumi, cas terion ini akan mempengaruhi medan magnet bumi dan graviti bumi. Halim benar..
memang ada teori sejak zan tamadun yunani lagi mengenai planet nibiru.. malah tamadun maya pun mangakuinya.. wallahua`lam
kemusnahan tamadun..
Post a Comment