Wednesday, October 7, 2009

Pak Utih – Usman Awang

Pak Utih – Usman Awang

I

Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.
Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II

Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

Nukilan,

Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warran), 1954

Halim Fansuri – 7 Oktober 2009/18 Syawal 1430H / 1101H)

P/s: ... . tanpa keringat golongan petani (sebagai asbab atau jalan datangnya rezeki dari Allah), tidak akan adanya sepinggan nasi di atas meja untuk santapan raja-raja.. Allahumma bariklana fima rozaktana, wakina ‘azabannar, amin..

(Kredit untuk pemilik asal gambar hiasan: http://images.google.com/imgres?imgurl=http://img166.imageshack.us/img166/1684/pesawahtuate5.jpg&imgrefurl=http://oblind36.fotopages.com/%3Fentry%3D991334&usg=__g30ck6vxIDUpNnxWwA3p_mBNR9M=&h=476&w=870&sz=511&hl=en&start=4&tbnid=FtY2usFHPNrc8M:&tbnh=79&tbnw=145&prev=/images%3Fq%3Dpesawah%2Btua%26gbv%3D2%26hl%3Den)

4 comments:

fakir al banjari said...

cara terbaik mengeluarkan simiskin dari kemiskinannya adalah berikan dia ilmu agama.

dengan ilmu agama yang benar mudah-mudahan dia menjadi orang yang tidak mencintai dan mengejar dunia. maka apa yang ada di tangannya tidak menyakikan serta mencukupi lagi menggembirakan. tiada sifat mengejar dunia dan meninta-minta. dan dia mudah-mudahan menjadi orang yang kuat berusaha dan berdoa, kerana usaha dan doa itu untuk mendapat pahala dan redha Tuhannya, bukan mendapat habuan dunia. mudah-mudahan dia menjadi si kaya raya di syurga.

dan mudah-mudahan si kaya mengerti harta di tangan bukan miliknya. dan tidak mampu membeli tiket ke syurga. lalu dia berbelanja membantu si 'sengsara'. dan menjadi orang yang lebih kaya di Syurga sana.

begitulah kami diajarkan. tidakkah mahu sertai kami di jalan ini?

Oghang Ba Ado said...

Stairway To Heaven - Led Zeppelin

There's a lady who's sure
All that glitters is gold
And she's buying a stairway to heaven.
When she gets there she knows
If the stores are all closed
With a word she can get what she came for.
Ooh, ooh, and she's buying a stairway to heaven.

There's a sign on the wall
But she wants to be sure
'Cause you know sometimes words have two meanings.
In a tree by the brook
There's a songbird who sings,
Sometimes all of our thoughts are misgiven.
Ooh, it makes me wonder,
Ooh, it makes me wonder.

There's a feeling I get
When I look to the west,
And my spirit is crying for leaving.
In my thoughts I have seen
Rings of smoke through the trees,
And the voices of those who stand looking.
Ooh, it makes me wonder,
Ooh, it really makes me wonder.

And it's whispered that soon
If we all call the tune
Then the piper will lead us to reason.
And a new day will dawn
For those who stand long
And the forests will echo with laughter.

If there's a bustle in your hedgerow
Don't be alarmed now,
It's just a spring clean for the May queen.
Yes, there are two paths you can go by
But in the long run
There's still time to change the road you're on.
And it makes me wonder.

Your head is humming and it won't go
In case you don't know,
The piper's calling you to join him,
Dear lady, can you hear the wind blow,
And did you know
Your stairway lies on the whispering wind.

And as we wind on down the road
Our shadows taller than our soul.
There walks a lady we all know
Who shines white light and wants to show
How ev'rything still turns to gold.
And if you listen very hard
The tune will come to you at last.
When all are one and one is all
To be a rock and not to roll.

And she's buying a stairway to heaven...

fakir al banjari said...

masa ayah hamba buat bendang di Kerian Perak lebih 30 tahun lepas, kami hidup dalam kesusahan pesawah.

setiap biji nasi yang dihidang pasti dimakan. kerana mahalnya nilai sebiji beras pada kami keluarga pesawah. hingga pabila dewasa kini, dan hidup semakin lapang, tidak sebijipun nasi ditinggal di dalam pinggan.

anehnya generasi kini, makan di pinggan diletak tak ikut kemampuan perut, akhirnya banyak makanan di pinggan terbuang. sedihnya melihat nasi terbuang, sedang keringat nak dapatkan sebutir padi itu......

maka kerana ramai membeli untuk 'dibuang' itulah permintaan beras menjadi tinggi. harga beras melambung kerana permintaan. import beras negara (70%) semakin meningkat. oran susah teraniaya.

kesusahan manusia di serata ceruk dunia. bukan kerana makanan yang Allah keluarkan tidak mencukupi. tetapi kerana golongan berkemampuan membeli melebihi keperluan untuk akhirnya dibuang. tidakpun diagih kepada yang memerlukan.

yakinlah, hanya Islam penyelesaiannya.

Oghang Ba Ado said...

hmm.. setiap perbuatan kita, walau sekecil zarah sekalipun haruslah ditimbang-timbang (termasuklah ketika kita menulis diruangan apa sekalipun..)

apa yang kita lakukan, akan memberikan kesan kepada makhluk yang lain samaada secara langsung atau tidak, samaada besar mahupun kecil..

one thing leads to another...

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.