Thursday, October 22, 2009

Sekadar Sebuah Renungan

Sekadar Sebuah Renungan

BACAAN DOA BUKA & TUTUP GELANGGANG naga

SILAT SENI GAYONG

Assalamualaikum anak-anak Gayong semua. Sebelum kita mulakan latihan, marilah kita sama-sama membaca: 1) Al-Fatihah 1 kali 2) Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali dan 3) Selawat ke atas junjungan kita sebanyak 3 kali.

Kita bermohon kepada Allah S.W.T jika ada berkat dan pahalanya, kita hadiahkan kepada cahaya dari segala cahaya-cahaya & rahsia dari segala rahsia-rahsia, kunci pintu kemudahan, penghulu dan tuan kami, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahlul bayt@kisa’ dan ahli keluarganya dan sahabatnya yang empat, kepada para Rasul dan Anbia, kepada para sahabat dan pengikut sahabat, dan mereka yang mengikuti mereka itu hingga hari kiamat, kepada Sayyidina Khidir a.s dan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a Sultanul Aulia dan.para Aulia’, Arif billah dan para Solihin, kepada ulama’ salaf dan khalaf, dan kepada imam mazhab yang empat dan ulama’-ulama’ yang mu’tabar, dan seterusnya kepada para mujahid dan mujaddid, dan mereka yang telah berjuang menegakkan agama Allah yang maha suci ini dari masa ke semasa hingga hari kiamat.

Kita juga mohon supaya pahalanya disampaikan juga kepada zuriat Syed Sheikh Zainal Abidin bin Syed Idris al-attas, kepada cucundanya Siti Aishah bt. Abd. Rahman, kepada Almarhum Tengku Daeng Meor Abd Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd. Hashim, serta kaum keluarganya, kepada saudara-saudara seGayong yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kepada semua muslimin muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kepada kedua ibu-bapa kita dan kaum keluarga kita yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, serta kepada Hang Tuah Laksamana Melaka Lima bersaudara.

Kepada Allah juga kita bermohon agar menyampaikan segala doa dan pahala bacaan kita kepada Allahyarham Tn. Haji Mohd Razali bin Salleh, Allahyarham Datuk Hj Ahmad Lazim dan Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsom binti Tengku Daeng Meor Abd Rahman,bekas-bekas pemegang amanah Silat Seni Gayong, yang telah meninggal dunia, dan guru-guru kami wa usulihi wa furu’ihi, serta diri kami sendiri.

Kepada Allah juga kita bermohon dan berlindung agar mengawal-selia dengan selamat latihan@gelanggang@pertubuhan ini dari awal hingga akhir, dari sebarang gangguan, sama ada yang nampak ataupun tidak. Insya-Allah, Amin. Kita mulakan dengan Al-Fatihah!

Halim Fansuri – 22 Oktober 2009/3 Dulkaedah 1430H / 0908H)

P/s: ... bila dah ‘faham’, cukuplah sekadar ‘itu’ sahaja...

No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.