Assalamualaikum saudaraku..
lama sudah tidak kita bersua,
bertentang mata,
lidah bertingkah mengayam cerita,
mengalun kisah suka dan duka,
dulu dan sekarang,
tatkala tapak kaki ini masih merah
di dalam kandungan bonda,
ya.. gelanggang bonda..
atau kau sudah mulai lupa,
akan segala sumpah dan janji kita,
sehidup semati, sepinggan dan sekubur,
walau apa halangan dan bencana melanda?
walau apa sahaja kesusahan menimpa?
lalu kau sangka kami membiarkan mu sendiri mengungsi derita?
saudaraku,
jangan biar dirimu lesu,
akal mati otak beku,
ayuh!
dijalan yang sama kita jejaki,
lorong penuh onak, penuh duri kita lalui,
di mulut naga kita berjuang bersama mencari mati,
sebuah kepuasan yang abadi,
yang hanya kau dan aku memahami
tanpamu, aku jua mengerti,
ujian ini ku tak mampu lalui sendiri...
Halim Fansuri – 13 Oktober 2009/24 Syawal 1430H / 0814H)
P/s: ... mari sahabat! Atau kau sudah lupa akan sumpahmu?..
(Kredit untuk pemilik asal gambar hiasan: http://www.flickr.com/photos/25266586@N06/2381117827/)


2 comments:
salam.
sahabat-sahabat sekaian.
mari bertepuk tampar di teratak hamba hujung minggu ni.
mengenang kisah lalu, berkongsi kisah semasa dan merancang masa depan bersama.
tanah yang duli sultan tidak mampu menjejaknya!
bila lagi keriduan ini kan terubat?
w'salam wbh kekanda..
gayong bersahut kata bersambut!
Aaaaaauuuuuuuummmmmmm!
Post a Comment