Sekadar Sebuah Renungan
Assalamualaikum pada khalayak pembaca sekelian.. terima kasih kerana sudi hadir, membaca dan memberikan komen pada tulisan hamba (samaada setuju atau tidak, marah atau suka, anti atau pro). Tanpa kontreversi, blog hamba ini hanyalah sebuah coretan sepi, atau seperti ‘rapuan’ kosong yang tanpa sebarang ‘layanan’..
Tulisan pada pagi ahad yang santai ini adalah untuk sebuah isu lama yang baru nak ‘panas’, yang ditulis pada 1 oktober yang lalu, hasil dari penyelongkaran ‘catatan-catatan lama’ yang ‘dipetisejukkan’ sebelum hamba berjinak-jinak dengan dunia blogging. Terima kasih ambe ucapkan kepada kekanda Fakir al Banjari yang sudi menjenguk, membaca, dan memberikan respon pada tulisan. Sememangnya ‘responlah’ yang hamba tunggu-tunggu dari tuan-tuan semua, bukannya pengunjung-pengunjung senyap tak bernama..
Berikut adalah komen dari beliau yang sudi menyumbangkan buah fikirannya.. dipersilakan ulas jika berminat:
fakir al banjari said...
salam. hamba setuju sebahagian dan sebaliknya sebahagian. ya, perayaan hari raya firah hari ni di malaysia dah tercemar teruk bahana kerja orang media. hari raya yang merupakan perayaan agama dah jadi perayaan budaya. perayaan umat Islam dah jadi perayaan umat Melayu. tidak lagi ikut tuntutan Islam, tetapi ikut tuntutan Melayu. ada orang tak puasa rayanya lebin sakan bergaya.
Kalau tuan hamba kata orang dalam masjid lebih teruk dari orang di disko, sangat tak setuju. walaupun mungkin ada sebahagian adalah benar, tetapi kebanyakannya tidak. Allah dan RasulNya dah beri jaminan terhadap golongan yang hatinya di masjid. maka hati-hatilah kerana ini juga perkara akidah. kalau tuan hamba berada 5 waktu atau sekurangnya 3 waktu gelap di masjid, mungkin lebih memahami meraka. nah... kupulangkan padamu PADAN MUKA KAU!! HA HA HA HALIM FANSURI
HA HA HA HARIMAU ANGKARA
HA HA HA HARAP MAAF.
ada banyak dakwah yang bukan ceramah dibuat di luar masjid...
TAPI...
walau perempuan tu bagi derma sebab nak iklankan beras dia, dia tetap lebih baik daripada hamba yang kadangkala nak bagi RM10 kat tabung masjid hari jumaat pun susah. nak ajak orang lain sama-sama bagi sedekah pun susah. bagi peluang kerja kat orang Islam lain lagi tak mampu. bayar zakat pun hanya fitrah dan sedikit zakat simpanan dan pendapatan. rasanya dia dah bagi lagi banyak sumbangan kat Islam berbanding hamba ni.... apa dalam hatinya biar Allah yang nilai, tapi kebaikan zahir yang dia buat, kita tetap perlu akui.. semacam kelemahan kita jua.. akui. mungkin pengalaman tuan hamba dah terlalu lama dan perempuan itu dan berubah?
October 1, 2009 10:53 PM
Pada perenggan kedua, saudara Fakir al Banjari menyatakan, “...Kalau tuan hamba kata orang dalam masjid lebih teruk dari orang di disko, sangat tak setuju”, dan juga, “Allah dan RasulNya dah beri jaminan terhadap golongan yang hatinya di masjid. maka hati-hatilah kerana ini juga perkara akidah. kalau tuan hamba berada 5 waktu atau sekurangnya 3 waktu gelap di masjid, mungkin lebih memahami meraka.”.
Ada beberapa persoalan yang menggeletek hati hamba yang ‘nakal’ ni, dan rasanya kebanyakan dari tuan-tuan semua juga adalah ‘kaki masjid’.. dan dapat menjawab persoalan yang saudara Fakir al Banjari kemukakan, persoalan tersebut adalah:
1. Tidak dinafikan Allah dan RasulNya menjanjikan kejayaan buat mereka ini (samaada di dunia dan di akhirat), namun apakah ciri-ciri golongan ini?
2. Berapa banyak golongan yang keluar dan masuk masjid? Siapa yang hadir?
3. Banyak masjid yang indah-indah dibina, dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Di Putrajaya, di Trengganu, di felda-felda, di kampung-kampung.. namun, bilamana azan: Penuh ke saf? Adakah seruan azan tak cukup kuat?
4. Masjid manakah yang Rasulullah nak bakar? Mengapa ada masjid tapi kerosakan makin menjadi-jadi?
5. Adakah menghabiskan masa masuk meramaikan disko itu lebih mudah berbanding masuk meramaikan masjid pada malam hari di masjid yang sentiasa berkunci?
6. Adakah masjid fungsinya untuk sembahyang 5 waktu sahaja?
7. Mengapa ada masjid namun ada yang tetap ke disko? Tak adakah ‘tangan’ yang menarik mereka ke sana?
Begitulah soalan yang hamba ingin bincangkan bersama khalayak pembaca sekelian.. buatlah pemerhatian di masjid-masjid. Sentiasalah keluar ‘berjalan-jalan’ jika tidak keluar 3 hari sekalipun..
Pada perenggan ketiga, hamba ingin komen terus.. yang hamba ‘tembak’ bukannya tokey Faeza, tetapi media. Hamba setuju (dalam 60%) dengan kata-kata kekanda Fakir al Banjari, yang tokey beras tersebut MUNGKIN telah berubah (setelah artikel ini ditulis 3 tahun yang lalu). Tetapi jika ‘sekadar’ menyediakan pekerjaan dan tidak ada perubahan atau kemudahan pada nasib pekerjanya: dia semakin kaya dan pekerjanya ada la duit sikit nak makan.. dan besok kena ‘bekerja kuat’ lagi; tak ada bezanya macam perhambaan kapitalis... sama macam kilang kain ditempat kelahiran hamba yang dipunyai bangsa lain, takda union dan takda kemudahan perubatan sampai kaki penulis cedera ditimpa mesin jahit pun tidak diberikan cuti sakit.masih ada parutnya lagi...
Di sinilah hamba tidak bersetuju dengan kekanda Fakir, beliau melihat dari segi lain begitu juga hamba.. jika kekanda fakir ambil mashalat dengan adanya dia memberikan sekampit beras Cuma kepada beberapa orang yang tidak dikenali dalam beberapa slot rancangan dan kemudiannya dilupakan, orang banyak akan ingat untuk buat perkara yang samakah? Berapa ramai diantara kita yang memberikan beras barang secupak dua kepada fakir miskin di kawasan kita pada setiap bulan? Pada janda-janda tanpa suami? Pada anak-anak tanpa ayah? Berapa ramai yang ingat? Berapa ramai yang buat? Ada parti-parti politik nak buat? Melainkan retorik kosong perubahan tika nak dekat pilihanraya dari kedua belah pihak yang cuba mengenyangkan golongan ini dengan janji-janji manis!
Mungkin juga kekanda fakir sudah lama duduk dengan mereka dari ‘golongan yang kenyang’ walaupun adinda tak layak berkata begitu. Bukankah nama kekanda juga fakir?
Media mementingkan rating penonton yang tinggi (walaupun dakwanya mereka ada tanggungjawab sosial melaporkan KEBENARAN kununnya). Tokey faeza akan dapat pelepasan cukai LHDN kerana aktiviti ‘kebajikan’ yang dilakukannya sambil mendapat publisiti percuma (walaupun syarikat FAEZA bayar sebenarnya atau jadi penaja) pada AIRTIME perdana.
Teringat hamba pada iklan beras baru-baru ini, “sihat sebab makan beras”.. kah kah kah.. banyak anak-anak (Melayu) kita yang bantut dan malnutrisi ada di sekolah.. tak cukup makanan berzat (pada tahun 2009) sebab kita lupa kerana kita ‘kenyang’!
Contoh-contoh yang hamba berikan adalah bagaimana media, mempengaruhi orang ramai, mengawal minda mereka secara halus dan dibawah sedar pada benda-benda yang kelihatan ‘baik’ dan menarik. Tanpa sedar, kita telah diHIPNOSIS, minda kita dikawal, otak kita hanyalah ‘tong sampah’ yang mana ‘sampah-sampah’ ini disumbat dalam pemikiran kita dari kecik sampai ke tua.. sedarlah, beginilah cara kapitalis hidup dan berniaga.. dengan memainkan emosi dan kebodohan kita selama ini..
Halim Fansuri – 4 Oktober 2009/15 Syawal 1430H / 0948H)
P/s: ...Jika apa yang dikata hamba menyongsang, buang! Tetapi kebenaran tetap datang dari arah yang songsang juga. Cuba lihat pak imam baca khutbah jumaat, tak ke songsang dengan membelakangkan kiblat? (arah kebenaran?)


11 comments:
salam,
tuan mennjual hamba membeli.
hamba menyerang tuan menangkis.
tuan menangkis hamba menyiku...
banyak soalan tuan yang banyak jawapannya. lain padang lain belalang. (bukan padang sumatera)
masjid terbuka untuk semua orang, mukhlisin, mukarrabin, mukmin, muslim, munafik hatta kafir sekalipun. yang dimaksudkan adalah orang yang HATInya di masjid. bukan jasadnya. orang yang hatinya di masjid untuk menelusuri jalan pulang. bukan nak mencuri harta masjid (sebab tu masjid banyak yang berkunci).
golongan yang ke masjid kerana menelusuri jalan walhal banyak jalan menuju arah lain baginya. bukan 'si pencen' yang ke masjid sebab dah takde nak buat apa2. bukan ke masjid sebab nak kempen (walau kempen di masjid tak salah kerana tujuan yang lebih utama). bukan ke masjid sebab ada makan free (walau Rasul Allah menggalakkan menarik orang ikuti dakwah dengan makanan) semata2. dan banyak lagi....
tapi kalau dikira jumlah keseluruhan orang yang ke masjid (walau hatinya tertinggal) di negara ni, pasti lebih banyak berbanding yang ke disko sebab bilangan masjid pun dah banyak.
dalam keadaan ekonomi kapitalis yang mendasari sistem amalan kita hari ini, itu perlu diakui. kebanyakan (walau tak semua) majikan dan pemodal mengumpul untung dari lelehan keringat golongan pekerja. memang tak adil, tapi itulah yang diamalkan. maka apa yang kita lakukan untuk mengubahnya. beranikah tuan tubuhkan perniagaan dan bayar gaji pekerja tanpa kelulusan lebih besar atau sekadar sama dengan keluaran universiti? yang akibatnya nanti akan muncul masalah lain.
hamba orang susah yang pernah lalui pengalaman 'tiada makanan'. mungkin bagi orang mempunyai duit, hamba yang tak makan nasi seminggu.. hanya makan setengah sebungkus mee segera itu terlalu susah danb menyedihkan, tapi bagi hamba yang melaluinya...tiada rasa sedih dan duka. tiada bezapun dengan kini yang dah ada lebihan duit. kita sering menilai orang lain menggunakan diri kita sebagai ukuran.
apa yang dia dapat manfaat dari promosi dan tindakan yang dilakukan, biarlah dia terima. tapi kekurangan keberkesanan langkah membantu golongan yang memerlukan (bukan yang susah duniawi semata) tetap perlu dinyata untuk menerjah hati kita yang selalu lupa ni. kitalah juga golongan yang bersedekah untuk mendapat balasan. terima kasih, pelepasan cukai, pulangan rezeki, umur yang panjang dan tempat di syurga. ikhlaskah kita? berapa ramai umat yang perlu dibantu mengelak kesusahan akhirat yang amat dasyat tetapi dipandang remeh? kesusahan dunia yang sementara ni yang kita lebihkan...
apapun hamba setuju bahawa media massa banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat. lebih setuju kalau hamba katakan MEROSAKKAN pemikiran masyarakat. ramai tak percaya hamba yang duk di KL tak ada tv selama 2 tahun.
kita jumpa lagi nanti. sambut..jangan tak sambut
terima kacih kepada kekanda fakir kerana 'berani' menjawab, heh heh heh...
yang lain senyap aje?
Khazanah diminta runding ambil alih semula saham Bernas PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh webmaster
PULAU PINANG 30 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan meminta Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) berunding bagi mengambil alih semula pegangan asing dalam Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
Beliau berkata, oleh kerana beras adalah makanan asasi dan Bernas pula merupakan penyimpan utama bahan makanan itu di negara ini, maka adalah munasabah saham 31 peratus yang dimiliki pihak luar diambil alih oleh Bernas. Menurutnya, beliau maklum penguasaan pegangan asing tidak dapat dielakkan kerana Bernas telah diswastakan, namun berpendapat ia masih boleh dirunding dan diambil alih syarikat milik kerajaan (GLC).
''Kita tidak mahu ia terlepas ke tangan pelabur asing kerana Bernas penting untuk negara walaupun dasar liberalisasi yang diumum Perdana Menteri mengizinkan penguasaan luar.
''Saya akan minta pihak berkaitan membincangkan perkara ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan pelbagai pihak supaya saham Bernas yang kini dimiliki syarikat asing dikembalikan kepada rakyat Malaysia.
Akhbar semalam melaporkan firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara itu. Mengikut laporan tersebut, berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia baru-baru ini, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Ekoran itu, Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menggesa kerajaan mengambil langkah segera mengembalikan saham syarikat asing itu kepada syarikat milik rakyat negara ini.
Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, demi kepentingan nasional, komoditi strategik Malaysia termasuk beras mesti dikuasai rakyat negara ini jika pun tidak dikuasai kerajaan demi menjaga masa depan negara.
Sumber : Utusan Online / 30 Julai 2009/http://gabem.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=132:khazanah-diminta-runding-ambil-alih-semula-saham-bernas&catid=2:berita-gabem
"...dalam keadaan ekonomi kapitalis yang mendasari sistem amalan kita hari ini, itu perlu diakui. kebanyakan (walau tak semua) majikan dan pemodal mengumpul untung dari lelehan keringat golongan pekerja. memang tak adil, tapi itulah yang diamalkan. maka apa yang kita lakukan untuk mengubahnya. beranikah tuan tubuhkan perniagaan dan bayar gaji pekerja tanpa kelulusan lebih besar atau sekadar sama dengan keluaran universiti? yang akibatnya nanti akan muncul masalah lain..."
Pertama: Ya! hamba memang telah berusaha ke arah itu, namun sudah beberapa kali hamba gagal dan menyebabkan kerugian ribuan ringgit! Kekanda fakir pula pernah?
Kedua: Apa peranan parti-parti politik yang kononnya 'ingin memperjuangkan rakyat' seperti yang kekanda dokongi.. mengapa tak buat sebuah syarikat yang dapat menyaingi BERNAS? yang ahlinya dari pengikut parti yang didokongi kekanda? nanti funding parti dapat, bukannya mengharapkan yuran dari ahli sahaja yang hamba boleh katan lebih mahal dari yuran tahunan keahlian UMNO (singgit aja beb!), nak bagi kat rakyat mustadhoifin pun mudah! bukannya asyik menyalahkan KERAJAAN (baca:parti pemerintah) yang menyekat dan mencuri wang peruntukan yang jadi hak rakyat semata..
p/s: wang nak berkempen ada? takda ke wang atau sumbangan bulanan rakyat miskin? baru la ada orang sokong!
wah, menyiku ya?? baik, hamba elak dulu. kalau dan hamba sepak pulak.
soalan pertama jawapannya pernah dan sedang. telah ditubuhkan Alam Sukma Consultant, beberapa bulan lepas hamba terima satu program yang mendapat RM3000 ntuk 2 hari. dari jumlah itu, hamba ambik RM150 kos peralatan, ambil RM300 (10%) untuk usaha hamba, RM1050 untuk pembantu2 hamba dan bakinya RM1000 diberikan kepada orang yang tidak ada mengena dengan hamba (yang memerlukan duit). sebelum itu hamba dijeput memberikan ceramah dengan bayaran RM300 selama satu jam. hamba ambil RM50 untuk kos perjalanan dan bakinya dikeluarkan di jalanNYA. Alhamdulillah Dia beri izin kepada hamba untuk itu. jadi...berapa yang hamba ambil selaku pemodal dan pengurus perniagaan tu?
kedua, yang hamba sertai bukan parti politik tetapi jamaah Islam. tuan hamba terlalu terikat dengan pandangan pihak luar terhadap keahlian hamba.
sebagai sebuah jamaah Islam, kami komited melaksanakan semua tuntutan Islam dari sekecil perkara hingga ke sebesar perkara iaitu kewujudan Daulah Islamiah beramirl mukminin. maka tiada satu halpun yang dituntut Islam ditinggalkan termasuk berpolitik (tidak seperti sesetengah jamaah islam yang meninggalkan sesuatu tuntutan) maka mahu atau tidak, dalam konteks demokrasi di malaysia, pembabitan dalam politik memerlukan pendaftaran sebagai sebuah parti politik. dan politik ada persaingan.
malang dalam keadaan d tanah ini, jamaah diseretai hamba dilihat tidak lebih daripada sebuah parti politik seperti yang difahami dan disetkan oleh parti pemerintah. maka hanya kelemahan dalam konteks politik yang ditekankan oleh media arus perdana (milik parti pemerintah).
sepanjang pengalaman hamba, politik hanya sebahagian kecil urusan jamaah yang tidak boleh ditinggalkan dan diserah kepada orang tertentu. sebilangan ahli tidakpun terlibat dengan politik secara langsung melainkan ketika pilihanraya.
asas urusan jamaah adalah mendidik ahli bagi menerima, memahami, melaksana semua tuntutan agama dalam diri dan seterusya keluarga dan akhirnya masyarakat dan negara. banyak peranan lain yang dilaksana dalam masyarakat, tetapi tidak ditekan oleh media arus perdana. (apa sebabnya?)
asas pegangan kami adalah semua masalah melanda manusia akan terselesai atau diminimum dengan perlaksanaan Islam secara menyeluruh dari urusan hati, diri, keluarga, masyarakat dan bernegara. sistem masyarakat, ekonomi, undang-undang dan segala benda. agar juga setiap ahli masyarakat tidak menjadi masyarakat sengsara di dunia dan golongan yang menghuni neraka lantaran mengambil sebahagian tuntutan agama da meniggalkan sebahagian lagi.
mursyidul Am jamaah pernah berkata "jika kerajaan pemerintah sanggup melaksanakan semua tuntutan Islam, maka kita akan bubarkan parti dan biarkan mereka memerintah" ya, biarkan kami bergembira di masjid dan kebun buah-buahan tapi bagaimana nak lakukan itu jika pemerintah tidak mahu melaksanaka Islam sepenuhnya?
nak sebat Kartika pun dah kecoh. biarlah dilasana. Aceh yang melaksaakan hukuman sebat pasca tsunami (baru 5 tahun bukan 50 tahun) mengalami penurunan kadar jenayah lebih 60% dan sedang menggubal hukuman potong tangan dan rejam bagi penzina.
kenapa kita tidak lakukan juga? tidak yakin dengan Islam? rasa hukum kita lebih baik dari yang Tuhan turunkan? takut ancaman negara luar dan sekatan ekonomi melebihi takut siksa akhirat?
akhirnya kita juga yang nak tidur malam pun ketakutan pada perompak yang mungkin merogol dan membunuh. nak tinggalkan masjid pun terpaksa dikunci. anak isteri penjenayah yang dipenjara hidp tanpa pembelaan. jenayah berleluasa. orang tertentu berani memberi dan ambil rasuah. akibatnya orang kaya semakin kaya sebab gunakan kekayaan untuk mendapat sesuatu yang bukan haknya. bantuan untuk golngan susah tak sampai sepenuhnya. masing-masing mengejar harta. duit berbilion lebih diguna untuk bantu orang kaya lebih kaya daripada bantu si papa. maka salah siapa? sedang kewajipan dalam agama bagi orang yang berilmu adalah mengajar ilmunya, yang tahu menegur yang salah, yang berkuasa bertindak atas kezaliman. Hanya Allah yang mampu mendatangkan hidayah dan rasa takut dalam hati manusia lalu menahan jenayah dari berlaku. bukan undag-undang cipaan manusia. maka apa tindakan tuan hamba untuk mengubahnya (jika kamu setuju). hanya menulis di blog yang dibaca belum sampai seribu orang ini? dan tidak lebihpun dari sekadar mengomel kepincangan yang berlaku depan mata?
Alangkah indahnya zaman Khaifah Umar Abd Aziz yang pemimpinnya dan rakyatnya bertaqwa, rezeki keluar dari bumi melipah ruah hngga tiada yang mahu menerima sedekah. tindakan hamba di jawapan pertama pun kerana hamba diajar dalam jamaah ini. ilmu yang diajar menjadi laku. dan laku itu dibuat tanpa mahu memberikan kredit kepada diri mahupun parti (seperti yang diajar). maka tidak hairanlah umum tidak memahami jemaah islam yang hamba sertai dan tidak mengetahui kesannya melainkan sedikit politik cerca hina yang dipapar di media arus perdana... untuk menunjuk bahawa mereka lebih layak diberi kuasa!
penyertaan dalam jamaah islam bukan nak jadi kaya. tapi jadi saluran sumbangkan duit untuk tegakan agama. lainlah orang umno, berebut nak jadi perwakilan. setiap undi ada nilai wangnya. berebut pulak nakkan kuasa. kami sertai dan sumbangkan duit, bukan dapat duit.
tak percaya?
sorang sahabat hamba baru grad U diberikan RM300 untuk sokong sorang calon di Lemah Pantai walhal dia belum jadi ahli pun. sorang lagi d Penang kes yang sama tahun yang sama tapi dapat RM200. tu baru cawangan. belum lagi bahagian. hamba pulak terpaksa keluar duit sendiri untuk semua urusan di samping bagi lagi dalam tabung.
hamba jadi pening sebab kebanyakan calon tarik diri sebab takut nak pegang kuasa. berat amanah tu. bukan berebut nak jawatan.......
tapi orang luar tak ampak tu semua.....
Alhamdulillah! terjawab segala persoalan.. tahniah kerana berani 'berkata-kata'! bak kata pepatah, diletak pedang kat leher pun masih berani menyanggah!
Inilah yang hamba mahukan sebenarnya, KEBENARAN, dan melalui penerangan saudara kekanda Fakir ini, banyak kemushkilan terungkai..
Andainya semua ahli jemaah seperti tuan.. andainya...
Hamba pun sependapat dengan saudara fakir al banjari.
cuma hamba tak berani komen kerana kekurangan ilmu dan takut hanya sekadar kata2 sahaja.
Hah! Masuk! Ada Berani?
Post a Comment