Secangkir Kahwa Pengendur Urat
Dari awal pandangan mata,
aku melihat luasnya langit dan bumi,
tujuh lautan darah, tujuh lautan api,
marak dan merah,
tidak terucap, tidak terperi..
dari awal pandangan mata,
aku melihat tajamnya mata panah,
lajunya tidak terungkap,
pantasnya tidak terucap,
dari jauh ia terus ke sasaran,
tanpa halangan,
tidak tertangkis-tangkis..
dari awalnya pandangan mata,
aku melihat ganasnya gelora bayu,
tika ia bertukar menjadi badai,
benteng pecah, kota ranap,
menghancur memecah segalanya,
sejuk nyaman bertukar kebimbangan,
dari awal pandangan matanya,
redup, sejuk dan menyegarkan,
ku lihat harapan, kulihat senyuman mesra,
awan mendung bertukar terang,
ada sinar cerah dicelah kebuntuan,
suatu ketenangan yang tidak dapat ku ucapkan,
suatu misteri dalam sebuah renungan..
misteri dalam sebuah kuntum senyuman
Halim Fansuri – 12 Oktober 2009/23 Syawal 1430H / 1155H)
P/s: ... dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa.. ohoooo..
(Kredit untuk pemilik asal gambar hiasan: http://www.flickr.com/photos/ashikinabdullah/3480853694/)


1 comment:
itu namanya .. .. pusaka renungan .. .. ;-) .. ..
Post a Comment