Thursday, October 1, 2009

EKSKLUSIF! KEGIATAN BIDAAH!: RITUAL HARI RAYA!...

EKSKLUSIF! KEGIATAN BIDAAH!: RITUAL HARI RAYA!...


  • ...puasa, terawih, tunggu malam lailatulqadar, ‘bermaafan’ di hari raya, pakai baju baru, jumpa jiran, minta maaf, jumpa sedara, minta maaf, ngutuk, makan kuih, ngata, makan kuih, ngumpat, makan kuih, menghasut, makan kuih, usha anak dara/adik kawan, makan kuih, kempen politik, makan kuih, minum sirap, salam lagi sekali, balik, gaduh dengan jiran, tahun depan...puasa, terawih, tunggu malam lailatulqadar, ‘bermaafan’ di hari raya, pakai baju baru, jumpa jiran, minta maaf, jumpa sedara, minta maaf, ngutuk, makan kuih, ngata, makan kuih, ngumpat, makan kuih, menghasut, makan kuih, usha anak dara/adik kawan, makan kuih, kempen politik, makan kuih, minum sirap, salam lagi sekali, balik, gaduh dengan jiran, tahun depan...puasa, terawih, tunggu malam lailatulqadar, ‘bermaafan’ di hari raya, pakai baju baru, jumpa jiran, minta maaf, jumpa sedara, minta maaf, ngutuk, makan kuih, ngata, makan kuih, ngumpat, makan kuih, menghasut, makan kuih, usha anak dara/adik kawan, makan kuih, kempen politik, makan kuih, minum sirap, salam lagi sekali, balik, gaduh dengan jiran, tahun depan...

  • ...dulu, Asy-Syahid Hassan Al-Banna buat dakwah dalam disko, mengapa sekarang orang buat dakwah dalam masjid? Sebab yang duduk dalam masjid tu lagi teruk daripada mereka yang duduk di dalam disko! Mengapa? Tak percaya ke? Tak dapat terima? Haa.. cuba hang buat pemerhatian!

  • ...aku seorang penulis. Jadi aku tulis la apa yang aku rasa. Kalau korang rasa tersinggung, PADAN MUKA!...



  • …we need a ‘Speakers Corner’ badly, or a discussion groups such as like during the BTN Courses where individual can speak freely and expressing their feelings publicly. If not, people will start doing their own ‘Private Public Speaking’ at home and their neighbourhood; campaigning on petty politics and giving talks or speech on livestock or the price of durian, and even their spouses sex abilities! These are an abhorred practice!

  • ...di dalam apa jua keadaan, kita telah meletakkan orang lain dalam keadaan yang kita fahami, bukan realiti sebenar. Lihat sahaja rancangan ‘BERSAMAMU’ tajaan TV3 dan Beras Faiza. Apa yang berlaku bukanlah apa yang kita nak lihat. Daripada operasi nak membantu fakir miskin; ianya bertukar menjadi rancangan komersial untuk mempromosikan produk mereka. Orang susah yang sepatutnya menjadi fokus bertukar menjadi hiasan sampingan dan watak/fokus utamanya adalah kampit-kampit beras cap Faiza! Dah jadi macam sarkas yang diiringi muzik sedih. Mula-mula lihat macam kesian, tapi dah lama-lama perasan dan meluat melihat ‘lakonan’ badut-badut@orang TV3, artis, dan tauke beras yang tak pernah nak jual beras murah atau beri sumbangan bila pekerja-pekerjanya nak buat kenduri kahwin. PENIPUAN! MUNAFIK! (penulis dilahirkan dan dibesarkan di Batu Pahat, berniaga pasar lambak bersama ayah di Jalan Tambak Peserai @ Jalan Penambang Lama; jalan ke kilang beras FAIZA pada setiap hari Jumaat sejak tahun 1996. Ramai kawan-kawan atau kenalan ayah penulis bekerja di kilang tersebut. Ramai juga pekerjanya yang pulang ke rumah singgah sebentar membeli rojak manis@rojak mamak di gerai ayah penulis, maka penulis dapat maklumat ‘first hand’ daripada mereka!)...

  • ...setelah beberapa tahun berjaja di pasar malam, penulis mendapati mudah untuk mendapatkan sebarang maklumat di tempat-tempat sebegini tanpa mendatangkan sebarang syak wasangka dan prasangka daripada orang ramai. Cara yang murah, mudah dan menguntungkan!...


  • ...perkara yang sama juga penulis perhatikan apabila menonton berita jam lapan malam. Kesian mak tua dan pak tua tu; yang jadi fokus@star dalam laporan tu bukan mereka tetapi ahli politik yang tampil serta kampit-kampit beras dan minyak masak yang dihulur. Kalau dapat bulan-bulan tak apa; ini nak tunggu TV3 datang baru nak hulur, mak tua dan pak tua belum sempat rasa bantuan dah mati kebulur! Kalau tak percaya sila perhatikan ‘angle shot’ kamera yang di rakam oleh wartawan dan jurukamera...

  • ...ini bukannya kritikan politik; ini kritikan sosial!. Aku bukan ahli mana-mana pertubuhan politik; bahkan aku tak mendaftar mengundi pun sebab aku menentang perhambaan sistematik ini!...

  • Mangsa@Mangsa-mangsa Media yang rakus...

(Halim Fansuri – sekitar Oktober 2006/syawal 1427H)

P/s: ... . ini catatan yang hamba tulis tiga tahun yang lalu, masa darah masih ‘panas’ lagi..he he he.. hhmmmphh.. nampaknya macam tiada sebarang ‘perubahan’ yang berlaku pada situasi yang disebutkan.. satu lagi, masa raya makin jadi program-program televisyen yang menampilkan artis (bercampur lelaki perempuan) mengacau dodol, membakar lemang di siang hari dengan berbaju raya lengkap lalu menyanyi-nyayi (melalak-lalak?) di halaman.. ngarutkan? Bukannya memperbodohkan orang ramai ke? Distorted image?



4 comments:

fakir al banjari said...

salam. hamba setuju sebahagian dan sebaliknya sebahagian. ya, perayaan hari raya firah hari ni di malaysia dah tercemar teruk bahana kerja orang media. hari raya yang merupakan perayaan agama dah jadi perayaan budaya. perayaan umat Islam dah jadi perayaan umat Melayu. tidak lagi ikut tuntutan Islam, tetapi ikut tuntutan Melayu. ada orang tak puasa rayanya lebin sakan bergaya.

Kalau tuan hamba kata orang dalam masjid lebih teruk dari orang di disko, sangat tak setuju. walaupun mungkin ada sebahagian adalah benar, tetapi kebanyakannya tidak. Allah dan RasulNya dah beri jaminan terhadap golongan yang hatinya di masjid. maka hati-hatilah kerana ini juga perkara akidah. kalau tuan hamba berada 5 waktu atau sekurangnya 3 waktu gelap di masjid, mungkin lebih memahami meraka. nah... kupulangkan padamu PADAN MUKA KAU!! HA HA HA HALIM FANSURI
HA HA HA HARIMAU ANGKARA
HA HA HA HARAP MAAF.
ada banyak dakwah yang bukan ceramah dibuat di luar masjid...

TAPI...
walau perempuan tu bagi derma sebab nak iklankan beras dia, dia tetap lebih baik daripada hamba yang kadangkala nak bagi RM10 kat tabung masjid hari jumaat pun susah. nak ajak orang lain sama-sama bagi sedekah pun susah. bagi peluang kerja kat orang Islam lain lagi tak mampu. bayar zakat pun hanya fitrah dan sedikit zakat simpanan dan pendapatan. rasanya dia dah bagi lagi banyak sumbangan kat Islam berbanding hamba ni.... apa dalam hatinya biar Allah yang nilai, tapi kebaikan zahir yang dia buat, kita tetap perlu akui.. semacam kelemahan kita jua.. akui. mungkin pengalaman tuan hamba dah terlalu lama dan perempuan itu dan berubah?

Oghang Ba Ado said...

W'salam.. terima kasih atas komen yang diberikan.. apapun yang maksum hanya Nabi-nabi jua.. akan Halim Fansuri dan Harimau Angkara masih tinggal di maqam nafsu yang 2/7 dari bawah..

Molek kata bukannya kerana hubungan saudara, namun ada kebenaran dalam yang dikata, jika AKU dan ENGKAU tidak berkata-kata, maka salah satu sifat dari yang tujuh itu adalah bisu... BATAL!

..dan dengan ingatan kepada kekanda fakir bahawa, ini adalah catatan 3 tahun sudah adanya..

..well, a little contreversial is good for your health isn't it? Hehehe.. - mengenai bab itu hamba nak bertanya, jika yang duduk di masjid 5 waktu, sehari semalam tunduk sujud mengerjakan rukun, mengapakah akhlaknya semakin rosak, mengapa keadan semakin huru hara di dalam negeri ayuhai kekanda? apakah yang silap.. sebab itu Harimau Angkara semakin ganas menjadi-jadi.. sekian dulu.. (Yes! seseorang dah 'makan' dah! yes!)

Oghang Ba Ado said...

isk.. bantai je la aku ni.. jangan takut.. tapi kena ada 'hujjah'! huhu!

Gelojak_Jiwa said...

mana simbat aku ni??!! aku nak bantai harimau tua ni!! hhiiaaahh!! nah kau!!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.