Sekadar Sebuah Renungan..
Beberapa Hari Sebelum 13 Mei 1969..
..masa nak terjadinya peristiwa ini, Mak Esah bini arwah Kiai Salleh (Panglima Salleh dah meninggal pada 21 April tahun 1959 kalau tak silapnya.. sakit paru-paru berair..) larang dah Pak Hak (anak angkat Mak Esah dan Kiai Salleh) dan ‘yang lain-lain’ join sama pergi ‘memancah’ kat KL. Mak Esah dapat ‘alamat’ tak baik tentang perkara ni..
13 Mei 1969..
..Pak Hak sampai ke KL dan menjalankan ‘takdirnya’..
Beberapa Minggu Kemudian..
..Pak Hak dan yang lain-lain mendapati diri mereka diburu oleh pihak berkuasa. Dato Harun sendiri ditahan dan tak dapat membantu mereka.. Pak Hak ‘meyembunyikan diri’ dan jadi pelarian ke beberapa buah negeri dengan menggunakan pelbagai identiti sehinggalah beliau dapat ditahan dan disumbat ke kem Kamunting (tahanan ISA) untuk beberapa tahun..
..dan orang-orang ‘itu’ berjaya dalam AGENDA mereka..
Beberapa Tahun Kemudian..
..Pak Hak dibebaskan dan pulang ke Batu Pahat pada hari balai polis BP diserang oleh kumpulan ajaran sesat Nurul Alam..
..sekelumit kisah pejuang-pejuang Melayu (hamba tak guna perkataan pendekar-pendekar istana kerana tujuan perjuangan mereka jauhnya langit dengan bumi) yang dilupakan. Kita dah merdeka hampir 53 tahun. Marilah kita fikir matang sikit. Janganlah terlalu emosi.. jangan sampai kita diperalat dan dipergunakan orang.. Al Fatihah..
Halim Fansuri – 13 May 2010/28 Jamadil Awwal 1431H/0943H)
p/s: .. semoga tanah ini aman untuk anak cucu Adam a.s dan Siti Hawa..


7 comments:
ko story ler penuh hal 13 mei ni, aku kurang faham sekerat2 ni.
citernya byk versi. Siapa dalang sebenarnya?
Terlalu banyak versi tentang 13 Mei ini. Kalau keliru terlalu banyak cerita, saya sarankan abang Syahir pilih membaca Buku '13 Mei sebelum dan selepas tulisan Tunku Abdul Rahman.
Kalau dalam hadis pun ada banyak dakwaan hadis itu dan ini. Kita Boleh gunakan beberapa method untuk pastikan kesahihannya. Antaranya pilihlah orang yang ada kreadibiliti. Iaitu 'periwayat' kisah yang punyai syarat 'tsiqah' (dipercaya dan bukan pembohong) dan 'adil' iaitu punyai peribadi yang soleh, (bukan 'ha-hu' punya orang atau suka melepak 24 jam kat kedai kopi atau cerita dan pembual)atau dah sediA TERKENAL PEMBOHONG.Nyanyuk dan lupa juga sesuatu yang mencacatkan kreadibiliti seseorang 'periwayat'.
suatu cara lagi, carilah orang yang 'mengalami peristiwa tersebut. Namun cerita akan didapati bersifat subjektif dan berdasarkan pengalaman dan 'view' pencerita. Dalam kes ini, Pak Hak adalah sumber primer.
Kalau nak cari 'dalang' memang susah...sebab dalang kerjanya duduk di belakang tabir. Buang masa. Orang Islam tak buat kerja sia-sia. kalu tahu pun, apa kita nak buat?
kalau orang yang 'beriman', sudah pasti sedar dan yakin akan 'dalang sebenar dalang'. Tiada dakwa-dakwi lagi. nasi sudah menjadi bubur. Itulah syarat keenam dalam Rukun iman. Terima akan Qada' dan qadarnya. redha dan bukan dendam.
Arwah Kiai Salleh adalah wira Melayu dari golongan Marhaen. berjaya memimpin Orang-orang Melayu menentang keganasan komunis dan akhirnya dapat 'mandat' Istana Johor sehingga dilantik sebagai Penghulu Mukim IV, Batu Pahat serta mendapat gelaran "Panglima" dari Sultan Sir Ibrahim Johor.
Hairan, zaman kini ada pula segelintir orang yang 'mengaku-aku' sebagai 'pendekar Istana' sedangkan tiada pertalian langsung...
Jasa kepada rakyat (bukan JKR ye) pun tak ada...barangkali mereka ini terdesak untuk menonjolkan diri atau mahu meningkatkan status sosial. Almaklumlah, Orang Melayu kita ni susah...
Melucukan sikap ini...teringat pula pada 'Pasukan Khas keselamatan Malaysia' yang ditangkap Polis beberapa tahun lepas kerana menyamar...
Ada orang sanggup keluar duit untuk beli pangkat 'Dato'...
Untuk mengetahui 'perjuangan Kiai salleh, carilah novel sejarah 'Kiai Salleh:Selempang Merah Tulisan Zaharah Nawawi. Beliau membuat kajian, menemui anak Kiai Salleh dan murid-muridnya di Batu Pahat sebelum menulis novel tersebut.
teringat cerita seorang Guru Silat Sendeng Malaysia, Cikgu Joned (aliran segamat), buku itu disahkan 90% betul apabila ditanya kepada orang-orang lama yang terlibat dalam 'Perang Parang Panjang'...
(PS-Teringat hamba ketika berjumpa dengan Pak Hak beberapa tahun lalu...dia tunjukkan pedang yang dibawa 'memancah' itu...ngeri ada lekuk...kata dia 'tu bekas leher orang...cantik dan kuat dentingannya ketika diketuk dengan lighter..."tiiiiing".
Pastu dia cakap "kalau ada sesiapa yang sanggup aku boleh usahakan (serah) pedang ni.(Heee...tak maulah aku, dah la pernah makan orang...lepastu 'liar' suka berbunyi.
Tapi cantik...ada kalimah 'lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin'. Kalau tak silap dulu pemiliknya adalah seorang 'Sayyid, wallahualam.
Alfian NS...
Salam pagi jumaat semua..
(saudara syahir telah hamba hubungi melalui sms). tapi ada menda nak cakap, nak tambah sikit lagi..
mengapa cerita separuh-separuh?
1) ini bukan cerita perjalanan 13 Mei 1969.
2) ini cerita individu yang terlibat SECARA LANGSUNG dalam peristiwa 13 Mei.
3) sumber-sumber cerita yang terdiri dari pelbagai versi dah banyak sekarang. dan hamba tak mahu mengulang-ulang cerita, terutama dari sudut pandang yang lebih kurang sama.hamba cuba membawa sudut pandang seorang individu yang TERLIBAT.
4) ada maklumat SENSITIF mengenai dalang-dalang yang terlibat. salah seorangnya adalah orang berkuasa yang telah meninggal dunia, dan warisnya juga mewarisi kuasanya. dan seorang dalang lagi MASIH HIDUP. kedua-duanya mendapat kedudukan tinggi dalam herarki pemerintahan..
tragedi 13 mei ini sebenarnya adalah hasil 'kerja tangan' banyak pihak, baik dari pihak KANAN mahupun dari pihak KIRI sendiri. ianya terjadi secara:
a) tidak sengaja
b) dirancang (dengan cara opportunis)
selain itu, hasil dari maklumat-maklumat sulit yang telah di deklasifikasikan (dinyah-sulitkan) oleh pihak kerajaan, dan sumber-sumber rujukan dari ibu pejabat tanah-tanah jajahan di London telah berjaya memberikan 'hint' tentang dalang-dalang (lebih dari satu pihak) yang terlibat dalam tragedi ini.. (sila dapatkan buku yang cover merah tu)..
dan peristiwa inilah yang kronologi seterusnya menyebabkan Tunku Abdul Rahman meletak jawatan dan rentetan seterusnya menyebabkan Allahyarham Tunku meninggalkan UMNO dan menyertai parti SEMANGAT 46..sila rujuk juga temuranah T.A.R di youtube, disitu ada 'hint' yang lebih jelas..
terima kasih atas maklum balas.
ada orang baling batu tunjuk penumbuk
ada orang baling batu buat muka selamba
ada orang baling batu sembunyi tangan
ada orang baling batu guna tangan orang lain
..berita terkini.. Aki Sahak masih ada lagi, berita dapat malam tadi, masih mengubat org walaupun badan dah tak berapa sihat.. anaknya baru meninggal sorang, dapat dari adinda kita Alfian NS..
semoga Allah berkati kehidupannya yang banyak membantu orang.. Amin..
Salam..hebat sungguh mak esah..rahsia tinggal rahsia
Post a Comment