Tuesday, May 11, 2010

Sehari Selembar Benang

Sehari Selembar Benang

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, takutlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya kian bertambah iman mereka dan kepada Tuhan mereka berserah diri.” (Surah Al-Anfal: Ayat 2)

“Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan berdukacita. Iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa. Bagi merekalah kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada perubahan bagi janji Allah itulah kebahagiaan yang besar.” (Surah Yunus: Ayat 62-64)

Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dari kamu dan beramal soleh bahawa Ia akan jadikan mereka sebagai penguasa di muka bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan khalifah orang-orang dahulu kala, dan Ia akan kukuhkan bagi mereka agama mereka yang Ia redhai untuk mereka dan Ia akan gantikan ketakutan mereka dengan keamanan.” (Surh An-Nur: Ayat 55)

Halim Fansuri – 11 May 2010/26 Jamadil Awwal 1431H/0850H)

p/s: .. "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

7 comments:

fakir al banjari said...

sehari selembar yang disulam atau terputus? wahai aku....

Gelojak_Jiwa said...

putus.. alahaii.. patut la serabut semacam..

tgn besi said...

rimau termenung keserabutan..

Oghang Ba Ado said...

he he he..

2 keadaan yang wujud dalam satu keberadaan..

..diambil dari suatu sudut, ianya akan membentuk sesuatu..

..dipandang dari sudut yang lain, ianya akan menceraikan sesuatu..

..terpulang dari sudut mana yang tuan-tuan mahukan..

..asal kain dari benang, asal benang dari kapas, asal kapas dari pohon, asal pohon dari benihnya.. asal benih?

p/s: ..serabut ataupun tidak, bercantum atau bercerai - itu terpulang pada 'siapa' yang memandang..

Gelojak_Jiwa said...

putus...sambung..putus...

Oghang Ba Ado said...

line hang tak clear ka?

Gelojak_Jiwa said...

tut.... tut... tut...

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.