Gurindam 12 Rangkap Keturunan Raja Ali Haji (baca gaya syair pun molek jua..)
Hati-hati memilih guru
Silap pilih terpilih hantu
Suara garau ketiak berbulu
Mukanya elok hati penipu
Ramai guru pelbagai guru
Pilih yang molek sisih yang palsu
Banyak ilmu pelbagai ilmu
Ada yang ajar ilmu menipu
Ramai syaitan mengaku guru
Mengaku nabi ajarannya palsu
Ayah Pin, Haji Kahar rasul melayu
Hatta Guru Nanak pun ada gelaran guru!
Guru murshid payah nak jumpa
Guru bullshit berlambak-lambak ada
Kena tengok apa yang dibawa
Pada diri, perbuatan, serta kata-kata
Kasad hati hendak berguru
Dari tanjung gerak ke hulu
Bukan semua ilham dan ilmu ada di dalam buku
Diamnya guru duduk di sudut penjuru
Guru murshid bawa ke syurga
Guru bullshit mengajak ke neraka
Ada helah, muslihat dan ada hikmahnya
Menguji, menyudi ilmu tatkala berjumpa
Sebenar-benar guru penunjuk jalan tak meraba-raba
Memimpin tangan dalam sesat gelap dan gelita
Mentalkinkan hingga handal berpencak di tengah rimba
Lebih dari guru yang alim pendita
Sesesat-sesat guru nasib paling celaka
Murid disesat di hutan belantara
Jadi burung tiung meniru mengulang kata
Tergagap terngaga-ngaga bila ditanya
Payah mulutnya hendak bicara
Zikir dalam hati penuh merata
Mulut senyum manis walaupun dikeji dikata
Warak dan zuhud pakaian diri mereka
Apa dibawa ke dalam ranah?
Siddiq Amanah Tabligh Fatonah
Zuhud guru dahi mendakap ke tanah
Pada diri kamil mukammil hasanah dan hikmah
Pesan ayahanda guru kami
Buat petung wejangan di dalam hati
Semulia-mulia guru, guru bukan nabi
Sehandal-handal guru, handal lagi Sayyidina Ali
Usailah sudah gurindam hamba
Jikalau buruk mintaklah dicela
Mana nan molek ambil buat kata
Sekianlah sudah gurindam dari kita
Halim Fansuri – 16 May 2010/2 Jamadil Akhir 1431H/0745H)
p/s: ... “Aku bukanlah orang yang paling baik daripada kamu. Aku hanyalah manusia seperti kamu semua, tetapi aku memikul amanah yang amat besar melebihi kamu. Kerana itu bantulah aku dalam menunaikan amanah ini.” Ini merupakan sebahagian isi pidato Umar bin Abdul Aziz ketika diangkat menjadi khalifah, di hadapan khalayak rakyatnya.. Selamat Hari Guru.. Terima Kasih Guru...


2 comments:
"Hati-hati memilih guru...pilih-pilihlah memilih murid...SELAMAT HARI GURU!
Alfian NS
pilih.. masih ada peluang memilih..
ada yang memaksa.. lalu ada yang terpaksa.. dan dipaksa..
p/s: kita ini manusia bebas sejak dari mula lagi..
Post a Comment