10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
A. 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis
2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka
3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.
4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan
5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan
6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda
7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya”. Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.
8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.
9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.
10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
(dicedok dari sumber SUARAM)
B. Ketahui Hak-Hak Anda Bila Di Tahan Polis
Bila Anda Ditahan Polis..
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam
Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau.
1.2 Kad Kuasa Polis
Warna Merah : Anggota polis tersebut telah digantung.
Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.
Warna-warna lain:
Warna Biru : Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
Warna Kuning : Polis yang berpangkat dibawah Inspektor.
Warna Putih : Polis Simpanan.
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.
1.3 Di dalam Pakaian Seragam.
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Polis.
Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau
2 APABILA DISOAL OLEH POLIS
2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "
2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda
ke balai polis
• apabila anda digari
Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan.
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN
3.1 Kenyataan saksi/112
Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).
3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi
Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama. Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian. Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis} untuk meminta anda bekerjasama.
3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112
Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah
dinasihatkan. Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.
• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.
• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.
• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda
Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.
• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peibadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda. Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.
4. PENAHANAN OLEH POLIS
4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?"
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.
4.2 Jangan melawan
Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah
sekiranya anda melawan.
4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?"
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis
berdekatan dan tldak ke tempat lain.
4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada
keluarga, peguam atau Pusat.
Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.
4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis
dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.
5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN
5 1 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak
anda untuk berbuat demikian.
5.2 Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan Persendirian
Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.
5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan
rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.
5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda
Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET
6.1 Siapakah Majistret
Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman
la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda. Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.
6.3 Jangka hayat Perintah Reman
Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang.
Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab-sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,
• untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon Polis.
Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.
6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret
Maklumkan kepada Majisiret bahawa:
• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC
serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas
atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.
6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat
Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman.
Beri alasan-alasan (sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan",
"saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya" dan sebagainya).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN
7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan
Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkal tidak kurang daripada inspektor,
7.2 Apakah yang perlu anda lakukan
• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.
• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda
dapat mengawasi barangan anda.
• Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kad pengenalan" dan sebagainya. Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg tersebut.
7.3 Hak-hak anda
• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.
• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh:
bahagian sulit tidak boleh disentuh).
• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.
8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN
8.1 Bilakah polis boleh melakukannya
• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang
berhubung dengan kesalahan yang disyaki.
• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi
hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.
8.2 Pemeriksaan badan secara bogel
Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis
memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya
anda enggan berbogel:
• Bantah.
• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
• Buat laporan selepas kejadian tersebut.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN
9.1 Kenal pasti pegawai polis yang menyoal-siasat anda.
Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.
9.2 Hak memilih untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.
9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda.
Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi). Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri. Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya akan menjawab di Mahkamah".
9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113
Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:
• bertenang dan berdiam diri;
• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adalah hak anda.
9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113
Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas. Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis. Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:
• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana
yang dituduh; atau,
• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda bersalah di dalam kesalahan yang dituduh.
POLICE AND YOUR BASIC RIGHTS
Published in conjunction with TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)
http://www.malaysianbar.org.my
PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-3372 2792
• Negeri Sembilan : 06-7633 035
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830
Halim Fansuri – 6 May 2010/21 Jamadil Awwal 1431H/1001H)
p/s: .. bagi mereka yang buta undang-undang (atau saje buat-buat buta, atau memang tak sekolah..), Majlis Peguam telah mengeluarkan risalah ' Polis dan Hak Asas Anda ' disediakan oleh Jawantankuasa Kecil Majlis Peguam Negara yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis..


17 comments:
post yang baik dan penting bagi rakyat di sebuah negara yang polisnya berkuasa!
kebanyakan polis adalah manusia baik yang melaksanakan kerjanya
sebahagian kecil menyalahgunakan kuasa
sebahagian kecil lagi dipergunakan oleh orang yang berkuasa
salamssss .. .. kalau sy nak minta tolong -- call tuan rumah nie jer boleh?! .. .. hehe .. ..
p/s: kalau nak difikirkan, polis nie pun manusia biasa juga, cuma ada penerapan tertentu yang menjadikan mereka 'polis' .. .. ada baiknya ada buruknya, ada senangnya ada susahnya .. .. mereka dalam perjuangan mereka .. .. ;-) .. ..
salam semua..
Bang Fakir:
kebanyakan polis adalah manusia baik yang melaksanakan kerjanya = polis biasa
sebahagian kecil menyalahgunakan kuasa = pegawai polis
sebahagian kecil lagi dipergunakan oleh orang yang berkuasa = pegawai tinggi kot..
p/s: kaum puak aku pun ramai bang jadi polis..
Anonymous: ni che jiwa ni kot? salamss dia berekor.. ahah..
good cop or bad cop = they're all cops!
p/s: ada polis baik, ada polis "tak" baik.. siapa suka tengok drama 'the shield'?
Bukan sebahagian kecil. Defend macam mana pun boleh tengok hakikatnya majority yang corrupt menggunakan kuasa untuk kaut duit gang haram. Perbuatan boleh dimaafkan tapi berharap duit tersebut diharamkan sampai akhirat. Pandai pandai merangkak mintak maaf sorang sorang
Ya ka jiran aq semua polis tp satu jak masalah asik jk cakap anak baik ..sudah la anak curi barang d ruma buat bising lagi dengan motosikal .bila kena marah ckp anak dia baik akhlak sempat lagi ugut ckp diri polis bini pun polis..satu jk mau tnya boleh ka polis ni buat laporan yg buruk2 dengan saya .. Atau bagi saman yg saya tidak buat?? Minta tolong dlu siapa2 yg tahu atau ada pengalaman..dan cara untuk elak dan lawan balik dengan satu lagi kita boleh saman atau bawah naik mahkamah ka polis gini tolong2 balas bantuan anda amat diperlukan
Jom kite jadikan ia simple..
Cuma beri kerjasama kepada Polis.. Beri apa yg mereka mahu mengikut peruntukan undang2.. Orang yg buat salah aje yg takut dan x suka polis periksa mereka.. Beri perhatian semasa mereka melakukan pemeriksaan badan atau kenderaan..
Jika mempunyai kesalahan, tolak sebarang tawaran rasuah yg di beri oleh pihak polis dan mohon mereka menjalankan tugas mengikut peruntukan undang2 yg sewajarnya..
Jika kesalahan lalu lintas - Mohon surat saman atau surat sitaan kenderaan.. Jika kesalahan yg boleh di tangkap, mohon polis tersebut menggari tgn anda dan menghubungi peguam serta waris anda..
Jika kesalahan Jenayah/Dadah - Mohon polis tersebut tangkap anda dan bawa ke balai polis untuk tindakan.. Pastikan waris dan peguam anda di beritahu tentang kedudukan anda..
Apa yg penting, tolak segala tawaran rasuah daripada mana-mana pihak polis yg suka makan rasuah..
Jenayah rasuah bermula apabila terdapat transaksi (pemberian) sebarang imbuhan kepada penjawat awam bagi tujuan menyalahgunakan kuasa mereka..
Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa hukuman kepada pemberi rasuah adalah jauh lebih berat daripada penerima rasuah..
Apa pun sama2 la kita menolak jenayah rasuah dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan dan keamanan kita semua..
Terima Kasih..
kalau bab polis periksa kandungan telefon dalam sekatan jalan raya tu camne lak..adakah termasuk dlam kuasa polis..boleh x kalau xbg kerjasama(privacy)..
Haraf Sjn Balai polis Sentral Lebih berbudi Bahasa semasa menjalankan tugas Selalu buat operasi Kat Jalan Wong ahfock Tapi Kawasan pelacuran masih berkuasa nak Cari wanted untuk Kawad cam Tapi main tangkap orang awam Tanpa menyatakkan Sebab tangkapan bawa Ke Balai dan selepas tangkap wanted bebaskan Mcm Itu mana sop pihak pdrm
Rasa nya untuk periksa telefon perlu dilakukan di mahkamah apabila confirm telah ditahan..dan dibicarakan ...tp ada juga yg buat begitu..
..terima kasih kepada semua kerana sudi memberikan sebarang idea atau komen.
there are good cops, and there are bad cops.
..sebagai raayat, kita (jika tidak bersalah) kita tidak perlu takut atau risau tentang perkara ini. yang perlu kita risaukan sebenarnya adalah "kejahilan" diri kita yang mengakibatkan pihak-pihak yang tidak amanah atau tak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas diri kita atau keluarga.
..tapi kita juga tak nafikan, sifat "perlaksanaan" undang-undang ni ibarat pisau, "tajam" bila menghala ke bawah, belakangnya pula "tumpul" bila menghala ke atas..
just be careful mein bruder und scwheister - don't cause any unnecessary trouble for yerself aye?
Kawan saya di tahan dlm lokap, kalau saya Jamin dia keluar, apakah risiko saya?
Naik bas dr tbs blik ke terminal kuantan pade sabtu 25/8/18
Diambil oleh spupu ngn kreta myvi
Disebabkn bdan sye telalu ltih krna pjlnan jauh sye mnta spupu yg mmandu.
Jam 11.50pm[nk dkt12pm]
Melepasi jln gebeng
Otw blik uma ke kg sungai ular dr kg n9
Ade roadblok yg tlah mnahan kmi dan suh kmi prking tepi,mulenye mnta kuakn ic n lesen tibe2 kua soaln yg mcm2,die duh sye trun n buke beg kuakn brg satu2 ats bmbng kreta...sye ikut jela
Pastu sye terjatuh bukti tiket bli pergi dan blik ktn-n9
Sye x smpt cm polis tersebut kerna waktu itu gelap serta sye mse tu tgh pning kple,polis tu dtg dkt kt sy smula n suh tunjukkn blik purse tersbut,tibe2 satu polis ni suh sye tgu je dlm kreta,ruper2 polis tersebut mminta rasuah dr spupu sye,spupu dtg kt sy ckp polis suh byr air je pastu lpas la,terpranjt besar patutla polis bodo gmpng tu suh bke blik purse tu nk tgk duet ad brape,die tny spupu sye hal sye sdgkn xde kaitn lgsung utk polis tu ad hak nk amek tau.spupu dpt nme polis tu sorng je itu pon polis yg mnta rasuah😤
Semasa saya tengah MENNUNGU kawan Di jalan Cheras 2 angotta polis datang dengan MPV bertanya IC saya denga secara kasar ( Weyh Ambik IC KAU ).
Sata pulak Tanya Encik Boleh Saya Tengok Kad KUASA Encik Dan Di beri tahu weyh.. kenapa Aku nak tunjuk I'd kat ko.. kau datang la Balai kalau nak Tengok.. LALU saya ke me Balai Dan MEMBERI IC Tersebut Dan 2 Angota datang ke Balai ... Keseokan Hari Raya kena TANGKAPAN 186kk (Tidak bekerja Sama dengan pejawat awam)
Saya Naik Turun Makamah Dan ini menyusahkan keluarga saya dengan duit Jamin RM3000 Dan Saya.
Saya telah Di tahan Di lokap 4 Malam Rayuan ( Representation ) telah Di buat oleh Saya Dan telah menujuk bukti bukti gambar dengan (time stamp) Tarih masa Dan latitude Yang telah Di ambil semasa kejadian Dan selepas data keluar Dari Balai pun Di (Tolak)... APAkah Salah Saya Di Sini.. kenapa Angota polis menyusahkan sata seorang rakyat Malaysia. Tuan/Puan Minta Tolong Nasihat saya
Jika kita kena tahan peronda mamag adik saya besalah memiliki tapi kenape wang dalam kerate di ambik kate nye wang terik kerate
Soalan saya...jika polis menghubungi melalui telepon untuk memberi statement...perlu tak dia memberitahu kes apa yang kena bagi statement?
Ansk sy di tahan reman dan telah kluar dr lokap. Kes ugutan dan fitnah. Anak tudak mgaku bersalah. Dilepaskan seblum 24 jam. Hp telah dihantar ke forensik. Yg menuduh masih tidak dipanggil utk siasatan apabila counter report terhadap mereka dibuat sehingga kini. Bila di tanya pd pegawai penyiasat masih tiada bukti yg kukuh. Hp masih di tahan. Persoalannya dalam hp banyak mengadungi urusan perniagaan dan acount customer. Di mane dan dlm section berapa anak sy boleh dapatkan hp nya semula? Sehingga kini pihak polis masih tiada bukti kukuh utk menahan dan charge anak saya.
Post a Comment