Saturday, January 16, 2010

Tokoh Islam - Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat


Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz (lahir 1 Julai 1918 – meninggal 8 Ogos 2005 pada umur 87 tahun) adalah seorang cendekiawan Muslim dalam bidang perbandingan agama (comparative religion). Beliau juga merupakan seorang pengarang, pensyarah, dan juga pemidato. Beliau dikenali dunia sebagai salah seorang pakar pembicara yang amat handal khususnya dalam sesi perdebatan umum yang memerihalkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agama-agama lain. Pada tahun 1957, Deedat bersama dua orang temannya telah mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan beliau telah menjadi Presidennya sehingga tahun 1996. Deedat meninggal dunia pada tahun 2005 akibat mengalami angin ahmar yang telah dideritanya sejak tahun 1996.

Profil

Masa kecil

Ahmed Hoosen Deedat dilahirkan di daerah Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat kekal bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang tukang jahit, akibat dari profesinya itu (ayah Deedat) telah berhijrah / berimigrasi ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmed Deedat.

Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat melarat, Ahmed Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).

Di negeri yang asing, seorang anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris telah mula menyiapkan peranan yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya.

Dengan ketekunannya dalam belajar, anak laki-laki kecil tersebut (yakni Deedat) tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran dan hobi Deedat dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan pada darjah 6. Kekurangnya pembiayaan pelajaran menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya ia bekerja dalam bidang retail (runcit).

Yang terpenting sekali adalah pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai / toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tidak henti-henti dari siswa Misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim telah menanamkan keinginan beliau yang membara untuk melakukan aksi menghentikan propaganda Kristian yang salah itu.

Mempelajari kitab Bible

Ahmed Deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk menangani debat telah berpengaruh besar dalam jiwa dan diri Ahmed Deedat. Ahmed Deedat juga turut menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.

Beberapa minggu setelah itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Ahmed Deedat, secara peribadi telah memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa misionaris untuk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.

Keberhasilan-keberhasilan ini telah memacu Ahmed Deedat untuk berdakwah. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak, dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan hasil dari para misionaris Kristian yang tidak bertanggungjawab.

Dengan semangat misionaris untuk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat telah membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad yang akan datang. Beliau memimpin kelas bagi matapelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk melatih para pendakwah Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk Masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.

Ahmed Deedat adalah anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi Presidennya, sebuah posisi yang dipegangnya sampai tahun 1996. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu material kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan Mubaligh Kristian pada debat umum. Beribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan berprestij yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Akhir hayat

Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat hanya boleh berbaring di tempat tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban. Beribu orang yang kebanyakan dari umat Islam telah berhimpun di rumahnya dan menunaikan Solat jenazah untuknya. Lantas jasad beliau dimakamkan di pemakaman Verulam.

Karya tulisan

Buku The Choice: Dialog Islam-Kristian adalah buku antara paling terlaris dijual didunia yang ditulis oleh Ahmed Deedat. Buku ini telah disebarkan secara meluas ke Afrika Selatan hingga ke Eropah, Asia, Oceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.

Dalam buku ini Deedat mengupas persoalan perbezaan antara Islam dan Kristian. Beliau mengupas habis-habisan beberapa kesalahan yang beliau temukan dalam Alkitab baik dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

Berkat usaha penulisan dan penerbitan buku ini pula, beberapa tokoh Kristian telah memeluk Islam. Diantaranya adalah Kenneth Jenkins (sekarang berganti nama menjadi Abdullah al-Faruq) dan mantan misionaris Gary Miller (sekarang namanya adalah Abdul-Ahad Omar).

Terdapat juga naskah pita kaset rakaman suara yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Da'i dengan judul Benarkah Jesus Tuhan: Debat Kontemporer Ahmed Deedat vs Dr Anis Shorosh. Pita kaset rakaman ini diambil dari suatu sesi perdebatan berprestij antara Ahmed Deedat(sebagai pendebat Islam) dan Dr Anis Shorosh (sebagai pendebat Kristian) pada tahun 1985. Perdebatan telah berlaku di Dewan Utama Royal Albert Hall, London, Britain. Beribu pendengar telah hadir ke dalam sesi perdebatan antaranya adalah Yusuf Islam (penyanyi Cat Steven). Hasil sesi perdebatan tersebut telah berjaya mengajak lebih banyak masyarakat dunia khususnya masyarakat London untuk memahami Islam secara lebih mendalam.

..........................................................................................................................................................

Nama Sebenar: Ahmed Hussein Deedat

Lahir : 1 Julai 1918(1918-07-01)
Tempat Asal: Surat, Gujarat, India Meninggal 8 Ogos 2005 (umur 87)
Menetap: Verulam, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan Ethnicity India Pekerjaan Cendekiawan Pekerjaan: Muslim, pendakwah, pensyarah, penceramah bebas

Halim Fansuri – 16 Januari 2010/30 Muharram 1431H/2106H)

P/s: ...di luar negara, debat Islam-Kristian biasa dijalankan dan diadakan secara formal, terbuka dan aman sebagai satu avenue/kaedah dakwah. Akibatnya ramai orang kafir yang dapat diIslamkan dengan mudah tanpa sebarang keganasan dan pemaksaan dengan cara mengajak mereka berfikir rasional. Mengapa pak-pak imam, lebai, dan ulama’ ‘wannabe’ kita hanya berani ‘berdebat’ menghentam sesama kita? Bukankah baik kita sebarkan dakwah & tabligh kepada mereka? Tak begitu?


7 comments:

Anonymous said...

Dah 52 tahun kita merdeka, dan bangsa Islam kita ditampuk kuasa. Sepatutnya usaha pendakwahan kpd golongan kristian dan agama musyrikin boleh berjalan dgn laju dan lancar. Kita ada kekuatan , kekuatan kebenaran dan hujah jitu drp Al-Quran, hadis dan nas. Sepanjang pengalaman berdakwah dgn suatu keluarga mualaf, keturunan cina dan portugis, mereka sgt tertarik dgn penjelasan sifat 20, dan perbahasan kekalutan fakta dlm bible yg berbilang-bilang itu. Bukankah usaha ini wajib kepada semua muslim, setidaknya pun kepada pemerintah.

Oghang Ba Ado said...

Benar bang, itu yang sepatutnya terjadi, bukan sebaliknya. Dan kalau nak diingat-ingat masa ngaji kat sekolah agama dulu, dakwah dan tabligh itu fardhu bagi setiap muslim.

Namun apa yang berlaku sekarang, bab tauhid pun ramai yang fail. masa zaman kiai Salleh dulu, komunis yang bersenjata moden tak dapat nak kalahkan orang Islam kerana benar pegangannya dalam tauhid walaupun terpaksa berlawan cuma dengan parang panjang, buluh runcing atau pisau beladau semata-mata.. maka Allah beri selamat dari dimudharatkan oleh peluru dan bom komunis..

Ada suatu kejadian dalam keluarga saya. Kawan adik kita yang bongsu tiba-tiba datang ke rumah dan berjumpa dengan orang tua kita tahun lepas.. dah murtad dan nak bertaubat, astaghfirullah..(kejadian berlaku masa saya pi musafir 2 tahun lepas).

Ayah, JKK dan penghulu bantu budak tu. lepas tu ada kesan-kesan sihir sampai tak boleh nak mengucap atau dengar azan (awas dengan apa sahaja makanan dan minuman yang diberi oleh mubaligh kristian).

Kita dok sibuk bercakaran sesama kita sendiri (dalam perkara furuk) sampai musuh ambil kesempatan & kita lupa perkara pokok iaitu aqoidul iman kita dah cukup kukuh atau belum nak menagani ancaman mereka? masa kemusnahan kita semakin dekat nampaknya...

mautauka said...

entahlah.

yang bijak kalut jaga periuk nasik dan tak berani bersuara.

yang benar dikunci mulut dan dirantai tangannya.

yang bodoh dan telanjang dibenar bersuara.

itulah 1 Malaysia.

fakir al banjari said...

ramai yang bangga bila yang bukan Islam memeluk Islam

masa sama ramai Islam yang murtad bagai tak dipandang da diendah

Bangga dengan masjid besar lagi indah
tapi dalamnya kosong

aktiviti hiburan disokong, dibagi hadiah berjuta
yang faham dan nak ajar agama ... pandai-pandai la hang bertawakkal..

Gelojak_Jiwa said...

ramai yang penakut. masa pilihanraya dulu, ada yang kata pada saya, awak tak takut ke duk kat sini? nanti tak bole sah jawatan sebab duk kat pondok PAS.

masa tu saya tak sah jawatan lagi,sah lantik pun belum.

Aku cakap, bukan diaorang yang bagi makan. Aku ada Allah sebagai pelindung! Aku mintak dengan Allah,buat apa nak takut dengan musuh Allah.

Tapi itu je yang aku mampu. Aku penakut sampai sekarrang. aku tak reti buat lebih dari tu. memimpin pun kantoi.

baik aku serah pada diaorang je, aku tolong edar poster je! huhu!

Anonymous said...

Sepanjang pengalaman mengajar di sebuah sekolah terpilih, yang berbilang kaum, ramai pelajar bukan Islam mendekati aku yang bertanyakan itu ini tentang Islam, terutama kaum India. Bagusnya, bila kita banyak berbudi dengannya, seperti tolong hantar ke rumah bila terlepas bas, dia makin rapat dan makin berani bertanya. Ternyata, banyak 'problem' dalam kepalanya tentang Islam dapat dijelaskan. Bagi aku, kaedah ilmu kalam (alat sahaja) banyak membantu dalam berdebat tentang ketuhanan.Dalam Al-Quran, hujah akal diajar oleh Allah kepada Nabi Ibrahim semasa nabi Ibrahim 'mengapak' semua berhala kat tokong, ditinggalkan yang besar je buat umpan berhujah. Al-Quran banyak suruh kita berfikir tentang kejadian unta, langit, alam , kejadian manusia. Tentang Nabi Isa, Allah mengatakan bahawa dia (nabi Isa) berjalan dan makan macam kamu, kenapa kamu sembah. 13 tahun nabi berdakwah di Mekah guna kaedah tu. Tengoklah buktinya dalam surah-surah Makkiyyah. Aku doakan dia masuk Islam. Sebab aku terpaksa pindah sekolah lepas tu.

fakir al banjari said...

ramai nakkan Islam , tapi hairan degan perangan penganut Islam

TV kita jarang tunjuk orang Islam yang kuat pegangan agamanya sebagai baik
selalunya pak lebai pengamal ajaran sesat yang menipu

yang baik adalah yang tunjukkan
"Allah tak menilai luaran, tetapi hati"

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.