Secangkir Kahwa Pengendur Urat
Secangkir Kahwa Pengendur Urat
Assalamualaikum w.b.h kepada sidang pembaca sekelian..
Pagi ini kita sempat melayari alam maya ini (alam malakut? Keh keh keh..) untuk mencari sekadar sekelumit maklumat dan menggetik akal sendiri yang selama ini sentiasa mendak dan berlumut..
...dan hamba terjumpa akan sebuah tulisan dari seseorang yang menamakan dirinya ideologi_wali. Diharap tulisan beliau ini menjadi renungan kita bersama sebagai iktibar..
“...Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila lahir segala fitnah dan segala bidaah maka hendaklah menzahirkan oleh orang yang alim itu akan ilmunya, maka barangsiapa tiada kerjakan yang demikian itu maka atasnya laknat ALLAH."
Jalan Tasauf Sedikit Pengikut,
Banyak Fitnah
Orang Yang Berjalan,
Ramai Yang Patah Pinggang,
Rebah Ditengah Jalan
Tak Sempat Sampai Kepada Tuhan
Nafsu Syaitan, Dunia dan Makhluk
Menjadi Halangan
Akhirnya timbul Thariqat Sesat dan Songsang
Yang Benar Ada,
Tetapi amatlah Jarang
Tersembunyi didalam lipatan
sufi sadur, sufi kepura-puraan dan
sufi andai-andaian
Kesana ke sini mencari pelanggan
Akhirnya terkubur di dalam liang
- ideologi_wali,
[quote="wakjeng"]Boleh I_W terangkan bait2 itu dengan penerangan yang mudah difahami tak? Wak teringin juga memahami thread yang dibawa I_W..
Jalan Tasauf Sedikit Pengikut, (tak ramai yg mahu mengamalkan tasauf yg ramai suka bercakap tasauf)
Banyak Fitnah, (hanya manusia yg tahan lasak dan sanggup berdepan dengan cubaan di alam dunia dan alam malakut layak digelar sufi)
Orang Yang Berjalan, (dalam bahasa tasauf dipanggil salik, salik ialah org yg berzikir Allah)
Ramai Yang Patah Pinggang,
Rebah Ditengah Jalan
Tak Sempat Sampai Kepada Tuhan (tewas dan berundur kembali mjadi org awam dgn hiburan yg melalaikan/hobi yg melekakan/gila dunia)
Nafsu, Syaitan, Dunia dan Makhluk
Menjadi Halangan (tak mampu hadapi ujian atau tertipu dgn faham sendiri hingga tersesat akal fikiran akibat beramal tanpa guru atau tanpa guru yg arif atau inginkan pengaruh hingga derhaka pada guru murshid)
Akhirnya timbul Thariqat Sesat dan Songsang, (mengada-ngadakan sesuatu yg tak ada dalam agama spt zikir campur laki perempuan, mengaku diri duduk dimartabat tertentu w/p bukan, bertapa, sembahyang pakai niat, mengaku lihat Tuhan dll)
Yang Benar Ada,
Tetapi amatlah Jarang
Tersembunyi didalam lipatan (kerana terlalu banyak fitnah dan kesesatan dan silat faham oleh glg yg mengaku ahli tasauf/sufi tanpa pengalaman yg benar, sesetengah mereka mengajar dan meraba-raba jawapan yg bukan2, ada juga yg menyembunyikan kebenaran hingga sufi sebenar tersembunyi dalam lautan maklumat yg bercampur aduk antara yg hak dan bathil)
sufi sadur, sufi kepura-puraan dan
sufi andai-andaian
Kesana ke sini mencari pelanggan (golongan yg mengaku sufi spt yg tersebut ini adalah manusia yg mengotorkan jalan tasauf demi mencari makan/mengumpul harta dunia. Ada yg mengadakan konsert atas tujuan amal, ada yg menjual buku-buku tasauf yg diambil ilmunya dari ulamak benar zaman silam dan dikatakan dari pengalaman sendiri, ada yg sanggup menunduk kepala kepada pemerintah yg lawan hukum Tuhan, ada yg membuat persidangan dgn menjemput ulamak tasauf dunia, ada yg membuat pertubuhan atas nama tasauf dll dengan penyamaran yg cukup2 mengelirukan)
Akhirnya terkubur di dalam liang (dan kematian mereka akan menentukan siapa yg benar dan siapa yg bukan)[/quote]
Itu sahaja wak, kalau nak lebih jelas lagi wak boleh rujuk blog Wali di alamat http://www.sufimas.blogspot.com/ . Kat situ ada diterangkan sedikit sebanyak tentang perjalanan dan fitnah terhadap ilmu sufi. Dan sajak ini sendiri aku ambil dari blog tersebut yg juga blog guru aku. seelok-eloknya wak bertanya sendiri maksud sajak ini dgn yg empunya sajak ini di email yg disertakan atau jumpa beliau sendiri.
wallahu a'lam...”
Halim Fansuri – 15 Oktober 2009/26 Syawal 1430H / 0921H)
P/s: ... Imam Malik berkata: "Siapa yang bertasauwuf tanpa feqah, sesungguhnya dia kafir zindik. Siapa yang mempelajari feqah tanpa bertasauwuf sesungguhnya dia fasik. Dan siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia akan selamat".
... Imam As-Syafie berkata: "Jangan kamu hanya menjadi salah seorang daripada ahli feqah atau tasauwuf. Kerana orang yang hanya faqih tidak bertasauwuf keras hatinya. Manakala yang bertasauwuf tanpa feqah akan jahil dirinya, mana mungkin dia dapat membaiki dirinya"?
..
(Kredit untuk pemilik tulisan ini & laman web asal: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12766#219651)
(Kredit untuk pemilik asal gambar hiasan: http://nurmuhammad.com/Meditation/Core/naqshbandimeditationillustration.htm)


1 comment:
masyaAllah
Post a Comment