NASIONAL - Jumaat, 19 Jun 2009/25 Jamadilakhir 1430
338 bekas anggota PKM dibenar pulang
Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Fatin Hafizah Mohd Shahar dan Khairul Azran Hussin bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan 338 daripada 431 permohonan bekas anggota komunis yang memohon pulang ke negara ini dalam tempoh setahun selepas perjanjian ditandatangani pada 2 Disember 1989.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata baki permohonan ditolak kerana pelbagai sebab seperti gagal mematuhi syarat perjanjian dan bermasalah daripada segi status kewarganegaraan.
Beliau juga berkata, daripada jumlah itu, ada permohonan ditarik balik atas kehendak pemohon.
Mengikut perjanjian itu, ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti memaklumkan hasrat kepada pihak berkuasa dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani, mengemukakan butir berkaitan pemohon dan menjalani proses temu duga serta dokumentasi.
Hishammuddin berkata, proses kepulangan bekas anggota komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran `one-off' mengikut perjanjian untuk menghentikan peperangan antara kerajaan Malaysia dengan PKM.
Beliau berkata, kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis pulang, sebaliknya diberi kebebasan memilih sama ada pulang atau terus menetap di Selatan Thailand.
"Dengan pilihan itu, tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran pulang, malah ramai memilih terus tinggal di selatan Thailand," katanya menjawab soalan bertulis Teresa Kok (DAP-Seputeh), di Parlimen semalam.
Hishammuddin juga berkata, kekejaman komunis menyebabkan ramai rakyat dan anggota keselamatan terkorban dan ia memberi kesan mendalam kepada rakyat.
Sehubungan itu, demi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan negara serta bekas anggota komunis terbabit, nama mereka yang dibenarkan pulang tidak didedahkan.
Menjawab soalan bertulis Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai Akta Hasutan 1948, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak bercadang memansuhkan akta berkenaan memandangkan ia masih relevan dengan keadaan semasa, tetapi kerajaan sentiasa menyemak dan mengemas kini akta sedia ada.
"Peruntukan akta itu membolehkan kerajaan mengambil tindakan jika ada individu atau organisasi cuba menggugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
p/s: Soalan Cepu Emas: Apakah peranan Tan Sri Robert Kwok dalam rundingan damai Haadyai? Siapakah beliau? Hehehehe... (Jawapan dapat gula-gula hacks 3 biji)
The Government of MALAYSIA and the Communist Party of Malaya consistent with their common objective for peace, hereby agree to the following:
ARTICLE 1 – CESSATION OF ARMED ACTIVITIES
Upon signing of this Agreement, the Government of Malaysia and the Communist Party of Malaya shall cease all armed activities forthwith.
ARTICLE 2 - DISBANDMENT OF ARMED UNITS, DESTRUCTION OF ARMS, AMMUNITION, EXPLOSIVES AND BOOBY-TRAPS
The Communist Party of Malaya shall cease disband all its armed units, destroy its arms, ammunition, explosives and booby-traps in Malaysia and Thailand.
ARTICLE 3 – RESIDENCE IN MALAYSIA
3.1 Members of the Communist Party of Malaya and members of its disbanded armed units, who are of Malaysian origin and who wish to settle down in MALAYSIA, shall be allowed to do so in accordance with the laws of Malaysia.
3.2 Members of the Communist Party of Malaya and members of its disbanded armed units, who are not of Malaysian origin, may be allowed to settle down in MALAYSIA in accordance with the laws of MALAYSIA, if they desire.
ARTICLE 4 – PROVISION OF ASSISTANCE BY THE MALAYSIAN AUTHORITIES
With regard to Article 3, the Malaysian authorities shall assist the members of the Communist Party of Malaya and members of its disbanded armed units, in order to help them start their peaceful life afresh.
SIGNED ON 2 NOVEMBER 1989 IN HAADYAI, THAILAND
Government of MALAYSIA
By
Communist Party of Malaya
By
DATO’ HJ. WAN SIDEK BIN ONG BOON HUA @ CHIN PENG
HJ. WAN ABDUL RAHMAN Secretary-General
SPSK, DSAP, PNBS, JBN, PJK
Secretary-General,
Ministry of Home Affairs
GENERAL TAN SRI HASHIM ABDULLAH C.D.
BIN MOHD ALIChairman
PGAT, PSM, SPTS, DPMS, DSDK
JMN, SMS, ABS, FBIM
Chief of Defence Force
TAN SRI MOHD. HANIFF RASHID MAIDIN
BIN OMARCentral Committee Member
PMS, SPTS, SPMJ, SPMP, KMN,
PPT, BKT
Inspector General,
Royal Malaysia Police
Witnessed by Representative of the Government of the Kingdom
of Thailand
GEN. CHAVALIT ANEK SITHIPRASASANA
YONGCHAIYUDH Permanent Secretary
Deputy DirectorMinistry of Interior
Internal Security Operations
Command
POL. GEN. SAWENGLT. GEN. YODHANA
THERASAWATYAMPUNDHI
SPSK, DSAP, PNBS, JBN, PJK4th Region Internal Security
Director-General,Operations Command
Royal Thai Police Department
JOINT COMMUNIQUE
BY
THE GOVERNMENT OF MALAYSIA,
THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA
THE GOVERNMENT OF THE KINGDOM OF THAILAND, THE GOVERNMENT OF MALAYSIA AND THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA, CONSISTENT WITH THEIR COMMON DESIRE FOR RECONSILIATION AND PEACE, HAVE REACHED TWO MUTUAL AGREEMENTS, ONE BETWEEN THE INTERNAL SECURITY OPERATIONS COMMAND, REGION 4 OF THE GOVERNMENT OF THE KINGDOM OF THAILAND AND THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA AND THE OTHER BETWEEN THE GOVERNMENT OF MALAYSIA AND THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA TO TERMINATE ALL ARMED ACTIVITIES AND BRING PEACE TO THE ENTIRE THAI – MALAYSIAN BORDER REGION AND MALAYSIA.
2. FORMER MEMBERS OF DISBANDED ARMED UNITS LED BY THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA HAVE GIVEN THEIR PLEDGE TO THAILAND AND MALAYSIA TO RESPECT THE LAWS OF THESE TWO COUNTRIES AND TO PARTICIPATE IN SOCIOECONOMIC DEVELOPMENT FOR THE BENEFIT OF THE PEOPLE. THAILAND AND MALAYSIA WILL PROVIDE FAIR TREATMENT TO THESE MEMBERS. THE GOVERNMENT OF MALAYSIA WILL IN DUE COURSE ALLOW FORMER MEMBERS OF THE DISBANDED ARMED UNITSLED BY THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA WHO ARE MALAYSIAN CITIZENS TO FREELY PARTICIPATE IN POLITICAL ACTIVITIES WITHIN THE FRAMEWORK OF THE FEDERAL CONSTITUTION AND THE LAWS OF MALAYSIA.
3. ALL THREE PARTIES RECOGNISE THAT THIS HONOURABLE SETTLEMENT WILL BRING PROSPERITY, STABILITY AND SECURITY TO THE THAI-MALAYSIAN BORDER REGION AND MALAYSIA.
4. THE GOVERNMENT OF MALAYSIA AND THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA EXTEND THEIR HEARTFELT GRATITUDE TO THE GOVERNMENT OF THE KINGDOM OF THAILAND FOR ITS EFFORT IN PROVIDING FACILITIES FOR THE HOLDING OF THE TRIPARTITE PEACE TALKS AND IN BRINGING ABOUT THE SUCCESFUL CONCLUSION OF THE PEACE TALKS.
(Page 125 – 128, The Unsung Heroes; Zainuddin Maidin,
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2004)
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera kepada khalayak pembaca sekelian.. malam ni paneh betul hawa di Ujung Tanah.. tak dapat nak lena rasanya..dah bermacam cara dicuba. Namun gagal lena jua.. tu hamba habiskan masa dengan membaca.. tajuk buku yang dibaca ialah The Unsung Heroes karangan Datuk Seri Zainuddin Maidin (mase perjanjian Haadyai dia ada sama buat liputan dan menjawat jawatan sebagai Ketua Editor Utusan).. takda kaitan dengan siri Heroes yang ditayang kat talibesen tu ha..
Rasenye molek kali ini kita berbincang isu akademik sikit.. walaupun berat isinya, namun hamba rasa terpanggil dan gatal tangan pulak nak mencoret. Topik kali ini amat berkaitan dengan isu yang diulang-ulang untuk entah keberapa kalinya oleh media perdana, yang sekaligus menjadi suara dan lidah rasmi pemerintah sampai naik tuli kematu telinga ini....
Umum mengetahui yang Chin Peng itu banyak dosanya dengan rakyat negara ini.. namun semenjak dua menjak ini makin menjadi-jadi gatalnya hendak kembali ke Malaysia, dan kemudiannya mintak disanjung sebagai wira.. aja tebiat gamaknya orang tua ini?
Namun setelah ditimbang-timbang dan ditelek-telek, tercetus pula beberapa titik persoalan di benak jiwa hamba yang hitam berkarat ini..
Ngape tetibe Chin Peng @ Ong Boon Hua, S/u PKM tu nak balik Malaysia? Nape yek? Boleh ke? Nak tau boleh ke idak bace le ye.. tapi harus diingat.. isi kandungannya beratlah jua.. namun telah hamba permudahkan bahasanya...
Analisis: Intipati Kandungan Perjanjian Damai & Perlucutan Senjata PKM.
PKM menamatkan semua aktiviti dan kegiatan bersenjatanya setelah menandatangani perjanjian 2 NOVEMBER 1989 tersebut.
PKM membubarkan unit-unit bersenjata, melupuskan senjata-senjata, bahan letupan, dan jerangkap samar di Malaysia dan Thailand.
Bekas ahli-ahli PKM dan unit-unit bersenjatanya yang berasal dari Malaysia dibenarkan menetap di Malaysia jika mereka mahu.
Bekas ahli-ahli PKM dan unit-unit bersenjatanya yang bukan berasal dari Malaysia dibenarkan menetap di Malaysia jika mereka mahu.
Pihak berkuasa Malaysia akan membantu bekas ahli-ahli PKM dan unit-unit bersenjata dalam proses memulakan hidup baru.
Perjanjian persefahaman tiga hala di antara kerajaan Malaysia, Thailand dan PKM dalam membawa keamanan dan kestabilan di rantau sempadan Malaysia-Thailand terlaksana.
Bekas ahli-ahli PKM dan unit-unit bersenjatanya dibenarkan mengambil bahagian dalam kegiatan pembangunan sosioekonomi. Kerajaan Malaysia-Thailand akan memberikan layanan yang adil dan saksama.
Bekas ahli-ahli PKM dan unit-unit bersenjatanya warganegara Malaysia dibenarkan mengambil bahagian dalam kegiatan politik yang tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ketiga-tiga pihak akan mengiktiraf dan menghormati perjanjian yang ditandatangani.
Kerajaan Malaysia dan PKM menghargai usaha yang dijalankan kerajaan Thailand dalam menjayakan rundingan ini.
Persoalan
Mengapakah isu ini ditimbulkan sejak akhir-akhir ini? Adakah terdapatnya ancaman yang sebenar?
Adakah ianya sebuah ‘Black Propaganda’ pemerintah dalam memainkan isu sentimen orang Melayu dalam meraih sokongan yang semakin kurang? Mengapakah pembangkang memanfaatkan isu ini?
Mengapakah isu ini ditimbulkan oleh salah seorang wakil rakyat parti Gerakan yang merupakan salah sebuah parti komponen pemerintah? Adakah beliau cuba melihat reaksi Perdana Menteri menangani isu ini?
Adakah wakil rakyat ini merupakan bekas ahli PKM atau unit-unit bersenjatanya yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia yang dibenarkan mengambil bahagian dalam kegiatan politik perdana?
Jika soalan diatas ternyata benar, berapa ramaikah wakil rakyat kita di pihak pemerintah atau pembangkang yang merupakan bekas ahli-ahli PKM? Adakah mereka ini satu ancaman? Jika ya siapa mereka?
Adakah mereka ini diawasi oleh KDN? Jika ya bagaimana?
Apakah agenda sebenar mereka? Bilakah mereka akan bertindak? Apa modus operandi mereka?
Apakah peranan yang patut dilakukan sebagai rakyat Malaysia dalam menangani permasalahan ini? Dimanakah kedudukan kita? Adakah kita cukup bersedia?
Adakah terdapat penglibatan kuasa-kuasa besar asing dalam perkara ini?
Apa yang sebenarnya terjadi?
Bolehkah Chin Peng @ Ong Boon Hua dibenarkan masuk dan tinggal di Malaysia? (Rujuk artikel 3.2)
Siapakah yang akan memberikan kebenaran itu? Apakah kesannya?
P/s: Kepada Chin Peng, balik le kome cecepat.. orang-orang kat Batu Pahat dah tak sabor menunggu, rindu sangat kat kome.. ternanti-nanti kepulangan kome, bila dapat berjumpe... heh heh heh..
Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:
'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'
Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'
Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani
*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.
Awal Kejadian Diri...
Dari Abu 'Abdur Rahman 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'anhu, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasullulah Shallallahu 'alaihi wasallam dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu telah dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian menjadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu iapun mengerjakan 'amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
- Hadis shahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim
Aku yang bersifat dengan sifat Muhammad...
Secangkir Kahwa Pengendur Urat
`Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu' ( Al Anaam:112).
`Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.Raja Manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) jin dan manusia". (An-Nas: 1-6)
... dalam proses memahami Tasauf, tentera iblis yang memakai pakaian Tasauf saya tidak kenal samasekali: saya tidak dapat mengenal kekeliruan dalam ilmu, perdayaan dan kelicikannya. Ihya Ulumiddin tidak menyediakan maklumat berkaitan bidang mukasyafah dan inilah yang telah memerangkap saya. Ihya tidak menyediakan persiapan untuk berhadapan dengan soal makrifat dan hakekat dan oleh kerana itu saya tidak dapat mengenali mereka sebagai pembawa bencana kepada Sunnah Allah dan RasulNya pada peringkat tinggi...
-Petikan dari Blogger Kanzun Mahfiyyan
Au'dzubillahiminassyaitannirrajim.. (Aku Berlindung Pada Allah Dari Syaitan Yang Direjam.. )
Faedah Dari Kifayah
-
Pada pagi Jumaat ini, kita cedok satu faedah dari karya - karya ulama kita
untuk faedah bersama. Faqir mulakan dengan *Kifayatul Atqiya`* karangan
Sidi B...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
pemuda baru mengenal garam
-
Udin, anak Jawa baru saja menyertai kumpulan kami. Katanya mahu mencari dan
mengenal.
"Bagaimana diumpamakan kita ini dalam hubungan mencari tuhan?" tanyan...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Sema’..
-
*Sema’..*
*Inna fil jannati nahran min laban..** - sesungguhnya mengalirlah sungai
dari susu di dalam syurga..*
*Li `Aliyyin wa Husainin wa Hasan** - u...
Rancangan ini ditaja oleh Sykt Chermin Mata Chap Che'gu Rokiah & Suaminya sdn bhd.
Penafian:
Ini adalah karya fiksyen. Nama, watak, perniagaan dan/atau organisasi, tempat, peristiwa, latar tempat, masa dan/atau kejadian, grafik/gambar/lakaran/simbol-simbol, adalah sama ada hasil imaginasi pengarang dan/atau digunakan secara rekaan. Sebarang persamaan dengan orang sebenar, hidup dan/atau mati, dan/atau kejadian sebenar adalah kebetulan semata-mata. Pemilik blog TIDAK bertanggungjawab terhadap semua kerosakan dan/atau sebarang kesan yang dianggap merugikan terhadap sesiapa sahaja yang membuka, membaca, mengamalkan, mempercayai, memberikan komen-komen, menulis, dan/atau mencetak kembali kesemua maklumat dan/atau isi kandungan blog ini dimana-mana sahaja sama ada dalam bentuk hardcopy dan/atau softcopy. Dengan memasuki blog ini, pembaca dan/atau pengunjung blog sudah secara outomatiknya memahami dan/atau bersetuju TIDAK akan mendakwa dan/atau mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik blog ini.