Melindungi vs Dilindungi
TEORI MASLOW
Motivasi - satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan atau mencapai sesuatu matlamat atau rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari sesuatu kegagalan (failure).
Tingkah laku manusia dipengaruhi beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling.
Apa cara sekalipun, manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu? Apa “motivasinya” ?
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di bawah.
1. Keperluan Estetik – pemahaman terhadap sesuatu keindahan dan kecantikan. Cth: keperluan spiritual.
2. Keperluan Mengetahui – intelektual. Cth: rasa ingin tahu, sifat investigatif/enkuiri.
3. Penyempurnaan Diri – penerimaan diri. Cth: kesedaran keunikan/kelebihan diri. (SuperEgo)
4. Penghargaan Kendiri - penerimaan orang lain penting supaya mereka tidak merasa tersingkir. Cth: Maruah. Prestij. Peranan dalam masyarakat. Dihormati.(Ego)
5. Kasih Sayang – kehendak emosi, kestabilan emosi. Cth: disayangi orang lain. Dicintai.
6. Keselamatan – kebergantungan pada sesuatu, atau orang lain. Cth: pengikut yang ramai. Kesetiaan, sokongan..
7. Fisiologi – tubuh badan. cth: keperluan seks dan tubuh badan. Makanan. (Id).
Model Maslow secara asasnya bermula pada nombor 7 dan berakhir pada nombor 1. Menurut Sigmund Freud, Id bermaksud ‘Luaran’, Ego bermaksud ‘Minda Separa Sedar’, dan SuperEgo bermaksud ‘Minda Bawah Sedar’..
Halim Fansuri – 20 April 2010/6 Jamadil Awwal 1431H/0945H)
p/s: ...setiap gerak-geri perbuatan, ada sebabnya. ‘Mental State’ seseorang (atau diri kita sendiri) dapat kita baca, atau teka dari reaksi yang ditunjukkan atau ‘dilakonkan’ pada umum...



8 comments:
keperluan seks bukan keperluan fisiologi la walaupun dia adalah fisiologi.
yang aku tau itu termasuk keperluan kasih sayang.....
maslow kata manusia akan memenuhi keperluan dari tahap paling bawah sampai paling atas. selagi yang bawah tak dipenuhi, yang atas tak diambil berat
ada orang tak penuhi keperluan seks tapi yang lain-lain dia penuhi dah.
mengikut teori coslow pula, orang yang lambat penuhi keperluan seks kita panggilnya sebagai bujak@ anterua.
ha ha ha ha... kurang asem G_J! ha ha ha ha.. teori coslow
hmm.. bang fakir.. saya setuju dengan tu.. sebab tu ada mazhab baru pengikut teori ni yang memecahkan 7 bahagian macam lego.. ada yang mula dari bab 4, bab 6 walhal yang paling penting sekali bab 7..
dan teori ni kalau kita tgk, dapat digabungkan dgn teori psikoanalisis frued..
kalau orang tu mula dari bab 1, individu itu akan berkelakuan macam binatang..
senang cakap orang takda agama.. atheist/komunis.. sebab tu dari perspektif karl marx: manusia tak lain tak bukan cuma binatang yang cari makan di sekitar ekonomi.. jadi ekonomi la tuhan waktu tu.. ($$$)..
..bagaimana nak aplikasikan teori ni sebagai... heh heh heh.. (dalam kajian)..
orang lapar tak fikir pasal selamat.... sanggup makan makanan basi.
orang tak selamat tak fikir kasih sayang .... mampus pi kat hang
orang tak dapat kasih sayang tak fikir penuhi ego. keranamu kekasih
huh, aku tak percaya teori ni. walau ada yang betul, tapi bukan 100%. sebab tu kita kata dia teori
teori carl jung menyatakan bahawa minda manusia terbahagi kepada 2. consius dan unconsius.
3/4 dari pemikiran manusia adalah unconsius.
itu je aku tau! itupun sebab buat assignment dulu!
haha!
Tesis (samaada teori, fakta, situasi mahupun kebenaran itu sendiri) akan menjadi anti tesis yang mana akan dicabar oleh tesis dan menjadi anti tesis - teori dialektik karl marx..
..selagi ianya sebuah teori, ianya akan terus-terusan dicabar (baca:cantas) dan dipersoalkan oleh teori yang baru dan terkini..
.. berapa ramai orang yang kita kenal atau ketahui hidup dalam 'teorinya' sendiri? (baca:idealisme/imaginasi/angan-angan)..
..golongan ini 'selesa' dengan 'teori' mereka dan apabila nilai yang mereka pegang dipersoalkan.. mereka gelabah, marah atau melenting!
..mengapa? sebab semua 'teori-teori' yang 'dihadam' dalam akal mereka tak lain tak bukan merupakan sampah atau najis pekat yang amat busuk sekali..
p/s: ..cuba kita cabar nilai yang kita sendiri! persoalkan! dan nilai sendiri apa 'hasilnya'.. jangan selesa sangat dengan 'idea' kita...
aku cabar kau! kata aku kepada aku.
sebelum kau cabar, definisikan apa itu aku, siapa aku dan aku yang mana satu..
ramai kata dah kenal aku, malangnya mereka cuma pandai mengaku-ngaku..
p/s: keakuanku...
Post a Comment