Sepi Sebuah Pertemuan Abadi..
Pada tempat sujud ku pakukan mataku
Sembilan puluh sembilan menjadi satu
Segala-galanya berkumpul, diam bersatu
Luputlah diriku tika dalam menyatu
Tiadalah wujud dua dalam satu
Yang tinggal hanyalah Aku..
Allah Hu Akbar..
"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)
"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)
“Maka Wail lah (balasannya) bagi orang yang sembahyang.” “Iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menunaikan sembahyang.” Al ma’un : ayat 4 & 5.
Halim Fansuri – 4 April 2010/19 Rabiul Akhir 1431H/1835H)
p/s: ...dan yang satu itu meliputi sekelian yang lain...


No comments:
Post a Comment